Motosikal kadang-kadang lebih best daripada kereta. Senang nak parking, guna minyak pun tak banyak macam kereta.
Cuma yang tak bestnya bila hari hujan atau terlampau panas.
Belilah motosikal berkuasa tinggi atau besar macam mana pun, bila hari hujan tetap kena cari tempat berteduh. Bila hari panas mesti rasa malas je nak bawa motosikal sebab tak tahan dengan bahang matahari.
Bila berlaku kemalangan pula memang akan tumbang, terbalik, terseret, bergolek-golek. Cukup bahaya.
Motosikal Elektrik C-1 Rekaan Lit Motors
Menarik bila tengok motosikal hasil rekaan Lit Motors, syarikat automotif di San Francisco yang memperkenalkan Motosikal Elektrik C-1 dengan 2 tempat duduk yang bertutup sepenuhnya.
Motosikal ni bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan tidak basah ketika hari hujan, malah ianya selamat kerana takkan terbalik atau tumbang bila berlaku pelanggaran.
Motosikal yang diberi nama C-1 ni menggunakan ‘sistem penstabilan gyroscopic’ bagi membolehkannya kekal berdiri tegak walaupun tidak bergerak.
Teknologi Gabungan Motosikal dan Kereta
Video di bawah memaparkan bagaimana Motosikal Elektrik C-1 berfungsi. Teknologi kenderaan hasil gabungan motosikal dan kereta ni memang nampak hebat.
Katanya motosikal masa depan ni akan berada di pasaran pada penghujung tahun 2013. Dari segi harga memang mahal. Lebih kurang RM75,000 kot.
Baik aku beli kereta. Boleh muat lagi ramai orang. Hehe..
We’re creating a safe motorcycle, and that’s never been done in the way that we’re doing it, where it’s also incredibly efficient. We’re trying to open up safety to a huge market of 200 million motorcyclists, daily in the world. We have a huge market, and I think we could have a lot of impact.
– Daniel Kim (Lit Motors CEO)
Sumber: newatlas.com
macam best je motor ni…tapi harga terlalu tinggi lah pula..baik beli kereta… :w00t:
ada aircond tak moto ni? hihi..tak perlu pakai helmet, pakai seat belt dah naik moto..
kalau harga dia dalam 30-40 ribu, aku rasa ramai gak beli.. :devil:
wah… hebat lah motor cenggini.. Ada kaler pink x agak2? heee… :p
Saya ingat hendak buat ulasan mengenai motorsikal elektrik C1 ini kerana keunikkannya yang mempunyai kebolehan mengimbang kedudukan motorsikal didalam keadaan pegun dan apabila dilanggar. Satu lagi kelebihan tidak kebasahan dek hujan macam saya menunggang motorsikal ke tempat kerja. :-)
fulamak.. cool cun mantap padu! dapat bawak ni sorang2 pon jadi pusing 1 malaya. hehe :w00t:
gegila best,bila nak masuk pasaran Malaysia ??
*nampak mcm selamat je…
best motor ni.. tapi harga takleh blah..
Cool juga bike ni! :D