Semalam (hari Jumaat), time on the way nak ke tempat kerja, tiba-tiba motor aku buat hal. Enjin mati. Arrghhh.. Nasib baik sempat tarik clutch. Kalau tak, jawabnya tertomoih la aku kat tengah jalan.
Dah la pagi tu hujan. Lagi sekali bernasib baik sebab hujan tak lebat.
Aku pon berhenti la kejap kat tepi jalan. Start punya start punya start sebanyak 14 kali tapi tak hidup jugak enjin motor. Hampir-hampir aku memaki hamun, menyumpah seranah time tu tapi niat terbantut sebab teringat aku berpuasa.
Aku pon dengan sengalnya turun check tayar motor. Lepas tu baru aku fikir, “Enjin motor yang padam, apahal pulak aku gi check tayar motor?”.. Di saat tu jugak aku terasa kebodohan aku mencecah 66 darjah celcius pada skala ritcher.
Mamai lagi kot time tu, baru bangun tidur, kelam kabut nak gi kerja.
Kedai Motor
Nak tak nak kena la jugak menolak kembali ke area rumah aku sebab kat situ je kedai motor paling dekat. Alang-alang dah kat area rumah, aku terus call ofis bagitau tak dapat gi kerja sebab motor rosak.
Boss aku memang sempoi. Dia memahami pekerja dia. Tapi time tu kedai motor belum buka lagi. Aku balik rumah dulu mengadap Twitter sementara tunggu kedai buka.
Lebih kurang pukul 11 pagi aku keluar hantar motor kat kedai tu.
Sebelum repair aku mintak brader tu check dulu, nak tau apa punca motor aku takleh start enjin. Dia pon check la.
Aku pulak SMS dengan awek aku, mintak pinjam duit sikit sebab gaji aku belom masuk lagi. Huhuu.. Segan dowh pinjam duit ngan pompuan.
Bukan apa, takut repair tu terlebih budget pulak. Kang tak pasal-pasal aku kena jadi pomen kat situ. Hahaa..
Dalam masa 5 minit camtu la lebih kurang, satu benda magic berlaku. Motor aku dah hidup!! Yeayyy.. Aku taktau apa punca enjin motor aku mati pastu sekarang dah boleh hidup.
Aku pon malas nak cakap lebih-lebih. So, aku mintak la brader tu servis terus motor aku. Tanya punya tanya, survey harga apa semua.. deal. Sila servis moto saya ye. Kasi baek punya..
FYI, muka brader tu macam muka Chan Ho Nam yang dalam cerita Young & Dangerous. Aku ketaq lutut sat sebab rasa ngeri. Yela.. Mana tau kot-kot dia tu gengster ke mafia ke kan.. Huhuu.. Pengaruh ‘talibesen’ betol la aku ni.
Aku rasa macam lama je nak servis motor. Nasib baik aku dah inform boss aku tak datang kerja. Aku pon mintak la Chan Ho Nam tu call aku bila dah siap sebab aku nak balik layan internet.
Boleh gak aku tanya budak-budak jalan nak ke tempat gath Negaraku.net. Aku tak familiar jalan KL. Takut sesat sampai ke Kuching, Sarawak naye la aku.
Alhamdulillah, dalam pukul 4.30 petang semalam motor aku siap diservis. Rasa macam motor baru je. Memang baru pon. Baru servis. Hahaa.. Boleh la aku merempit naik motor ni gi gath berbuka puasa Negaraku.net.
Kat sini ada senarai manusia yang akan join gath tu [Tengok senarai nama]. Bagi yang berminat nak join, sila isi borang pengesahan bagi memudahkan kerja-kerja AJK gathering untuk aturkan semua benda.
Pastikan hanya yang betol-betol nak join je yang isi borang tu. Dilarang main-main OK!
Dugaan idup di bulan Ramadhan
tp leh ngulor takyah pi keja.
Hehehe!!! :wub:
.-= Post terbaru Eriyza di blog beliau.. Laluan Pejalan Kaki Jadi Tempat Judi =-.
@Eriyza: haha.. bab ngulor laju je ek.. tp memang best pn ngulor.. kehkeh
kawe suko sekor bilo bc entry demo ni..xtau bakpo.. :whistle:
.-= Post terbaru x-po di blog beliau.. KENANGAN BERSAMA HANDPHONE =-.
@x-po: molek.. napok ko ore nyo kato gilo pulok suko sekor.. haha..
ko kene tolak moto ko sampai mana?
huhu…
matinya katner?
cian ko erk?
tapi aku tau kau insan yg sabar..
tgk muka ko pon aku tau..
huhu.,.,.
.-= Post terbaru Jaws di blog beliau.. Kisah Aku dan Dia =-.
@Jaws,
moto aku mati kt jln shorcut nk g bandar tech.
aku nolak jauh gak la.. dh la time tu ujan skit2..
tp basah jugak.. aku memang insan yg penyabar..
tp kalo time2 puasa, lapa, bleh ilang sabar gak..
hahaa..
Setiap yg ada motorsikat mesti akan mengalami pengalaman rosak motor masa otw pergi kerja (Kalu guna motor g kerja laa)….paling kurang sekali….
Aku ni banyak kali dah sejak menggunakan motor honda wave aku 4 tahun yg lali… dah lali dan bersabarlah bila rosak…nak wat camne…bukannya kita tau yg motor tu akan rosak…
Janji selalu lah servis motor secara berkala, 5000Km sekali servis… :cheerful:
.-= Post terbaru aktechpage.com di blog beliau.. Salam Merdeka 2009 =-.
@aktechpage.com,
yup.. yg kes rosak ni pn salah aku sendiri..
lama giler x servis.. huhuu.. skrg dh servis dh..
:wub:
pergh nie motot peberet kawe
bila la leh beli sebijik
.-= Post terbaru matju2509 di blog beliau.. MYVi VS NEO =-.
@matju2509,
murah jah.. kawe beli hargo RM2000.. 2nd hand..
hok baru kedai xtau berapo.. 2nd hand kedai pn mahal jugok..
beli nga ore jah muroh skit.. moto kawe tuan dio letok harga RM2500 mulo2.. mitok2 kurang bleh RM2000.. :happy: