AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Movie » My Way – Filem Perang Korea Paling Mahal

My Way – Filem Perang Korea Paling Mahal

17/03/2012 Anarm 20 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp
Poster My WayTarikh Tayangan: 19 April 2012

Pengarah: Kang Je-Kyu

Pelakon: Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon, Han Seung Hyun, Do Ji Han & Lee Yeon Hee

Penulis Skrip: Kang Je-Kyu & Kim Byung-in

Penerbit Eksekutif: Miky Lee, So Jin-Woo & Mu Xiao Guang

Genre: Aksi / Perang

Bahasa: Korea / Jepun / China / Rusia / Jerman (Sari kata Bahasa Inggeris)

Terbitan: Directors Production

Sinopsis Filem MY WAY

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua negara.

Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik.

Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka.

Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo.

Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik.

Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis.

Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.

Berjayakah misi mereka?

Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

My Way Filem Perang Korea Paling Mahal

My Way Official Trailer

Jangan ketinggalan untuk menonton filem ‘MY WAY‘ ni yang akan ditayangkan di pawagam pada 19 April 2012. Layari Fan page filem MY WAY di facebook.com/FilemMyWay

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Perjuangan Hidup Life of Pi
  • Review Filem : RoboCop (2014)
  • Parasite (2019) Filem Korea Menarik Untuk Ditonton

Kategori : Movie Keyword : filem korea, movie review

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Pesta Belon Udara Panas 2012 di Putrajaya
Next article:
Percutian Menarik di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

20 Comments

  1. syahrilhafiz says

    22/03/2012 at 6:11 PM

    cite korea macam ni gua sedut je..hehe

    Reply
  2. Irawan says

    21/03/2012 at 7:08 AM

    Akhir2 ini filem dan drama korea laris manis. kesempatan emas buat korea untuk menelurkan filem berkualitas yang mendunia dan moga2 filem termahal ini bisa diterima banyak kalangan

    Reply
  3. Juan says

    20/03/2012 at 9:00 PM

    kata filem mahal, tp apsal trailer mcm x best jer

    Reply
  4. Mohd Isa says

    20/03/2012 at 6:25 PM

    filem ni la aku nak tgk, mana nak sedut? erk ada ke? ngeh2…

    Reply
  5. akubiomed says

    20/03/2012 at 9:10 AM

    Video promo nampak penuh dramatik.

    Reply
  6. LangkawiHomestay says

    19/03/2012 at 11:23 PM

    kene tgk cerita ni..nmpk mcm best :)

    Reply
  7. Sobri Mansor says

    19/03/2012 at 1:48 PM

    Macam best jer citer nih

    Reply
  8. faizul says

    18/03/2012 at 9:27 PM

    disebabkan sekarang ni saya diserang kemaruk awek-awek korea. Maka saya akan cuba carik cerita ni di pawagam.

    kalau tak jumpa baru saya donlod :)

    Reply
    • Anarm says

      19/03/2012 at 1:16 AM

      @faizul, awek-awek korea yee.. hehe.. aku pun kemaruk jugak.. :tongue:

      Reply
  9. Naziman says

    18/03/2012 at 1:45 AM

    Cerita perang2 bgini saya suka..kena tengok ni..nak tengok di laptop..pkai earphone..baru best dengar bnyi pluru bnyi bom smua tu..

    Reply
    • Anarm says

      19/03/2012 at 1:15 AM

      @Naziman, cerita perang memang best layan.. kalau cerita yg askar2 macam ni aku suka tengok Sniper.. power..

      Reply
      • Naziman says

        19/03/2012 at 8:03 PM

        @Anarm, betul tu..tambah2 lagi kalau kena gambar dgn sound lawa..mmg puas hati..kalau dgr bnyi letup2 tu, macam kita pun tengh mletup..hahha..

        Reply
  10. Bro Framestone says

    17/03/2012 at 11:58 PM

    Fuhhhh….!!!

    Mantap siot.. xpayah tengok wayang.. tengok blog ini pun dah cukup buat aku teruja nak layan dekat wayang nanti

    Reply
  11. samanosuke_04 says

    17/03/2012 at 7:57 PM

    salam, huhu thank you for sharing, lately byk plak filem2 yg bukan omputeh yang cambest, semalam baru ada orang rekemen top secret the billionaire (film thai) tue, huhu bleh buat marathon movie2 foreign laa pasnie..

    Reply
    • Anarm says

      18/03/2012 at 1:30 AM

      @samanosuke_04, aku baru je donlod movie the billionaire tu.. tgk macam best jugak tadi..

      Reply
  12. Fizz.My says

    17/03/2012 at 2:19 PM

    fuh… trailer pun dah best.. x sbr nk donlod bile da kuar nanti..wkwkwkwkwk

    Reply
    • Anarm says

      17/03/2012 at 3:37 PM

      @Fizz.My, ada ke donlod plak.. tengok kat pawagam laa.. wkwkwkwkwkw..

      Reply
  13. segalabenda says

    17/03/2012 at 1:06 PM

    satu lagi filem perang yang aku tunggu-tunggu..memang minat filem-filem perang ni..berapa million kos ni bro

    Reply
    • Anarm says

      17/03/2012 at 2:52 PM

      @segalabenda, filem ni menelan kos 28 bilion won atau 24.92 million USD.. pehhh..

      Reply
  14. zuan says

    17/03/2012 at 1:06 PM

    nampak menarik giler trailer crita ni

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy