Telefon bimbit Nokia 3310 sangat terkenal dengan ketahanan dan kekebalannya. Walaupun terjatuh banyak kali, masih elok. Boleh main baling-baling lagi. Tak ada masalah langsung. Cuma tercabut casing je.
Terendam dalam air pun masih boleh berfungsi dengan baik.
Siapa pernah miliki Nokia 3310 dulu mesti tahu betapa hebatnya telefon ‘tiga tiga sekupang‘ ni.
Aku antara yang pernah miliki telefon bimbit Nokia 3310 (juga Nokia 3315, Nokia 2100 dan Nokia 1100).
Bagi aku, Nokia 3310 telefon bimbit terbaik sebelum munculnya telefon pintar dan canggih pelbagai jenama seperti yang ada di pasaran sekarang ni.
Nokia 3310 Kembali dengan Rekabentuk Moden
Kini, telefon bimbit Nokia 3310 kembali dengan sentuhan baharu.
Kelahiran semula Nokia 3310 keluaran tahun 2017 ini didatangkan dengan rekabentuk yang nampak lebih moden berbanding versi asal, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri feature phone, bukannya sebagai sebuah telefon pintar Android atau iOS.
Dari segi rekabentuknya masih mengekalkan rekaan klasik, tetapi dengan sentuhan gaya moden. Susunan butang masih lebih kurang sama seperti Nokia 3310 dahulu.
Perubahan dilakukan pada saiz skrin yang lebih besar dan kini berwarna, serta fungsi kamera 2MP dan juga internet. Permainan “Snake” atau game ular turut disertakan. Best main game ular ni..
Ciri-Ciri Nokia 3310 Versi Baharu
Berikut ciri-ciri telefon bimbit Nokia 3310 keluaran baharu tahun 2017 :
- Menggunakan sistem operasi Nokia S30+
- Saiz skrin 2.4″ dan berwarna
- Ruang storan 16 Megabyte dengan sokongan MikroSD sehingga 32 Gigabyte
- Sebuah kamera tunggal 2-Megapixel pada panel belakang
- Datang dengan pilihan 4 warna — Merah, Kuning, Kelabu dan Biru
- Simkad — Single SIM atau Dual SIM
- Menyokong rangkaian internet 2.5G
- Bateri 1200mAh dengan keupayaan bertahan sehingga 30 hari (standby) dan masa bercakap 22 jam
- Ada game ular
Tengok pada kesemua ciri yang dinyatakan tu, pada pendapat aku Nokia 3310 versi baharu 2017 ni nampaknya menarik juga. Mungkinkah sama tahan lasak seperti Nokia 3310 versi asal?
Aku tertarik dengan keupayaan baterinya yang boleh bertahan selama SEBULAN! Lama tuu..
Sesuai sangat Nokia 3310 ni dijadikan sebagai telefon kedua. Tak perlu kerap cas bateri. Boleh standby untuk panggilan dan SMS, atau boleh guna bila telefon utama habis bateri.
Permainan “Snake” atau game ular pun menarik juga.
Teringat kenangan lama satu ketika dulu aku pernah pegang rekod tertinggi main game ular di kalangan kawan-kawan. Tak ada siapa yang boleh lawan. Hahaha.
Nokia 3310 keluaran terbaru ni belum ada di pasaran Malaysia. Tak tahu bila akan masuk pasaran negara ni.
Dari segi harga, Nokia 3310 ini mungkin dijual pada harga sekitar RM200 – RM300 sebuah.
Ada juga dengar-dengar harganya RM230. Tak pasti lagi sudah disahkan atau belum. Sama-sama kita tunggu kemunculannya.
Dah masuk pasaran Malaysia nanti memang aku akan beli Nokia 3310 versi baru ni. Korang pula macam mana? Tak teringin ke miliki telefon ‘legend‘?
dah punya versi baru namun rasanya tak semenarik yang legend apalagi snake nya ampun deh
Model 3310 ni dah ada dijual di Lazada. Cuma sampai sekarng, saya tak jumpa lagi kawan-kawan yang pakai phone ni :)
wuuu dulu bangga sungguh ada hp 3310 ni. haahaha…
Handphone kita punya..
yang lama punya keypad dah hilang dia punya nombor/huruf, tapi boleh jer taip sebab dah hafal..hehe
Telefon lejen, kembali..
Legend ni .. klau dah smpai btahan smpai sebulan bateri tu mmg must have la
harap sekental yg dulu..boleh sendal pintu hahaha
Tapi sebenarnya kalau nokia sediakan hanya whatsapp sekurang2nya bagi mengawal kuasa bateri, aku rasa nokia ni akan laku keras dipelusuk dunia. tapi sayang macam tak boleh je. orang pun mungkin dah jarang nak sms ni kan. btw good info
wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!
Mama pun masih suka lagi pakai handphone simple ni
.
Senang tak banyak ragam
.
Haha
Memang evergreen nikia 3310 i
.
Secara peribadi.
.
saya suka simpan satu hand phone yang simple macam ni
.
Sebagai kecemasan
.
Tak perlu risau bateri habis kan
Sukaaa sangat nokia 3310 ni dulu. Baling2 je jatuh pom xde hal lah
Keren sangat, namun sayang bukan smartphone
rsanya nk beli utk suka2 ja…
Bagi yang suka kegunaan basic sudah memadai. Mungkin mesra kegunaan warga emas.
Kalau dah ada di malaysia nak beli satu la,telefon legend macam ni sememangnya rare dengan adanya game Snake tu
Klu dah ada smartphone.. berguna lagikah 3310???????
Berguna bagi sesetengah orang. Lagipun tak semua orang guna smartphone sekarang ni. Masih ada lagi yang guna basic phone.
Saya pun ada 1 basic phone. Jadikan phone kedua. Guna simkad nombor berasingan untuk fungsi asas je — call dan sms.
Smartphone dan basic phone ada kategori pengguna dia tersendiri.