My Way – Filem Perang Korea Paling Mahal

Poster My WayTarikh Tayangan: 19 April 2012

Pengarah: Kang Je-Kyu
Pelakon: Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon, Han Seung Hyun, Do Ji Han & Lee Yeon Hee
Penulis Skrip: Kang Je-Kyu & Kim Byung-in
Penerbit Eksekutif: Miky Lee, So Jin-Woo & Mu Xiao Guang
Genre: Aksi / Perang
Bahasa: Korea / Jepun / China / Rusia / Jerman (Sari kata Bahasa Inggeris)
Terbitan: Directors Production

Sinopsis Filem MY WAY

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua negara.

Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik.

Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka.

Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo.

Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik.

Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis.

Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.

Berjayakah misi mereka?

Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

My Way Official Trailer

Jangan ketinggalan untuk menonton filem ‘MY WAY‘ ni yang akan ditayangkan di pawagam pada 19 April 2012. Layari Fan page filem MY WAY di facebook.com/FilemMyWay

20 Comments

  1. Akhir2 ini filem dan drama korea laris manis. kesempatan emas buat korea untuk menelurkan filem berkualitas yang mendunia dan moga2 filem termahal ini bisa diterima banyak kalangan

  2. disebabkan sekarang ni saya diserang kemaruk awek-awek korea. Maka saya akan cuba carik cerita ni di pawagam.

    kalau tak jumpa baru saya donlod :)

  3. Cerita perang2 bgini saya suka..kena tengok ni..nak tengok di laptop..pkai earphone..baru best dengar bnyi pluru bnyi bom smua tu..

  4. salam, huhu thank you for sharing, lately byk plak filem2 yg bukan omputeh yang cambest, semalam baru ada orang rekemen top secret the billionaire (film thai) tue, huhu bleh buat marathon movie2 foreign laa pasnie..

  5. satu lagi filem perang yang aku tunggu-tunggu..memang minat filem-filem perang ni..berapa million kos ni bro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *