Nombor Baru Akaun Bank CIMB

Beberapa hari lepas sistem CIMB Bank melalui tempoh selenggara selama lebih kurang 3 hari menyebabkan keseluruhan sistem perbankan CIMB tak boleh guna waktu tu.

Nasib baik ada duit lagi dalam Maybank, kalau tak kering aku 3 hari nak kena tunggu CIMB.

Sekarang CIMB Bank dah kembali beroperasi. Aku tengok macam takde perubahan pun. Tak tahu lah apa yang diorang selenggara atau upgrade.

Nombor Akaun Bank CIMB 10 Digit

Apa yang aku perasan cuma nombor akaun CIMB dah berubah menjadi 10-digit berbanding 14-digit sebelum ni.

perubahan pada nombor akaun CIMB bank
Nombor baru akaun CIMB bank yang menggunakan 10-digit (bukan angka sebenar)

Tak pasti nombor lama akaun CIMB masih boleh digunakan atau tidak. Ada orang cakap dua-dua nombor masih boleh guna untuk akaun yang sama.

Tapi kalau nak kena guna nombor baru aku rasa awal-awal ni macam susah sikit nak ingat. Dari dulu guna nombor lama sampai dah hafal dalam kepala, tiba-tiba kena tukar nombor baru memang ambil masa nak ingat nombor lain.

Dah la nombor baru ni tak cantik. Nombor lama lagi cantik.

Serius tak cantik nombor baru akaun CIMB aku! Nombor baru CIMB korang cantik tak?

50 Comments

  1. senang sikit nak hafal no yang baru ni….susah sikit jer pun…haha ramai gak yang mengeluh yer dengan penukaran no acc ni…apa nak buat…

  2. Bejuta-juta lemon tu! Aku ada masalah pada no akaun tu sebab aku ada 2 akaun CIMB (Islamik Debit dan Biasa), so yang terbaru nih bila login akan ada kedua-dua no dan aku tak pasti yang mana satu Islamik dan yg mana satu akaun Biasa. So, esok aku kena pi check di ATM utk pastikan.

  3. Rasa2nya 2 2 no masih boleh digunapaki :)
    Tp tula nak kena hafal no baru pulak.. walau pendek tapi nak kena ngafal tu lomah sikit :)

    **Bila la nak merasa $$$ dalam akaun gitu :D

  4. Nasib baik CIMB tukar nombor akaun..kalau tak, aku tak tau pun dalam CIMB ada duit lagi.hahahah..nombor aku tak cantik bro..susah nak ingat walau 10 digit pun. Ces.

    • Gaji yang masuk CIMB tu kena check bebetul takut tiba2 tak masuk pulak sebab CIMB tukar nombor baru untuk akaun.. Tapi rasanya takde masalah.. cuma lagi bagus update guna nombor baru..

  5. semua benda baru mmg susah igt.., den no akaun dari dulu lagi tak igt2..=)

    *bro bahaya tunjuk amaun dlm bank.., kasi blurkan utk keselamatan

      • oh! utk pembayaran pinjaman rumah pun tukar jugak rupanya…adeh…ingat tak kena…hohoho..

        nampaknya, nak kena terjah cimb bank jugaklah petang ni…thanks bro berkongsi!

Leave a Reply