Ninetology Insight dengan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

Minggu lepas aku pergi The Mines nak beli phone baru. Mulanya bercadang nak beli phone Ninetology Black Pearl 2.

Tapi aku terlambat sebab stok Black Pearl 2 dah habis. Ramai sangat yang beli Black Pearl 2 memandangkan harganya yang murah bila menggunakan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (SKMM).

Oleh sebab Ninetology Black Pearl 2 dah habis stok, awek kedai phone tu hasut aku supaya beli Ninetology Insight.

Hasutan dia berjaya lepas aku try godek handphone tu aku pun terus beli. Aku beli Ninetology Insight i9430 Black dengan harga RM499 selepas menggunakan rebat RM200. Harga asal adalah RM699.

ninetology insight rebat rm200 pakej komunikasi belia

Aku suka tengok design logo Ninetology. Simple je tapi smart. Warna hitam-merah pada kotak dan putih-merah pada paperbag dia tu nampak menarik.

Lepas dah balik rumah aku terus unboxing Ninetology Insight yang aku beli. Ninetology Insight ada 2 warna – putih dan hitam. Aku beli Ninetology Insight i9430 warna hitam.

unboxing ninetology insight i9430 black

Dalam video atas ni Ninetology Insight dia datang dengan pakej DiGi Prepaid Smart Plan.

Tapi yang aku beli tak kena daftar pun dengan mana-mana pakej telekomunikasi. Cuma bagi salinan borang Pakej Komunikasi Belia je.

Spesifikasi Ninetology Insight i9430

Dimension126.9 mm x 66.5mm x 10.8mm
Weight160g (with battery)
CPUDual Core 1.0 GHz
Operating SystemAndroid 4.0.4 Ice Cream Sandwich
MemoryInternal4GB ROM / 512MB RAM
External StorageMicroSD, up to 32GB
DisplaySize4.3”
Resolution480 x 800 (240 ppi pixel density)
TechnologyIPS, One Glass Solution, Capacitive, 16.7M colors
ConnectivityNetworkGSM 900/1800 MHz, WCDMA 2100MHz
SIM 1GSM / WCDMA
SIM 2GSM / WCDMA
DataHSDPA , HSUPA, EDGE & GPRS
WifiYes ( 802.11n, 802.11g, 802.11b)
BluetoothBT 3.0
GPS/ AGPSYes / Yes
CameraRear Camera8.0 MP
Front Camera2.0 MP
FeaturesFace Detection, Auto Focus, LED Flash, HDR, Panorama Mode
SensorProximity Sensor, Accelerometer Sensor (3D)
ConnectorsUSBUSB 2.0
SD SlotsYes
Audio Output3.5mm Audio Jack
Power & BatteryCapacityLi-lon 1800mAh
MultimediaPlayerMP3 / MP4 Player
Audio FormatMP3 / MIDI / AAC / AMR / WAV
Voice RecordingAMR / 3GPP / OGG
Video Format3GP / MP4 / AVI
Video Recording3GP (max 1280x720p@29fps)
Features3G Video Call
AppsSocial NetworkFacebook
Productivity & UtilitiesGmail, Google Maps, Go Launcher EX, M-Warranty
Gaming
EntertainmentYoutube, Radio FM
AppstoreGoogle Playstore, Apps Center
BrowserAndroid Native Browser, QQ Browser
AccesoriesCharger, USB Cable, Battery, Earpiece, Screen Protector, User Manual, Warranty Card
PackagingMatt Paper Box

Apa yang membuatkan aku berminat dengan phone Ninetology Insight i9430 ni sebab dia menggunakan sistem operasi Android. Aku memang penggemar Android sebab boleh customize macam-macam.

Kamera dia pun boleh tahan 8.0 MP dengan fungsi lampu flash. Kamera depan pula 2.0 MP. Specs lain korang tengok sendiri la aku dah letak kat atas tu.

Kelemahan Ninetology Insight i9430

Kelemahan phone Ninetology Insight (adik-beradik Ninetology yang lain pun sama) paling ketara adalah pada bateri dan fungsi GPS.

Bateri Cepat Habis

Bateri dia cepat habis. Tapi ada cara nak selesaikan masalah tu. Cuma perlu matikan atau buang aplikasi-aplikasi seperti Go Launcher EX, M-Warranty dan sebagainya. Aplikasi tu yang menyebabkan bateri phone cepat habis.

Aku dah ‘root‘ Ninetology Insight aku. Lepas beli terus aku ‘root‘. Hahaha. So, aplikasi-aplikasi tu aku boleh delete walaupun phone dah set aplikasi tersebut sebagai default.

Aku delete guna aplikasi Titanium Backup.

Kelemahan Fungsi GPS

Fungsi GPS pada Ninetology Insight pulak memang di tahap yang teramat-amat teruk dan slow. Dah banyak kali aku test GPS dia, lambat giler nak lock.

Untuk masalah GPS tu pun ada penyelesaian dia. Geng otai pengguna phone Ninetology ada kongsikan file yang boleh selesaikan masalah GPS tu. Tapi aku tak try lagi.

Bagi phone yang GPS dia rosak boleh terus pergi centre Ninetology. InsyaAllah boleh tukar phone baru sebab dalam tempoh 3 bulan kalau phone ada masalah Ninetology akan tukarkan phone baru (1 to 1 exchange). Warranty pulak 1 tahun.

ninetology insight i9430

Phone Ninetology Insight aku masih dalam keadaan berbogel tanpa baju. Tak tau kat mana nak cari dia punya casing. Dah tanya kat kedai tapi diorang cakap belum ada lagi casing untuk Ninetology sebab phone baru keluar.

Risau jugak nak biarkan phone berbogel tanpa baju. Takut calar je.

Tapi mamat ni ada guna casing untuk phone Ninetology Insight dia. Katanya ada jual kat Lowyat. Nak kena pergi sana la jawabnya nanti.

casing ninetology insight
Cun pulak aku tengok casing Ninetology Insight macam ni

Bila dah bertukar guna Ninetology Insight ni rasa rindu pulak dengan phone lama aku Samsung Galaxy S.

Phone lama aku dah bagi wife aku guna. Sebelum ni dia guna Galaxy Mini. Bagi dia merasa pakai phone besar sikit. Aku nak belikan dia Ninetology jugak hari tu tapi dia taknak. “Nak tablet” kata wife aku. Adehh..

*Credit: Ninetology Sabah (Thanks for the video)

81 Comments

  1. bro, tumpang tnye.bro ad bgtau yg bro root phone tu, kalau tak keberatan boleh tunjuk mcm mana nak root, dri a-z.sbb phone saya ad problem tak boleh install google play services.

  2. Asslamualaikum, sy pn ada masalah yg sama juga, maasalah henfone
    kurang menangkap rangkaian dgn baik. Hnya dpt
    Selesaikan masalah dgn duduk dgn b’hampiran
    Pencawang rngkaian baru dpt yg selesa. Ada tak cara lain utk masalah yg mcm ni?
    Bila tukar kad sim buh dlm hnset lain ok plak rangkaian penuh.

  3. saya nak tanya kenapa fon ninetology nih da problem dengan sim xleh detect kat fon tu. col xleh masuk tp boleh col keluar. . dh cek sim masuk kat fon lain boleh jew guna. bila masuk kat fon nih terus xleh detect. dia keluar no sim and emergency col only. .tp network coverage ada jew. kenapa erk?? taw x? tp kalo nak msg we chat n fb boleh jew. .

  4. ad install app pstu reboot hp jd blank je… death i think… do u know how to fix it? pls help~

    • broo saya dari indonesia kebetulan sya di beri Hp Ninetology tipe i9430 oleh kakak saya, beliau saat ini sdh meninggal dunia< tapi sy tdk bisa menggunakan Hp ini untuk panggilan keluar atau masuk tapi kalau fictur yg lainnya bisa digunakan hanya panggilan masuk dan keluar saja yang tidak bisa padasaat sy coba hub keluar dilayar tertulis " SAYANGNYA,PROSES COM.ANDROID.PHONE TELAH BERHENTI." maksudnya apa ya? dan cara memulihkannya bagaimana biar saya dapat menggunakan telepon masuk atau keluar. tks

      • Cara paling mudah untuk pulihkan masalah itu dengan cara hard reset (Reset to factory setting).. Phone akan kembali kepada asal seperti baru dibeli.. Pastikan sebelum hard reset, back up / copy segala data atau file penting yang ada di dalam phone seperti gambar2, contact number, dan lain2..

  5. Dah try wat root smpi kt device manager x jumpe android phone lak dia kuar nama phone je.. cmne ye leh tnjk kan contoh x hehe

  6. salam…sy da beli insight ne bulan 5ritu…xtau laa sy sorg je ke or ada yg len pn sama…nset ne asyik off sndri..pstu kdg2 wlpun xguna,bateri panas gla mcm nk meletup..cas lama gila tp abis mcm air…xsmpy sari pn…

    da anta kt centre,depa service…lps 3mgu,dpt balik,sama jugak + xboleh nk on hp…anta pulak..lpas sbulan,dpt balik…on je langsung hang..bengang gila…mengamuk kt ninthology pya fb,dy ckp by 26/8 hp ready,hq akan kol ntok pick up..tp harammm xdak jgk….pstu lpas smgu mnx kta plak kol depa utk arrange pick up…tp kol harammm xjawab….rasa cm nk saman ja company ne….geram!!!!!!!!

  7. salam bro kita nak tnye law kad warrent dia hilang kta buleh p hntar blik dak coz fon sya xtaw npe xleh on trus

    • Kad warranty hilang takpe. yang penting dah register utk warranty tu guna apps M-Warranty dalam phone. Kalau phone rosak boleh terus hantar Service Centre Ninetology..

  8. Assalamualaikum, ncik,

    nak tanya pasal camera. kalau samsung kan screen dia super amoled, even 5.0 MP da nampak cantik, tapi bile transfer kat laptop, biasa2 je. huhu. kalau ninetology insight ni, cane camera dia ea? ok x gamba bile transfer kat laptop? sebab nak cari smartfon yg camera ok.
    Terima kasih. :happy:

  9. Salam bro.. nk tnye yer..npe insight nie ble pkai…percentage battery cepat turun..mcm air je turun… mmg x tahan lame… *cane nk bg jimat ey battery dye tanpa root leh ke… *lg satu klu root nie warranty hilang x bro ? tq

    • Waalaikumussalam.. Insight yang standard dr kedai memang bateri cepat habis.. Boleh disablekan beberapa apps seperti go launcher, m-warranty, qq browser, qq doctor yang jadi punca bateri cepat habis.. (Setting > Apps)

      Kalau root, boleh terus buang je apps tu.. Storage pun bertambah sikit bila dah buang beberapa apps..

      Root memang dikira warranty hilang.. Tapi boleh Fully Unroot balik..

  10. Salam, nak tanye, yang root2 tu untuk ape ek? ape tujuan dan fungsi “root” tuh???… boleh citer skit x?tq…

    • Waalaikumussalam..

      Fungsi Root ni memberi hak penuh kepada pengguna untuk masuk ke sistem phone Android.. Bila dah Root, pengguna dapat modify file2 atau data2 yang ada pada sistem Android..

      Dalam keadaan standard / baru beli kat kedai (belum root) file sistem Android tu tak boleh di-akses sebab pengeluar phone Android block akses ke sistem, takut pengguna (yang tak tahu apa2) tersalah godek file yg akan buat phone rosak..

      Bagi pengguna yg dah advance tentang sistem Android, root akan beri kelebihan untuk dia tingkatkan performance sebenar peranti Android..

      Lebih kurang jugak macam sistem operasi komputer Windows, fungsi root Android adalah memberikan hak “Administrator” kepada pengguna.

      Istilah “Root” untuk Android = istilah “Jailbreak” untuk iPhone..

      Harap boleh faham dengan penerangan ni.. TQ..

    • Pertama sekali, untuk guna Titanium Backup phone kena ROOT dulu.. Bila dah root baru boleh guna fungsi yg ada pada Titanium Backup.. Boleh guna untuk backup dan restore apps yg ada dalam phone.. Selain tu boleh guna untuk matikan proses mana2 apps dan juga delete apps yg tak digunakan sangat atau apps yg banyak guna kuasa bateri..

      Cara guna dia just klik2 je kat senarai apps yg ada dalam tu..

  11. :smile: Salam bro…
    bleh x ajar sikit camana nak buat bateri Ninetology insight x cepat abis bateri ? saya nie baru jer guna dalam 1 mgu….arie2 cepat sgt abis baterinya…..Tolong yer bro….

    • Waalaikumussalam.. 1st sekali try upgrade versi firmware Ninetology Insight tu.. Versi sekarang i9430.2.05.301 (boleh check kat Setting > About phone).. Ada jugak yg bagitau versi latest i9430.2.08.408 tapi blom ade lagi yg share.. Boleh upgrade firmware di Service Centre Ninetology.. nak buat sendiri pun boleh, itu pun kalau berani laa.. (lepas upgrade, data2 dalam phone akan hilang semua)..

      Kalau phone memang dah guna firmware yg latest, buat cara ni pulak.. Tapi cara ni warranty akan terbatal sebab kena ROOT phone Insight untuk bolehkan kita buang apps yang banyak guna bateri.. contoh apps seperti Go Launcher EX, M-Warranty, QQbrowser, dan lain2..

      Lepas dah buang/disable semua apps tu, bateri akan jadi tahan lama sikit.. Saya dah buat semua tu, memang bateri lambat habis, boleh tahan sampai 2 hari dengan penggunaan maximum, 24jam on data internet, main game, whatsapp, wechat..

    • Check GPS dulu berfungsi atau tak guna aplikasi “GPS Test”.. Tunggu lebih kurang 5-10 minit.. Kalau ade bacaan di GPS Test bermaksud GPS phone takde masalah.. Kalau takde bacaan, GPS phone rosak, boleh hantar ke service center Ninetology..

      Kalau GPS phone ok, buat cara ni:

      1. Pastikan phone dah ‘root’..

      2. Install Root Explorer (playstore)..

      3. Download file ‘gps.conf’ (DOWNLOAD DI SINI) lepas tu letakkan di “system/etc”..

      4. Tukar mount R/W –> mount R/O.. (belah atas kanan)..

      5. Tukar permissions jadikan macam ni “rw-r-r” (tick)

      owner : read & write
      group : read
      others : read

      6. Restart phone..

      • maaf.. macam mane nk paste kn file gps.confg dari dwnload folder ke folder sysmtem/etc yg dalam root explorer? then macam mane nak tukar permission “rw-r-r” tu?

        sangt2 memerlukan bantuan, sy pakai ninetology insight, gps test ok.. tp bile guna papago n waze langsung xgerak.. tq!!

        • Copy paste file gps.conf tu guna apps “Root Explorer”.. Phone pastikan dah root.. Lepas dah copy paste masuk dalam folder system/etc, tekan lama2 atas file gps.conf tu dan pilih ‘Permissions’.. Tukar rw-r-r kat situ..

    • Android memang akan hang kalau tak ‘hack’.. Banyak apps yang tak diperlukan run di background, sebab tu dia jadi kerap hang.. Kalau taknak hang, kena root dulu dan buang segala apps yang tak diperlukan.. Setakat ni aku guna Android tak pernah hang lagi.. Lancar je..

  12. Aku pn bli insight kt the mine.memg bogel.aku pakai casing sony xperia ion skrg.ok cuma insight pendek ckit.stakat ni xder masalah.

    • Boleh ek pakai casing Sony Xperia Ion? Dia punya lubang2 kat casing tu sama ke, atau kena tebuk sendiri lubang untuk speaker dan lain2?

      • Utk kamera n flash ok. Yg speaker depan lari tp still boleh dgr walaupn tak buka.boleh slide utk buka fon tanpa buka casing…

  13. aritu den belikan tuk mak den, so far ok la.. Cuma satu je yg kadang2 den perasan tu bukan wifi kejap ada kejap takde pastu nak caj bateri dia lama gila :D

    • Kena hantar pergi service centre Ninetology rasanya tu.. Biar diorang check masalah tu.. Kalau masalah tak setel jugak mungkin diorang akan tukar dengan phone baru.. Ninetology ada bagi warranty 1 to 1 exchange dlm tempoh 3 bulan guna..

  14. Hari tue dah tengok kat berita pasal ninetology. Nak beli was was coz brand dy baru g. nanti dah sebulan, 3 bulan, 6 bulan pakai, boleh wat review.

    • Yeayyy.. Black Pearl 2 dah upgrade nampaknya.. Best laa dapat pakai Black Pearl 2.. Nak beli yang tu jugak tapi stok dah habis..

  15. Ayat last ni menarik :

    Aku nak belikan dia Ninetology jugak hari tu tapi dia taknak. “Nak tablet” kata wife aku.

    Hahaha. Habislah…

    • Hahaha.. Oleh sebab wife dah cakap macam tu, kena la tunaikan apa yang dia nak.. Kena kumpul duit dulu la nak beli tablet tu..

    • Kalau ada kawan atau adik beradik atau anak sedara ke yang dapat rebat tapi taknak guna, boleh la bagi pada yang dah lebih umur tu.. Kan? Kan?

  16. baguskan ada pilihan telefon pintar mampu milik mcm ni barulah lebih ramai orang mampu merasa perkembangan teknologi.

    • Memang bagus bila ada pilihan smartphone yang berharga murah macam ni.. Yang nak merasa guna smartphone dah tak perlu keluar duit banyak.. Boleh beli smartphone ikut kemampuan.. Tak perlu membazir..

  17. menarik ni..boleh dipertimbangkan untuk beli..itu pun kalau awek kedai handphone kat mines dapat pujuk aku..haha..

    • Try la pergi buat2 nak beli Ninetology Black Pearl 2 kat The Mines tu.. Kalau takde stok mesti dia suruh beli Ninetology Insight.. Takpon Ninetology Stealth 2.. Hehe..

    • Ofkos.. Sebab nampak phone ni macam menarik je.. Lagipun harga dia memang murah.. Semua orang dah boleh pakai smartphone sekarang ni..

  18. Haritu waktu nampak gambar bro beli telefon ni, terus mencari-cari berkenaan brand ni, nampak macam menarik jer… :D

    p/s: aku dah terjebak dengan kegiatan custom rom dah sekarang sejak phone asek hang jer… hehehe

    • Best jugak phone Ninetology ni.. Cuma kegiatan bermain custom rom tak dapat diteruskan (buat masa ni) sebab phone ni belum ada custom rom yang stable.. Gian dah ni nak flashing-flashing custom ROM..

      Waaahh.. Dah terjebak dengan custom ROM nampaknya.. Pasni bleh la develop custom ROM sendiri dengan jenama “Eizil”. Hehe.. Pakai custom ROM apa sekarang?

      • Hehehe… bro aa kena create custom rom untuk Ninetology…

        Sekarang pakai jellyMod, baru jer terjebak, macam banyak jer nak kena belajar kalau nak buat custom ROM sendiri, guna orang punya dulu jer aa buat masa ni… huhuhu

        • Tak sempat nak explore lagi cara buat custom rom.. Nak buat sendiri memang tak reti kalau takde sifu.. Guna orang punya laa lagi senang..

  19. brand baru yer bro?? Tak pernah dengar pulak…tapi smart juga handphone tuh, harga pun ok…

      • Assalamualaikum, ncik,

        nak tanya pasal camera. kalau samsung kan screen dia super amoled, even 5.0 MP da nampak cantik, tapi bile transfer kat laptop, biasa2 je. huhu. kalau ninetology insight ni, cane camera dia ea? ok x gamba bile transfer kat laptop? sebab nak cari smartfon yg camera ok.
        Terima kasih. :happy:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *