AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Gadget » Ninetology Insight dengan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

Ninetology Insight dengan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

13/04/2013 Anarm 81 Comments

Twitter Facebook WhatsApp

Minggu lepas aku pergi The Mines nak beli phone baru. Mulanya bercadang nak beli phone Ninetology Black Pearl 2.

Tapi aku terlambat sebab stok Black Pearl 2 dah habis. Ramai sangat yang beli Black Pearl 2 memandangkan harganya yang murah bila menggunakan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (SKMM).

Oleh sebab Ninetology Black Pearl 2 dah habis stok, awek kedai phone tu hasut aku supaya beli Ninetology Insight.

Hasutan dia berjaya lepas aku try godek handphone tu aku pun terus beli. Aku beli Ninetology Insight i9430 Black dengan harga RM499 selepas menggunakan rebat RM200. Harga asal adalah RM699.

ninetology insight rebat rm200 pakej komunikasi belia

Aku suka tengok design logo Ninetology. Simple je tapi smart. Warna hitam-merah pada kotak dan putih-merah pada paperbag dia tu nampak menarik.

Lepas dah balik rumah aku terus unboxing Ninetology Insight yang aku beli. Ninetology Insight ada 2 warna – putih dan hitam. Aku beli Ninetology Insight i9430 warna hitam.

unboxing ninetology insight i9430 black

Dalam video atas ni Ninetology Insight dia datang dengan pakej DiGi Prepaid Smart Plan.

Tapi yang aku beli tak kena daftar pun dengan mana-mana pakej telekomunikasi. Cuma bagi salinan borang Pakej Komunikasi Belia je.

ISI KANDUNGAN hide
1 Spesifikasi Ninetology Insight i9430
2 Kelemahan Ninetology Insight i9430
2.1 Bateri Cepat Habis
2.2 Kelemahan Fungsi GPS

Spesifikasi Ninetology Insight i9430

Dimension126.9 mm x 66.5mm x 10.8mm
Weight160g (with battery)
CPUDual Core 1.0 GHz
Operating SystemAndroid 4.0.4 Ice Cream Sandwich
MemoryInternal4GB ROM / 512MB RAM
External StorageMicroSD, up to 32GB
DisplaySize4.3”
Resolution480 x 800 (240 ppi pixel density)
TechnologyIPS, One Glass Solution, Capacitive, 16.7M colors
ConnectivityNetworkGSM 900/1800 MHz, WCDMA 2100MHz
SIM 1GSM / WCDMA
SIM 2GSM / WCDMA
DataHSDPA , HSUPA, EDGE & GPRS
WifiYes ( 802.11n, 802.11g, 802.11b)
BluetoothBT 3.0
GPS/ AGPSYes / Yes
CameraRear Camera8.0 MP
Front Camera2.0 MP
FeaturesFace Detection, Auto Focus, LED Flash, HDR, Panorama Mode
SensorProximity Sensor, Accelerometer Sensor (3D)
ConnectorsUSBUSB 2.0
SD SlotsYes
Audio Output3.5mm Audio Jack
Power & BatteryCapacityLi-lon 1800mAh
MultimediaPlayerMP3 / MP4 Player
Audio FormatMP3 / MIDI / AAC / AMR / WAV
Voice RecordingAMR / 3GPP / OGG
Video Format3GP / MP4 / AVI
Video Recording3GP (max [email protected])
Features3G Video Call
AppsSocial NetworkFacebook
Productivity & UtilitiesGmail, Google Maps, Go Launcher EX, M-Warranty
Gaming–
EntertainmentYoutube, Radio FM
AppstoreGoogle Playstore, Apps Center
BrowserAndroid Native Browser, QQ Browser
AccesoriesCharger, USB Cable, Battery, Earpiece, Screen Protector, User Manual, Warranty Card
PackagingMatt Paper Box

Apa yang membuatkan aku berminat dengan phone Ninetology Insight i9430 ni sebab dia menggunakan sistem operasi Android. Aku memang penggemar Android sebab boleh customize macam-macam.

Kamera dia pun boleh tahan 8.0 MP dengan fungsi lampu flash. Kamera depan pula 2.0 MP. Specs lain korang tengok sendiri la aku dah letak kat atas tu.

Kelemahan Ninetology Insight i9430

Kelemahan phone Ninetology Insight (adik-beradik Ninetology yang lain pun sama) paling ketara adalah pada bateri dan fungsi GPS.

Bateri Cepat Habis

Bateri dia cepat habis. Tapi ada cara nak selesaikan masalah tu. Cuma perlu matikan atau buang aplikasi-aplikasi seperti Go Launcher EX, M-Warranty dan sebagainya. Aplikasi tu yang menyebabkan bateri phone cepat habis.

Aku dah ‘root‘ Ninetology Insight aku. Lepas beli terus aku ‘root‘. Hahaha. So, aplikasi-aplikasi tu aku boleh delete walaupun phone dah set aplikasi tersebut sebagai default.

Aku delete guna aplikasi Titanium Backup.

Kelemahan Fungsi GPS

Fungsi GPS pada Ninetology Insight pulak memang di tahap yang teramat-amat teruk dan slow. Dah banyak kali aku test GPS dia, lambat giler nak lock.

Untuk masalah GPS tu pun ada penyelesaian dia. Geng otai pengguna phone Ninetology ada kongsikan file yang boleh selesaikan masalah GPS tu. Tapi aku tak try lagi.

Bagi phone yang GPS dia rosak boleh terus pergi centre Ninetology. InsyaAllah boleh tukar phone baru sebab dalam tempoh 3 bulan kalau phone ada masalah Ninetology akan tukarkan phone baru (1 to 1 exchange). Warranty pulak 1 tahun.

ninetology insight i9430

Phone Ninetology Insight aku masih dalam keadaan berbogel tanpa baju. Tak tau kat mana nak cari dia punya casing. Dah tanya kat kedai tapi diorang cakap belum ada lagi casing untuk Ninetology sebab phone baru keluar.

Risau jugak nak biarkan phone berbogel tanpa baju. Takut calar je.

Tapi mamat ni ada guna casing untuk phone Ninetology Insight dia. Katanya ada jual kat Lowyat. Nak kena pergi sana la jawabnya nanti.

casing ninetology insight

Cun pulak aku tengok casing Ninetology Insight macam ni

Bila dah bertukar guna Ninetology Insight ni rasa rindu pulak dengan phone lama aku Samsung Galaxy S.

Phone lama aku dah bagi wife aku guna. Sebelum ni dia guna Galaxy Mini. Bagi dia merasa pakai phone besar sikit. Aku nak belikan dia Ninetology jugak hari tu tapi dia taknak. “Nak tablet” kata wife aku. Adehh..

*Credit: Ninetology Sabah (Thanks for the video)

Twitter Facebook WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Casing Phone Ninetology Insight i9430
  • Ninetology Blogger’s Review Program
  • Mudahnya Cas Bateri Phone dengan Power Bank Yoobao
  • Ninetology Siri U9 Smartphone Model Terbaru
  • 10 Blogger Terpilih Review Ninetology U9X1

Kategori : Gadget Keyword : android, insight i9430, ninetology, ninetology black pearl 2, ninetology insight, pakej komunikasi belia, rebat rm200

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Masalah Domain Tak Boleh Buka Tanpa WWW (Blogspot)
Next article:
Sedapnya Karipap Mini

81 Comments

  1. afixsahar says

    17/01/2015 at 3:21 AM

    bro, tumpang tnye.bro ad bgtau yg bro root phone tu, kalau tak keberatan boleh tunjuk mcm mana nak root, dri a-z.sbb phone saya ad problem tak boleh install google play services.

    Reply
  2. abdul halim says

    01/11/2014 at 12:25 PM

    Asslamualaikum, sy pn ada masalah yg sama juga, maasalah henfone
    kurang menangkap rangkaian dgn baik. Hnya dpt
    Selesaikan masalah dgn duduk dgn b’hampiran
    Pencawang rngkaian baru dpt yg selesa. Ada tak cara lain utk masalah yg mcm ni?
    Bila tukar kad sim buh dlm hnset lain ok plak rangkaian penuh.

    Reply
  3. najwa says

    30/10/2013 at 7:45 PM

    saya nak tanya kenapa fon ninetology nih da problem dengan sim xleh detect kat fon tu. col xleh masuk tp boleh col keluar. . dh cek sim masuk kat fon lain boleh jew guna. bila masuk kat fon nih terus xleh detect. dia keluar no sim and emergency col only. .tp network coverage ada jew. kenapa erk?? taw x? tp kalo nak msg we chat n fb boleh jew. .

    Reply
  4. hafiz says

    05/10/2013 at 7:18 PM

    ad install app pstu reboot hp jd blank je… death i think… do u know how to fix it? pls help~

    Reply
    • hendra yudi says

      29/04/2014 at 6:55 AM

      broo saya dari indonesia kebetulan sya di beri Hp Ninetology tipe i9430 oleh kakak saya, beliau saat ini sdh meninggal dunia< tapi sy tdk bisa menggunakan Hp ini untuk panggilan keluar atau masuk tapi kalau fictur yg lainnya bisa digunakan hanya panggilan masuk dan keluar saja yang tidak bisa padasaat sy coba hub keluar dilayar tertulis " SAYANGNYA,PROSES COM.ANDROID.PHONE TELAH BERHENTI." maksudnya apa ya? dan cara memulihkannya bagaimana biar saya dapat menggunakan telepon masuk atau keluar. tks

      Reply
      • Anarm says

        29/04/2014 at 11:13 AM

        Cara paling mudah untuk pulihkan masalah itu dengan cara hard reset (Reset to factory setting).. Phone akan kembali kepada asal seperti baru dibeli.. Pastikan sebelum hard reset, back up / copy segala data atau file penting yang ada di dalam phone seperti gambar2, contact number, dan lain2..

        Reply
  5. hafizmd says

    02/10/2013 at 12:48 PM

    jadi, taklah teruk sangat..boleh masuk list dulu…hhee

    thanks bro anarm!

    Reply
  6. azizi says

    08/09/2013 at 3:49 PM

    Dah try wat root smpi kt device manager x jumpe android phone lak dia kuar nama phone je.. cmne ye leh tnjk kan contoh x hehe

    Reply
  7. masrurah says

    03/09/2013 at 12:08 PM

    salam…sy da beli insight ne bulan 5ritu…xtau laa sy sorg je ke or ada yg len pn sama…nset ne asyik off sndri..pstu kdg2 wlpun xguna,bateri panas gla mcm nk meletup..cas lama gila tp abis mcm air…xsmpy sari pn…

    da anta kt centre,depa service…lps 3mgu,dpt balik,sama jugak + xboleh nk on hp…anta pulak..lpas sbulan,dpt balik…on je langsung hang..bengang gila…mengamuk kt ninthology pya fb,dy ckp by 26/8 hp ready,hq akan kol ntok pick up..tp harammm xdak jgk….pstu lpas smgu mnx kta plak kol depa utk arrange pick up…tp kol harammm xjawab….rasa cm nk saman ja company ne….geram!!!!!!!!

    Reply
  8. pikal says

    18/08/2013 at 8:46 PM

    salam bro kita nak tnye law kad warrent dia hilang kta buleh p hntar blik dak coz fon sya xtaw npe xleh on trus

    Reply
    • Anarm says

      19/08/2013 at 12:28 AM

      Kad warranty hilang takpe. yang penting dah register utk warranty tu guna apps M-Warranty dalam phone. Kalau phone rosak boleh terus hantar Service Centre Ninetology..

      Reply
  9. ProfHariz says

    07/07/2013 at 5:27 PM

    Rebet aku memilih untuk tidak guna. Sebab takde duit nak beli

    Reply
  10. ardy says

    05/07/2013 at 2:49 AM

    outlook tablet aku terkunci.. terlalu banyak pola masuk.. cara mengatasi nya gmna bang :cwy:

    Reply
  11. Faatihah says

    05/06/2013 at 7:55 AM

    Assalamualaikum, ncik,

    nak tanya pasal camera. kalau samsung kan screen dia super amoled, even 5.0 MP da nampak cantik, tapi bile transfer kat laptop, biasa2 je. huhu. kalau ninetology insight ni, cane camera dia ea? ok x gamba bile transfer kat laptop? sebab nak cari smartfon yg camera ok.
    Terima kasih. :happy:

    Reply
  12. Naz says

    04/06/2013 at 9:07 AM

    Salam bro.. nk tnye yer..npe insight nie ble pkai…percentage battery cepat turun..mcm air je turun… mmg x tahan lame… *cane nk bg jimat ey battery dye tanpa root leh ke… *lg satu klu root nie warranty hilang x bro ? tq

    Reply
    • Anarm says

      04/06/2013 at 11:21 AM

      Waalaikumussalam.. Insight yang standard dr kedai memang bateri cepat habis.. Boleh disablekan beberapa apps seperti go launcher, m-warranty, qq browser, qq doctor yang jadi punca bateri cepat habis.. (Setting > Apps)

      Kalau root, boleh terus buang je apps tu.. Storage pun bertambah sikit bila dah buang beberapa apps..

      Root memang dikira warranty hilang.. Tapi boleh Fully Unroot balik..

      Reply
  13. Dzikri Asmawi says

    22/05/2013 at 10:19 AM

    Salam, nak tanye, yang root2 tu untuk ape ek? ape tujuan dan fungsi “root” tuh???… boleh citer skit x?tq…

    Reply
    • Anarm says

      22/05/2013 at 11:19 AM

      Waalaikumussalam..

      Fungsi Root ni memberi hak penuh kepada pengguna untuk masuk ke sistem phone Android.. Bila dah Root, pengguna dapat modify file2 atau data2 yang ada pada sistem Android..

      Dalam keadaan standard / baru beli kat kedai (belum root) file sistem Android tu tak boleh di-akses sebab pengeluar phone Android block akses ke sistem, takut pengguna (yang tak tahu apa2) tersalah godek file yg akan buat phone rosak..

      Bagi pengguna yg dah advance tentang sistem Android, root akan beri kelebihan untuk dia tingkatkan performance sebenar peranti Android..

      Lebih kurang jugak macam sistem operasi komputer Windows, fungsi root Android adalah memberikan hak “Administrator” kepada pengguna.

      Istilah “Root” untuk Android = istilah “Jailbreak” untuk iPhone..

      Harap boleh faham dengan penerangan ni.. TQ..

      Reply
      • ProfHariz says

        07/07/2013 at 5:27 PM

        Penerangan yang bagus :)

        Reply
  14. ain ali says

    17/05/2013 at 12:24 PM

    Sy pun baru je beli fon ni.ok jugak.tp msalah batt..cane nk gne titanium backup pro tu cik?

    Reply
    • Anarm says

      17/05/2013 at 2:42 PM

      Pertama sekali, untuk guna Titanium Backup phone kena ROOT dulu.. Bila dah root baru boleh guna fungsi yg ada pada Titanium Backup.. Boleh guna untuk backup dan restore apps yg ada dalam phone.. Selain tu boleh guna untuk matikan proses mana2 apps dan juga delete apps yg tak digunakan sangat atau apps yg banyak guna kuasa bateri..

      Cara guna dia just klik2 je kat senarai apps yg ada dalam tu..

      Reply
  15. fitri says

    15/05/2013 at 1:32 AM

    Salam bro , mane nk dapat bag die , susah lah nk dpt

    Reply
    • Anarm says

      15/05/2013 at 9:51 AM

      Bag dia? Maksudnya dia punya casing ke? Kalau nak cari casing boleh order online kat forum Lowyat.. Link forum: https://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=2717501&hl=..

      Reply
  16. abd salam says

    13/05/2013 at 9:44 PM

    salam bang..nak tanya cmne nak root hp insight ni..leh bgtau x..

    Reply
    • Anarm says

      14/05/2013 at 2:00 AM

      Waalaikumussalam.. Cara nak root hp Insight boleh tengok tutorial kat link ni: “How to root and unroot Ninetology Insight i9430“

      Reply
      • abd salam says

        15/05/2013 at 9:06 AM

        tq bang..da siap root..tp xpandai lak nak buang M-Wararanty tu..tp saya da stop application dia..da nampak la ckit kesan bateri hp tahan lama ckit..

        Reply
        • Anarm says

          15/05/2013 at 9:47 AM

          Nak buang apps yang takde kepentingan sangat macam M-Warranty, GO Launcher dan lain2 tu boleh buang guna apps “Link2SD” atau “Titanium Backup”..

          Kalau nak bateri hp tahan laaaagii lama mungkin boleh cuba upgrade ROM Konka W960 Jelly Bean 4.1.1..

          Reply
  17. Areten says

    04/05/2013 at 1:29 PM

    :smile: Salam bro…
    bleh x ajar sikit camana nak buat bateri Ninetology insight x cepat abis bateri ? saya nie baru jer guna dalam 1 mgu….arie2 cepat sgt abis baterinya…..Tolong yer bro….

    Reply
    • Anarm says

      04/05/2013 at 9:42 PM

      Waalaikumussalam.. 1st sekali try upgrade versi firmware Ninetology Insight tu.. Versi sekarang i9430.2.05.301 (boleh check kat Setting > About phone).. Ada jugak yg bagitau versi latest i9430.2.08.408 tapi blom ade lagi yg share.. Boleh upgrade firmware di Service Centre Ninetology.. nak buat sendiri pun boleh, itu pun kalau berani laa.. (lepas upgrade, data2 dalam phone akan hilang semua)..

      Kalau phone memang dah guna firmware yg latest, buat cara ni pulak.. Tapi cara ni warranty akan terbatal sebab kena ROOT phone Insight untuk bolehkan kita buang apps yang banyak guna bateri.. contoh apps seperti Go Launcher EX, M-Warranty, QQbrowser, dan lain2..

      Lepas dah buang/disable semua apps tu, bateri akan jadi tahan lama sikit.. Saya dah buat semua tu, memang bateri lambat habis, boleh tahan sampai 2 hari dengan penggunaan maximum, 24jam on data internet, main game, whatsapp, wechat..

      Reply
  18. fyraxapple says

    24/04/2013 at 7:38 AM

    salam bro..ak bru strt gne phone insight ni, cne ye nk solve gps dia?

    Reply
    • Anarm says

      24/04/2013 at 4:31 PM

      Check GPS dulu berfungsi atau tak guna aplikasi “GPS Test”.. Tunggu lebih kurang 5-10 minit.. Kalau ade bacaan di GPS Test bermaksud GPS phone takde masalah.. Kalau takde bacaan, GPS phone rosak, boleh hantar ke service center Ninetology..

      Kalau GPS phone ok, buat cara ni:

      1. Pastikan phone dah ‘root’..

      2. Install Root Explorer (playstore)..

      3. Download file ‘gps.conf’ (DOWNLOAD DI SINI) lepas tu letakkan di “system/etc”..

      4. Tukar mount R/W –> mount R/O.. (belah atas kanan)..

      5. Tukar permissions jadikan macam ni “rw-r-r” (tick)

      owner : read & write
      group : read
      others : read

      6. Restart phone..

      Reply
      • kalekatu says

        19/06/2013 at 11:38 AM

        maaf.. macam mane nk paste kn file gps.confg dari dwnload folder ke folder sysmtem/etc yg dalam root explorer? then macam mane nak tukar permission “rw-r-r” tu?

        sangt2 memerlukan bantuan, sy pakai ninetology insight, gps test ok.. tp bile guna papago n waze langsung xgerak.. tq!!

        Reply
        • Anarm says

          19/06/2013 at 2:51 PM

          Copy paste file gps.conf tu guna apps “Root Explorer”.. Phone pastikan dah root.. Lepas dah copy paste masuk dalam folder system/etc, tekan lama2 atas file gps.conf tu dan pilih ‘Permissions’.. Tukar rw-r-r kat situ..

          Reply
  19. Bro Framestone says

    18/04/2013 at 12:19 AM

    Macam menarik.

    Tetapi bro serik guna android. masih belum jumpa yang mampu bertahan dengan tahap penggunaan bro.

    Tak suka hp yang hang sampai perlu restart.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2013 at 8:49 AM

      Android memang akan hang kalau tak ‘hack’.. Banyak apps yang tak diperlukan run di background, sebab tu dia jadi kerap hang.. Kalau taknak hang, kena root dulu dan buang segala apps yang tak diperlukan.. Setakat ni aku guna Android tak pernah hang lagi.. Lancar je..

      Reply
  20. efie says

    17/04/2013 at 9:34 PM

    Aku pn bli insight kt the mine.memg bogel.aku pakai casing sony xperia ion skrg.ok cuma insight pendek ckit.stakat ni xder masalah.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2013 at 8:46 AM

      Boleh ek pakai casing Sony Xperia Ion? Dia punya lubang2 kat casing tu sama ke, atau kena tebuk sendiri lubang untuk speaker dan lain2?

      Reply
      • efie says

        18/04/2013 at 6:37 PM

        Utk kamera n flash ok. Yg speaker depan lari tp still boleh dgr walaupn tak buka.boleh slide utk buka fon tanpa buka casing…

        Reply
  21. Hafizul says

    17/04/2013 at 11:13 AM

    Spesifikasi sangat menarik..tak sia-sia kebas time ada rebet nih..hehe

    Reply
  22. GM says

    16/04/2013 at 3:43 AM

    aritu den belikan tuk mak den, so far ok la.. Cuma satu je yg kadang2 den perasan tu bukan wifi kejap ada kejap takde pastu nak caj bateri dia lama gila :D

    Reply
    • Anarm says

      16/04/2013 at 9:19 AM

      Kena hantar pergi service centre Ninetology rasanya tu.. Biar diorang check masalah tu.. Kalau masalah tak setel jugak mungkin diorang akan tukar dengan phone baru.. Ninetology ada bagi warranty 1 to 1 exchange dlm tempoh 3 bulan guna..

      Reply
  23. wazy says

    15/04/2013 at 10:33 PM

    Menarik juga spefikasi Ninetology Insight ni,boleh sambar satu tak lama lagi

    Reply
  24. Bean Moreno says

    15/04/2013 at 1:53 PM

    macam best je narm phone ni..nanti aku pi umah ko nak ushar2…

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 2:17 PM

      Sebab tu aku beli lepas aku godek2 kat kedai phone kat The Mines tu.. Memang best phone ni..

      Reply
  25. Oneblogsocial says

    15/04/2013 at 12:42 PM

    Ramai pula jenama yang guna perisian android,blackberry macah dah tak berkelas.

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 2:27 PM

      Memang banyak jenama yang guna Android OS sekarang ni.. sebab Android open source kot..

      Reply
  26. zul says

    15/04/2013 at 11:13 AM

    Salam.nk tnya sket cmna nk root blackpearl2.dh 1mggu suft tp xjmpa lg.tlg ye

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 2:15 PM

      Untuk root Black Pearl 2 kena tanya pada owner blog “norfanil.com”.. Dia pengguna Ninetology Black Pearl 2.. Katanya nanti dia akan tulis entri cara-cara untuk root Black Pearl 2.. Kena tunggu dia update kat blog..

      Reply
    • Anarm says

      16/04/2013 at 9:13 AM

      Ni aku bagi link tutorial cara nak root ninetology black pearl 2 – http://norfanil.com/cara-root-ninetology-black-pearl-2/

      Reply
  27. Joe says

    14/04/2013 at 11:32 PM

    Hari tue dah tengok kat berita pasal ninetology. Nak beli was was coz brand dy baru g. nanti dah sebulan, 3 bulan, 6 bulan pakai, boleh wat review.

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 10:28 AM

      Ha’ah.. Brand Ninetology ni baru keluar.. Rasa nak beli pun sebab dia guna Android.. Memang suka phone yang guna Android..

      Reply
  28. Sir Marcello says

    14/04/2013 at 3:28 PM

    orang lain dah try macam2 jenis smartphone…aku masih dok pegang blackberry….huhuhuhu

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 10:27 AM

      Aku tak pernah guna BlackBerry sebab ramai kawan2 cakap BlackBerry tak best.. Hehe..

      Reply
  29. sabree hussin says

    14/04/2013 at 12:23 PM

    nama black pearl tu mengingatkan saya dengan cerita Pirate of the Carribean :-) Jack Sparrow

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 10:18 AM

      Black Pearl nama kapal Jack Sparrow..

      Reply
  30. Norfanil says

    14/04/2013 at 1:09 AM

    yeahh..kita dah jadi geng ninetology.. hehehehe

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 10:17 AM

      Yeayyy.. Black Pearl 2 dah upgrade nampaknya.. Best laa dapat pakai Black Pearl 2.. Nak beli yang tu jugak tapi stok dah habis..

      Reply
  31. Amirul Aslam says

    14/04/2013 at 12:33 AM

    Ayat last ni menarik :

    Aku nak belikan dia Ninetology jugak hari tu tapi dia taknak. “Nak tablet” kata wife aku.

    Hahaha. Habislah…

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 10:15 AM

      Hahaha.. Oleh sebab wife dah cakap macam tu, kena la tunaikan apa yang dia nak.. Kena kumpul duit dulu la nak beli tablet tu..

      Reply
  32. akubiomed says

    14/04/2013 at 12:11 AM

    Tengah kumpul mata ganjaran untuk tukar gajet dari Ninetology. :-)

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 10:13 AM

      Kumpul mata ganjaran macam mana tu?

      Reply
  33. Ibu Mifzal Arsyad says

    13/04/2013 at 9:41 PM

    best tu dpt rebat..sy x dpt sbb dh lbh umur..huhu..

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 10:12 AM

      Kalau ada kawan atau adik beradik atau anak sedara ke yang dapat rebat tapi taknak guna, boleh la bagi pada yang dah lebih umur tu.. Kan? Kan?

      Reply
  34. sukma says

    13/04/2013 at 6:03 PM

    beruntung dpat rebat pakej komunikasi belia….

    Reply
  35. ejam says

    13/04/2013 at 4:04 PM

    baguskan ada pilihan telefon pintar mampu milik mcm ni barulah lebih ramai orang mampu merasa perkembangan teknologi.

    Reply
    • Anarm says

      15/04/2013 at 10:11 AM

      Memang bagus bila ada pilihan smartphone yang berharga murah macam ni.. Yang nak merasa guna smartphone dah tak perlu keluar duit banyak.. Boleh beli smartphone ikut kemampuan.. Tak perlu membazir..

      Reply
  36. Khairul Zamri says

    13/04/2013 at 3:28 PM

    terbaik, aku punya rebat dah expire tak sempat rembat smartphone, silap register awal2 huhu

    Reply
    • Anarm says

      13/04/2013 at 3:40 PM

      Kalau dah expired tapi belum guna rasanya boleh register lagi sekali.. Kalau tak silap aku laa..

      Reply
  37. wandisini says

    13/04/2013 at 3:22 PM

    menarik ni..boleh dipertimbangkan untuk beli..itu pun kalau awek kedai handphone kat mines dapat pujuk aku..haha..

    Reply
    • Anarm says

      13/04/2013 at 3:39 PM

      Try la pergi buat2 nak beli Ninetology Black Pearl 2 kat The Mines tu.. Kalau takde stok mesti dia suruh beli Ninetology Insight.. Takpon Ninetology Stealth 2.. Hehe..

      Reply
  38. titan says

    13/04/2013 at 3:19 PM

    hoho..sudah rembat satu rupanya..

    Reply
    • Anarm says

      13/04/2013 at 3:22 PM

      Ofkos.. Sebab nampak phone ni macam menarik je.. Lagipun harga dia memang murah.. Semua orang dah boleh pakai smartphone sekarang ni..

      Reply
  39. Eizil says

    13/04/2013 at 3:10 PM

    Haritu waktu nampak gambar bro beli telefon ni, terus mencari-cari berkenaan brand ni, nampak macam menarik jer… :D

    p/s: aku dah terjebak dengan kegiatan custom rom dah sekarang sejak phone asek hang jer… hehehe

    Reply
    • Anarm says

      13/04/2013 at 3:19 PM

      Best jugak phone Ninetology ni.. Cuma kegiatan bermain custom rom tak dapat diteruskan (buat masa ni) sebab phone ni belum ada custom rom yang stable.. Gian dah ni nak flashing-flashing custom ROM..

      Waaahh.. Dah terjebak dengan custom ROM nampaknya.. Pasni bleh la develop custom ROM sendiri dengan jenama “Eizil”. Hehe.. Pakai custom ROM apa sekarang?

      Reply
      • Eizil says

        13/04/2013 at 3:23 PM

        Hehehe… bro aa kena create custom rom untuk Ninetology…

        Sekarang pakai jellyMod, baru jer terjebak, macam banyak jer nak kena belajar kalau nak buat custom ROM sendiri, guna orang punya dulu jer aa buat masa ni… huhuhu

        Reply
        • Anarm says

          13/04/2013 at 3:33 PM

          Tak sempat nak explore lagi cara buat custom rom.. Nak buat sendiri memang tak reti kalau takde sifu.. Guna orang punya laa lagi senang..

          Reply
  40. papa mifz says

    13/04/2013 at 3:00 PM

    brand baru yer bro?? Tak pernah dengar pulak…tapi smart juga handphone tuh, harga pun ok…

    Reply
    • Anarm says

      13/04/2013 at 3:02 PM

      Baru jugak la.. Made in Malaysia.. Setakat ni guna takde apa2 masalah..

      Reply
      • Faatihah says

        05/06/2013 at 7:56 AM

        Assalamualaikum, ncik,

        nak tanya pasal camera. kalau samsung kan screen dia super amoled, even 5.0 MP da nampak cantik, tapi bile transfer kat laptop, biasa2 je. huhu. kalau ninetology insight ni, cane camera dia ea? ok x gamba bile transfer kat laptop? sebab nak cari smartfon yg camera ok.
        Terima kasih. :happy:

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Mesin Basuh Toshiba AW-A820MM Tak Berpusing, Ganti Drain Motor Rosak (DIY)
  • Patriot Burst SSD 240GB – Tingkatkan Kelajuan PC dan Laptop
  • Kaya Dunia Bahagia Akhirat
  • Fantech Hellscream GS201 Speaker Murah dan Berkualiti
  • Parasite (2019) Filem Korea Menarik Untuk Ditonton
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2019 – Anarm Network Resources

Powered by Internet Webhosting • Privacy Policy