Sehari dua ni tengok di media sosial ramai yang bercerita tentang misteri villa berhantu diberi nama Villa Nabila. Sebelum ni aku pernah baca cerita tentang Villa Nabila di Blog Amirez. Bila timbul cerita misteri 23 orang hilang di Villa Nabila terus buat aku rasa nak cari cerita lebih lanjut tentang Villa Nabila.
Budak yang hilang tu kononnya disorok oleh hantu yang bersarang kat situ. Tapi yang membuatkan berita tu kurang diyakini sebab wujud banyak versi cerita yang berbeza.
Tak tahu mana satu betul, mana satu yang sengaja ditokok tambah nak sedapkan lagi jalan cerita.
Villa Nabila merupakan sebuah banglo yang dah lama ditinggalkan. Banglo tu terletak di atas bukit menghadap Selat Johor, berhampiran Danga Bay. Aku pernah pergi Danga Bay tapi tak pasti kat mana tempat tu sebab aku bukan orang Johor. “Kawe anok Kelate“. Huhu.
Misteri Villa Nabila Tempat Berhantu di Malaysia
Villa Nabila dikatakan menyimpan rahsia selama berpuluh tahun dan terdapat banyak versi cerita bagaimana Villa Nabila mendapat status sebagai rumah berhantu di Malaysia.
Antara versi kisah hantu Villa Nabila termasuklah kes pembunuhan kejam keluarga kaya yang dulunya tinggal di banglo tu.
Rumah lama yang ditinggal biasanya memang ada ‘makhluk’ yang akan datang menginap. Sama je macam bilik dalam rumah kita kalau jarang guna mesti ada ‘makhluk’ datang menumpang. Tapi kenapa mesti nak kaitkan dengan pembunuhan atau mati eksiden, atau sebagainya? Pengaruh movie kuat sangat agaknya.
Orang Malaysia memang suka tengok cerita hantu. Hantu bonceng, hantu Kak Limah, hantu gengster, hantu Highland Tower.
Walaupun ada bermacam cerita menyeramkan tentang Villa Nabila ni, namun ada juga yang nafikan kisah hantu yang tersebar mengenai Villa Nabila atau nama lainnya Christine Palace. Menurut blog Untold Histories of Malaya, Christine Palace ada di 3 tempat di JB:
- Terletak di tepi Pantai Lido
- Terletak di Jln. Yahya Awal
- Terletak di depan Balai Polis Depoh
Penulis blog Untold History beritahu dalam entri blog dia, tiada orang kena bunuh di Christine Palace seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.
Christine Palace No. 1 tiada orang kena bunuh kat situ kerana ianya harta Dato’ Yap Sing Hock, Director Lien Hoe pada tahun 1986 yang dirampas atau disita oleh bank. “Christine” merupakan nama anak kesayangan Dato’ Yap Sing Hock yang bernama “Christine Yap Tse Yeeng”.
Christine Palace No. 2 blogger Untold History cakap dia tiada rekod tentang tempat tu.
Christine Palace No. 3 pula merupakan bekas rumah milik Dato’ Onn Jaafar yang pernah tinggal di situ bersama 32 orang anak buah dan adik beradik.
Maklumat lanjut tentang misteri hantu Christine Palace boleh baca di blog Untold History.
Berita 23 remaja hilang di Villa Nabila yang kecoh sekarang ni ada bermacam-macam versi cerita. Ada yang cakap cuma seorang je yang hilang di ‘villa berhantu’ ni. Ada yang cakap 7 orang hilang 23 berjaya lari, dan ada juga yang cakap sebaliknya.
Bila timbul cerita yang berbeza-beza jadi payah nak percaya.
Update terkini kes budak hilang di Villa Nabila yang ditulis di blog Mazidul Akmal Sidik, rupa-rupanya budak yang dikatakan hilang tu tengah sedap tidur kat rumah member dia di Flat Desa Mutiara JB. Memang betul budak tu pergi ke Villa Nabila lepas terpengaruh dengan movie Highland Tower, tapi dah selamat pulang dari villa tu sebelum buat keputusan taknak balik rumah dan lepak di rumah kawan.
Inilah padahnya bila banyak sangat filem hantu ditayangkan. Bila budak-budak tengok mesti diorang rasa nak cuba, nak tunjuk berani, nak tengok sendiri depan mata. Bila jadi macam ni, menyusahkan orang ramai.
Rasanya kerajaan Malaysia kena ketatkan syarat lulus untuk sesebuah filem tu ditayangkan kepada umum. Takpun haramkan terus cerita-cerita tahyul dan khurafat macam tu.
Tak pasal-pasal hantu Villa Nabila dituduh sorok budak. Kesian hantu kena fitnah. Hehe.
Cerita Highland Towel ni pun boleh tahan seramnya.
lebih baik pi masjid atau surau daripada pi rumah hantu ni.
Emm bila au nak ke sini sekali..haha
Baiknya bila villa Nabila ini ditutup, bisa mengundang fitnah dan syirik …
kalau pergi sorang2 pun konpem takut nie hehe
saya pun hairan kegilaan masyakat kita kepada cerita hantu …kan bagus kalau suka benda yang ada sumber inspirasi,agama dan sebagainya.
Orang Malaysia mmg suka benda 2 tahyul ni.. kalau x, takkan rancangan mencari hantu versi melayu kat tv tu bleh dpt sambutan hangat.
muka mak budak tu pon tak nampak sedih bila tau anak dia hilang.. mungkin dah biasa anak tak balik rumah :p
buat kecoh jer villa nabila
haha ini panas, semua ada entri ini dah villa nie dah jadi cam kwasan pelancongan dah
Ntah apa2 la bebudak ni..
Ingat kita ni sape nak diperbodohkan??
Saja la tu pergi tempat camtu pura2 hilang pastu nak kita percaya kena culik hantu,,,
Tak matang langsung,,
Aku tergelak baca kisah villa nabila nie hari tu..mana taknya ianya tahyul huhu
mat pet yang lepak kat situ tak pula hilang..hehe
tak pasal-pasal kawasan tu jadi top…..senang buat bisnes macam ni..haha
rupanya budak tuh lari sebab takutkan maknya kan…haish…
rasa geram pun ada dengan budak yang “hilang” ni.
Setuju la kalau ban cerita-cerita seram.
Inilah salah satu sebab yang aku tak suka anak tengok cerita hantu, mudah terpengaruh. Budak umur 2 tahun dah pandai sebut momok.
Kalau kes budak hilang dalam hutan biasa dengar tapi bila kes rumah berhantu lebih menarik perhatian…. confirm lepas nie ada orang buat filem …
baik layan parody highland towel lg best..hahah
Highland Towel tu lawak brooo ! Terkentut dibuatnyaaa. kahkahkah
Pening kepala, tak tahu cerita mana yang betul..
kejap sorang , kejap 7 orang.. haha
banyak kisah ada benar ada tak pasti saba sahajalah
jom pegi sekaliiii
Haha.. dyh nih dah la penakot … gatal pi baca .. walaupun xde apa yg ptt diseramkan.. hihi..
Macam macam cerita pasal villa ni..
Dayah pun ingat nak up entry satu..
Nak try tgk seo dahsyat tak hikhik..
Sempat pulap promo highland towel eh…
:)
Dah jumpa dah tadi budaknya. Tu la xnak dengar cakap mak.
Tu la pasal. Dah femes dah budak tu..
hoho..semua dok tulis.
Masa kecoh pasal villa nabila ni, dah agak dah mesti ada something fishy going on. Lepas tu, ada pula pihak tak bertanggungjawab mereka-reka cerita. Sudahnya, semua orang tertipu. Hehe.
Satu Malaysia kena troll.. Dah terlebih box office dah cerita ni.. Power! Hehe
hahahaha.. sabar je lah tengok muka budak tu.. dah glamer dah dia macam bobo.. hahahaha
terselit videi highland tower dalam tu.haha, thanks bro..hehehehe
Video Highland Towel tu lagi seram kot daripada cerita Villa Nabila.. Haha.
Terima kasih di atas penceritaan fakta yang betul…
Setakat ni dah ada bermacam-macam versi yang saya baca tentang Villa Nabila… Pada pendapat saya, sebaiknya eloklah kita meceritakan fakta dan kebenaran tentang Villa Nabila daripada menulis sebarangan… Supaya tiada pihak yang terluka atau terguris perasaan dengan maklumat yang tidak tepat atau tidak sedap untuk di baca….
Betul tu.. Selagi belum dapat maklumat yang sahih, seeloknya elakkan sebar cerita tu.. Kalau nak tulis jugak kenalah ubah content dengan gaya yang berbeza, yang takkan buat mana2 pihak terasa hati..
aduiiii complete cerita
dari semalam terbaca di facebook
tapi tak sempat nak go in detail
biasa la tu..ramai tambah perencah..tapi serius rumah tu memang nampak seram..aku tak berani masuk oo..haha
Aku pun tak berani masuk. Tengok dari luar pun dah buat kecut perut. Seram!!
Macam-macam versi yang ditokok tambah menjadikan ramuannya sedap.