Nak Buat Duit di Internet?

Jana wang internet

Kamu nak buat duit di internet tak? Jawapan kamu “mesti la nak” kan? Orang zaman batu pon nak duit jugak kalau diorang tau apa itu duit.

Tapi untuk mencari duit di internet, kena buat ikut cara dan langkah-langkah yang betul. Bak kata orang, kalau tiada ilmu di dada, jangan ngada-ngada nak gi makan KFC. Huh! Ada ke orang cakap camtu? Hahah.. Gurau je..

Buat Duit Melalui Internet

Untuk pengetahuan semua, menghasilkan duit melalui internet pada hari ni bukan lagi satu situasi yang mustahil. Dah ada bukti di mana terdapat beberapa orang yang dah berjaya dan terkenal, sebabnya mereka menjana wang dengan jumlah yang besar hanya melalui internet.

Kamu taknak ke jadi macam diorang? Contohnya macam Irfan Khairi. Mesti kamu kenal beliau ni yang dah begitu familiar sebab selalu jugak la muncul di kaca TV. Tengok! Dah la dapat duit banyak kat internet, dapat masuk TV pulak tu. Tak jeles ke?

Kalau jeles, baca entri ni sampai habis sebab aku nak kongsi sikit ilmu dengan kamu, ilmu cara-cara buat duit di internet.

Irfan KhairiAda la 2-3-4-5-6 orang (lebih kurang) dok tanya aku, “Bro, boleh ke aku buat duit kat internet? Aku tak reti cakap mat saleh. Biasa tengok orang kaya mesti kena pandai cakap mat saleh”.

Aku nak hempok dengan kipas siling pon tak sampai hati. Belom mula pun lagi, dah berangan macam-macam.

Aku ni pon lebih kurang sama je macam kamu. Kalau dah nak sangat power bercakap bahasa mat saleh, apa kata belajar je bahasa mat saleh tu menggunakan Malaysia E-Kamus Pro yang dijamin dapat membantu kamu fasih dengan bahasa asing.

Dalam dunia internet ni, mempunyai blog dah menjadi satu kemestian sebab melalui blog tu la kamu akan dapat buat duit di internet. Sebabnya terdapat banyak rahsia yang ada pada blog yang tak semua orang tahu benda ni.

Untuk pembaca blog Anarm Network, aku nak dedahkan rahsia tu. Kamu boleh cungkil rahsia tentang panduan asas blogger dari A hingga Z. Dengan memiliki blog sendiri, kamu akan dapat menjana wang di internet tanpa kamu sedari.

Serius! Kalau tak percaya, boleh rujuk kat sini.

Cara Buat Duit di Internet

Untuk buat duit di internet, disarankan kamu timba dulu ilmu cara-cara newbie yang diajar melalui Pakej Newbie IM. Kamu kena mulakan peringkat demi peringkat, belajar dulu asas dunia duit internet ni.

Lepas dah betol-betol faham yang basic, baru la kamu teruskan dengan peringkat yang lebih tinggi.

Buat duit melalui internet

Ramai yang gagal menjana wang di internet sebab terlalu excited nak buat duit dengan cara yang cepat sedangkan asas-asas diorang tak tau. Terus nak ke peringkat pro. Bila tak dapat hasil, mula la putus asa.

Takde benda dalam dunia ni yang boleh didapatkan dengan cepat. Mesti diselangi dengan usaha keras. Makin banyak usaha, insyaallah peluang untuk buat duit tu adalah CERAH.

Ada banyak lagi cara untuk kamu dapatkan duit di internet. Aku nak explain lebih mendalam pon takleh sebab rasa macam dah panjang sangat dah post yang ni. Apa-apa hal, aku akan update lagi blog Anarm Network ni dengan info-info tentang duit.

So, rajin-rajin la singgah kat blog aku ni. Kalau takut ketinggalan update dari blog Anarm Network, kamu boleh subscribe dengan memasukkan alamat email kamu dalam kotak kat bawah ni.

Alang-alang guna internet, biar sampai dapat duit! Jumpa lagi..

24 Comments

  1. ok … blog kamu akan disubcribe sebentar lagi … hahaha
    buat duit kat internet.. angan2 ku yang tak berkesudahan

  2. Saye pun baru berjinak2 dgn dunia buat duit di internet. diharapkan info dldlm blog ni boleh membantu saye…insyaallah…
    .-= Post terbaru Dewi di blog beliau.. TOMIE, SI GADIS PENGGODA YANG MISTERI =-.

  3. buat duit internet ni tak dpt main redah je.kita buat research dulu bisnes dan produk apa yg kita hendak jual.di Malaysia ni,pasaran memang terhad tapi kalau kena dengan produk yg kita jual boleh meletup juga.

  4. nice info.mmg berminat nak buat gne intenet tapi mash tertanya2
    .-= Post terbaru acadterror di blog dia… Photoshop: cara mudah hasil efek teks 3d =-.

  5. Akhirnya aku dapat komen jgak kt blog yg menarik ini … :biggrin:

    Nak buat drpd internet bukannya senang, banyak perkara yg perlu dipelajari…hanya org yg bersemangat kental dan berani menghadapi risiko shj yg boleh mencari duit…

    1 lg, passion to learn new thing juga penting kerana zaman ICT ni teknologi cepat sangat berubah…

    Jom kita memeriahkan dunia internet Malaysia… :smile:
    .-= Post terbaru aktechpage.com di blog dia… Selamat Pengantin Baru Syawal =-.

Leave a Reply