Blog Ni Pun Nuffnang Bagi Buffered Earnings

Aku tengok ramai blogger seronok dok tunjuk diorang punya Buffered Earnings Nuffnang. Aku pun jadi rasa nak tunjuk jugak lah buffered earnings aku. Sikit je yang aku dapat.

Aku tak kisah sangat pasal duit-duit blog ni semua. Blogging hanya sebagai hobi dan minat. Hasil pendapatan daripada aktiviti blogging ni tu semua rezeki daripada Tuhan. Dapat tak dapat, tak kisah. Kalau dapat, Alhamdulillah.. Syukur!

dapat banyak buffered earnings nuffnang

Dalam akaun Nuffnang aku bukan ada blog Anarm.Net ni je. Ada blog-blog lain yang aku daftar kat situ. Kalau setakat bergantung pada 1 blog je sampai bila boleh cashout. Kan?

Ni semua hasil perkongsian ilmu daripada blogger otai. Tapi sekarang ni ramai yang cakap blogger otai ni sombong la, kedekut ilmu, tak best la, macam-macam. Mungkin tak kena gaya kot yang buat korang rasa old timer tu sombong.

Walau bagaimanapun, seandainya kita ni blogger newbie atau otai ke, semua blogger tetap SAMA. Semua makan nasik, makan ikan, makan ayam, makan sayur, kan? Hehe.

Masing-masing berusaha untuk capai target. Sama-sama belajar, belajar dan belajar selok belok dunia blogging. Kalau asyik kutuk mengutuk je memang susah nak dapat ilmu. Try korang kutuk aku. Memang TAK la aku nak kongsi ilmu dengan korang yang kutuk aku! Ilmu yang dah dapat tu pon jadi tak berkat.

Buffered Earnings Daripada Nuffnang

buffered earnings nuffnang
Buffered Earnings daripada Nuffnang (Blog berlainan)

Gambar kat atas ni adalah buffered earnings yang aku dapat daripada Nuffnang. Tak banyak. Sikit je.

Setiap kali dapat buffered earnings macam ni, ramai yang cakap time tu adalah masa yang sesuai untuk update blog, banyakkan trafik blog, tarik orang masuk blog kita, baru la nilai duit dalam akaun Nuffnang tu boleh meningkat.

Tapi aku jarang buat semua tu. Biasanya sebab kekangan masa (terhad) untuk update blog. Tapi duit Nuffnang sentiasa naik walaupun sikit.

Pelik bila ada yang cakap dia update blog tiap-tiap hari, trafik gila babi punya banyak, tapi duit Nuffnang tak naik. Korang tak pelik? Rasanya ada silap tang mana-mana tu.

Ada juga yang cakap Nuffnang pilih kasih. Atau diri sendiri yang tak reti cara nak dapatkan duit dengan pengiklanan Nuffnang?

Jangan seronok sangat tayang duit kat blog. Kena bayar cukai nanti. Huhu..

106 Comments

  1. Semua blogger pakat citer pasal bende ni je. Sebenarnya BE tu benda apa? n camne nak dapat? Macam gempak je duit korang. :tongue:

    • @yaaser, BE tu singkatan untuk Buffered Earnings.. maksud dia iklan berbayar yang sedang ‘berjalan’ kat blog kita (iklan Nuffnang).. BE ni bergantung kepada advertiser.. advertiser akan pilih blog kita dan dia akan bayar kat kita untuk paparkan iklan di blog dengan syarat perletakan ruang iklan tu mengikut apa yang telah diarahkan oleh pihak nuffnang.. iaitu iklan Leaderboard kita letak di bahagian header, Skyscraper di bahagian sidebar dan Large Rectangle di bahagian content blog – di bawah entri (di homepage, pastikan Large Rectangle berada di bawah entri pertama)..

      selain daripada tu, ada juga aspek2 lain yang dilihat oleh advertiser sebelum dia bagi iklan berbayar kat blog kita seperti sasaran pelawat, cara kita menulis, content blog kita, jumlah unique visitor, status membership kita di nuffnang (glitterati), dan macam2 lagilah..

    • @suri, waalaikumussalam.. memang sentiasa bersemangat utk berblog.. tapi kadang2 terpaksa tinggalkan blog kejap sebab ada kerja lain yang perlu didahulukan..

  2. Contohnya la kan, kalau 1 blog tu mmg patut la berstatus glitteri, dan 1 blog lagi bercampu macam2 iklan.. Status glitteti tu ilang x?

    • @decrewz, yang tu aku tak pasti.. rasanya kalau bercampur dengan iklan2 yang nuffnang benarkan, yang tu takpe la kot.. jangan campur iklan2 yang dilarang oleh nuffnang.. tak kisah la kat mana2 blog pon..

      kalau nak tau, mungkin boleh cuba sendiri.. aku taknak.. kang kena tarik status glitterati aku.. nak dapat balik takut susah pulak.. huhu.. untuk lebih kepastian, maybe boleh ajukan soalan kepada pihak nuffnang.. yang tu adalah lebih berkesan..

  3. banyak tu boh dapat BE.
    setakat ni aku cuma dapat fokus 1 blog je.
    pernah buat banyak blog tapi last2 yg lain kelaot habeh.

  4. ayat yg mengatakan Otai Blogger ni sombong..aku suka ayat tu..mmg x kene cara pon..aku ni newbie selalu je borak ngan otai Anarm ni..

  5. Finally! ko publish gak BE yg ko dpt..hehehe..tahniah!

    Pssttt… aku suke ayat ko yg last tu..pasni ko jgn publish lg earning yg ko dpt..nt kne bayo cukai :biggrin:

    • @nurr, tak silap aku, baru sekali je aku show earning nuffnang aku.. earning yang betul2 aku dapat.. yang lain2 tu, yang aku show kat facebook, kat Twitpic, semua tu earning tipu.. aku edit pakai firebug.. hahaha.. lepas isu redmummy kena bayar cukai dulu, memang aku tak tunjuk la hasil2 duit yang aku dapat kat internet.. kang ada ‘orang’ datang kacau.. taknak aku~ penat aku cari duit kot internet, takkan nak bagi kat orang senang2 camtu je kan.. huhu..

  6. salam.. nk tanya2..
    urm.. sy xpnah tgk iklan kt blog sy sniri tp bla bukak kwn sy punye laptop.. sy klik.. bla tgk kt stu tader pn… hurmmm.. ke mmg lambar?sorry saje tanya :)

  7. Salam. Suka singgah kat sini…ayat-ayat sempoi…hehe.. yup, start active blogging ni Jan tahun ni. Time tuh semua org asyik sebut B.E dan mmg x fhm time tuh…semua org berebut2 nk B.E…lastly kecewa…tapi bagi saya klu dpt B.E ALHAMDULLILLAH…klu x dpt apa nak buat kan? niat nak blogging just suka2 jer n suka berkongsi dan suka baca entry org lain…so x pyh lah nk ghairah jadi mcm red mummy…hehehe… peace.

    • @Rose Johari, sama la.. saya dulu pon tak tau benda apa BE yang ramai dok kecoh2 sangat tu.. rupanya buffered earning nuffnang.. ghairah sgt diorang dok kejar BE sampai blog post muncul banyak entri yang merepek repek.. bagi diorang, yang penting update blog tiap2 hari atau seminit sekali (LOL), baru nuff bagi BE..

      biasanya blogger yang lama2 (otai) mcm redmummy tu, masa start blogging dulu mesti dia pon tak kejar2 duit.. lepas dah lama tu baru duit (atau BE) datang sendiri.. yang penting entri blog kita tulis tu dapat beri manfaat kepada pembaca.. takpon sekurang2nya dapat hiburkan pembaca.. kalau asyik blog post pasal BE blog dia je, takde manfaat langsung kt pembaca.. dan tak menghiburkan langsung..

  8. wahhh..banyak nyer bro BE..walau pun byk blog..tapi kire ok la!!
    pendapatan yg pasif ni..hehe

    • @luqman hakim, alhamdulillah.. walaupun tak banyak, boleh la guna untuk bayar hosting dan domain blog ni.. main nuffnang ni pon bukannya sebab nak kaya.. pendapatan sampingan secara kecil-kecilan.. tapi kalau boleh jadi besar-besaran, orait jugak tu.. haha..

  9. rezeki murah tu. terima kasih atas perkongsian, insyaallah rezeki akan bertambah.
    Blog ni salah satu medium utk bersosial. so, harap-harap yg dah otai mau lah “bersosial” dgn newbie.

    • @afzal laidin, bersosial tak kira otai ke newbie.. masing2 berada di tahap yang sama, as a blogger.. yang penting dapat bersuaikenal dan sudi berkongsi info, ilmu2 dunia blog atau sebagainya.. :wink:

  10. Alhamdulillah,rezeki tu bro
    berbaloi ada banyak blog kan,setiap satu ada kelebihannya
    Ayat last sekali tu memang betul sangat-sangat,kalau taksub tunjuk angka yang kita dapat dari blog,sila-silap kena bayar cukai :ninja:

    • @wazy, miliki banyak blog tu satu benda yang ‘harus’ kalau nak buat duit melalui blog.. sekadar 1 blog je memang susah nak peroleh hasil.. kecuali kita pandai dan fokus uruskan 1 blog tu sampai jadi mantap..

      blogger yang taksub tunjuk angka tu mungkin diorang saje je nk suruh pihak berkenaan datang collect duit cukai.. LOL

  11. As salam bos, saya newbie dlm dunia blogger ni. ada tips tak untuk newbie mcm saya ni supaya saya maju mcm otai2 blogger ni. :biggrin:

    tq bos

    • @ahmad kamil, waalaikumsalam.. tak tau nak bagi tips apa sebab dah ramai sgt blogger yang share tips2 macam tu.. cuma rasanya kita kena teguhkan diri dan niat dalam aktiviti blogging jela kot.. di samping tu, berkomunikasi dengan rakan2 blogger yang lain.. melalui facebook ke, twitter ke.. dan rajin2 singgah atau lawat blog2 lain, baca entri diorang, tinggalkan komen yang bernas.. tu jela kot tips yang biasa blogger dok buat..

      PS: ada org ckp, jgn terlalu anggap diri kita ni newbie.. sekali sekala kena tunjuk kekuatan yang ada pada diri kita.. walaupun kita masih baru, mungkin ada sesuatu yang kita mahir/pakar tapi org lain tak tahu tentang benda tu.. so, sama2 la berkongsi ilmu.. biar ramai2 kita jadi otai blog.. hohoho..

  12. xpenah dapat buffered earning.. macho laa ko.. psst, ape blog ko yg laen eh? meh sini nak siasat.. camne bleh dapat earning sampai camtu.. hoho share2..

  13. aku dah buang dah nuffnang..sebab aku tak reti nak tingkatkan earningnya….biar je la kot.. :whistle:

  14. pergh!!!! banyaknyer. aku nyer ade 1 je now. cuz dah buang semua blog2 yg xupdate tuh. ber kesan lah. hilang glitter aku.hahahaha.

    • @Kazen, baru setahun.. aku lepas 2 tahun baru dapat merasa hasil nuffnang.. lepas 2 tahun tu baru la earning nuffnang tak berenti2 meningkat.. best.. best..

  15. Ada blog yang saya letak nuffnang, ada letak adsense, and ada juga yang tak letak apa-apa iklan. Tak ambik kisah sangat pasal iklan-iklan ni sebab buat masa sekarang, hasilnya tak lepas duit makan sebulan pun, hehe

  16. saya pun ada letak 1 kt leaderboard iklan nuffnang ni..dlm sbln naik la 4 5 posen.haha…terbaik entri ni..lps ni mkn banyak dpt be.percaya lah..haha :heart:

  17. harap innity rahsiakan pendapatan blog malaysia.
    keluar pula kuasainnity.pecah rahsia buat duit
    innity. :biggrin:

  18. Banyak tu BE. Aku pun tak mampu nak update hari-hari. Tapi apa yang aku mampu buat update at lease 2 kali seminggu. Bukan sekadar BE tetapi kepuasan.

    • @Shaffik, 2 kali seminggu tu pon dah ok dah.. yang penting kita puas.. kalau dapat BE lagi tambah rasa puas.. tapi optional jela.. takkan ke mana kalau kita blogging semata2 utk kejar duit.. utamakan content blog, dan duit akan datang dengan sendiri..

  19. betul tu bro…yang betul2 otai takde menunjuk BE…yang baru2 je tunjuk2.. :)

    setakat ni nizam just satu blog je berdaftar dengan nuffnang.Mungkin depan nanti akan ada blog2 lain kot. :)

  20. macam aku kata depa blom faham konsep advertising…Yang depa tau nak duit ja…haha bila dapat buffered mulalah nak tulis sayang tapi bila tak dapat buffered sibuk nak curang padahal blog biasa2 je hehe…

    • @Bean Moreno, tu la pasal.. kalau takde buffered tu maknanya ada tak kena la tu kat blog kita.. tak boleh senang2 salahkan nuffnang.. pihak nuffnang mesti lebih tahu blog mana yang lebih sesuai dan cukup syarat untuk diorang bagi iklan (BE)..

      aku rasa dah banyak info yang dikongsi blogger2 lain tentang konsep advertising.. maybe diorang yang banyak merungut tu tak peduli langsung pasal konsep2 tu.. yang diorang tahu nak BE, nak duit je..

  21. banyak nye BE. saya pun ada 1 je yg tengah running sekarang. walaupun 1 je tapi earnings agak slow sikit.

  22. salam..

    aku dulu tatawu pun BE tu ape. cek NN, ade BE tu..x peduli pun..hahaha…tp merangkak2 je la naik..ok la dh rzk kan..bley la ade duit nak shopping ke..makan pikza ke…boleh la kann..ekekkee… :cool:

    • @adledash, ha ah.. buat duit dengan iklan ni bukannya boleh buat kita kaya.. so, takyah la nak mengharap lebih2 sangat.. dapat lepas makan pikza pon dah cukup.. wat beli kasut ke.. takpon wat beli baju seluar.. beli tali pinggang pon ok jugak.. beg duit pasar malam hari tu nampak smart plak.. perfume.. ehh, banyak plak nak beli.. haha.. :tongue:

    • @SyazwanSarawak, terpulang kepada pemilik blog sama ada nak letak iklan atau pon tak kat blog dia.. blog ni memang akan sentiasa letak iklan.. setakat ni, semua pembayaran renew domain dan hosting semuanya bayar dengan hasil daripada duit iklan.. rugi la kalau tak buat duit dengan cara ni.. nanti nak kena keluar duit sendiri pulak kalau nak renew.. taknak! hehe..

  23. aku pun baru merasa 1sh cashout dengan NN ni. itu pun just dari 1 blog je. and memang rasa berzaman baru nak dapat cashout.heh

    • @hasrol, tahniah sebab dah berjaya cashout hasil pendapatan nuffnang.. memang susah kalau hanya guna 1 blog je.. sebab tu dia bagi masukkan banyak blog.. boleh jugak blog2 lain tu tolong tambah duit..

  24. great dude.. saya sendiri tgh usaha nk kumpul duit di nffng….
    ermmm……
    jom sama2 jana tabung simpanan nffng.. hehehe

    link ni pun tabung juga…
    …link has been removed…

  25. haish, macam perli aku jerk. haha, byk tu kot. BE ni aku dah selalu dapat sbnrnya, saja nak beralih arah. maklumlah, pasang iklan pun bukan ada sapa nak klik. so fokus pada advertiser yg byk CPM plak. nak harap CPC alamatnya kena tubuh Klik Nuffnang baliklah, haha. :P

    • @TheSharkox, ramai yang komplen cakap BE takde, earning tak naik, macam2.. diorang tak pikir kot faktor2 lain untuk dapat BE tu.. ingat nuffnang bagi BE senang2 camtu je ke.. blog ramai visitor tak semestinya dapat banyak BE.. content pon kena jaga.. content merepek, advertiser pon taknak letak iklan kt blog.. wat rugi diorang je..

    • @hana, yup.. pelan2 kayuh.. nanti lama2 naik la earning tu.. saye dekat 2 tahun blogging baru dapat rasa cashout pertama.. ni tunggu cashout kedua plak.. tahun ketiga blogging..

  26. Saya letak nuffnang ni di blog-blog yang kurang visitor. Ads selalu hang berbelas second…. :(

    • @Sabahan Bloggers Club, blog kurang visitor susah kot nak dapat hasil nuffnang.. pengiklanan ni dia perlukan blog yg banyak visitor, baru advertiser nak bagi iklan kat kita.. advertiser akan rugi kalau dia bayar kita untuk letak iklan kat blog yg kurang visitor.. takde sape ‘tengok’ iklan tu..

    • @Ayie, benda betul tu kan.. asyik dok tayang duit je kat blog, kang kene siasat baru tau.. duit banyak tapi tak bayar cukai. tu kan salah di sisi undang2 malaysia.. hahahaha

  27. Aku suka entri ni wei..santai dan chill je cara penyampaian..macam pasrah pun ada..hehe..aku sampai skg xda rezeki dgn nuffnang..tgh tunggu cek nuff pertama kot selepas 2 tahun guna

    • @Fazreen, memang pasrah pon.. haha.. mood pon tgh santai je, tgh chill.. entri pon jadi tulis ikut mood jugak.. aku baru cashout sekali je.. sekarang ni tgh kumpul2 je duit dalam tu.. bajet cukup RM500 baru nk cashout kali kedua.. makan tahun gak la nk kumpul banyak macam sekarang ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *