Mesin Basuh Toshiba AW-A820MM Tak Berpusing, Ganti Drain Motor Rosak (DIY)

Mesin basuh Toshiba kat rumah aku ada masalah tak boleh berpusing. Tapi isteri aku guna elok pulak, boleh berpusing macam biasa. Aku tengok dia tekan-tekan je butang kat panel mesin basuh tu.

Bila aku cuba buat, langsung tak boleh. Ada trick dia agaknya.

Oleh sebab aku buat tak jadi, kerja basuh pakaian biar isteri aku je yang uruskan. Aku cuma tolong sidai pakaian tu lepas dah siap basuh.

Beberapa hari lepas, mesin basuh tu terus tak berfungsi dah. Cara yang isteri aku buat selama ni pun dah tak menjadi.

Terpaksa bawa pakaian kotor pergi basuh kat dobi layan diri. Sekali basuh kena keluar duit RM10! Hmm…

Masalah Mesin Basuh Toshiba AW-A820MM

Dah 7 tahun lebih aku guna mesin basuh Toshiba AW-A820MM ni sejak berkahwin. Sekarang baru dia buat hal.

Pening kepala juga fikirkan masalah mesin basuh ni.

Mesin basuh Toshiba AW-A820MM
Mesin basuh Toshiba AW-A820MM

Rupanya mesin basuh model ni memang ada satu ‘penyakit’ iaitu Drain Motor dia mudah rosak. Ramai yang guna mesin basuh model Toshiba AW-A820MM ni alami masalah yang sama.

Aku pun baru tahu lepas cuba google untuk cari punca mesin basuh tak boleh berpusing (spin).

Tanda-Tanda Kerosakan Drain Motor Mesin Basuh

Bila drain motor rosak, mesin basuh akan keluar bunyi “KTAK! KTAK! KTAK!” dan tak boleh nak mulakan proses timbang pakaian yang ada dalam tiub / drum.

Masalah mesin basuh aku ni pula, kadang-kadang dia boleh timbang pakaian tu dan masukkan air. Tapi air tak bertakung. Dia terus buang keluar air tu melalui saluran paip kat bawah.

Lepas tu, butang di panel mesin basuh akan berkelip-kelip lampu dia dan keluar bunyi alarm. Bermaksud ada ‘error‘.

Aku pun tak pasti sebenarnya sama ada masalah drain motor, atau berpunca dari masalah lain. Tapi aku cuba dulu lah tukar drain motor tu. Tak cuba, tak tahu.

Lagipun aku tengok di internet, simptom mesin basuh tak berpusing dan bunyi “KTAK! KTAK! KTAK!” tu biasanya tanda-tanda drain motor dah rosak.

Harga Drain Motor Toshiba AW-A820MM

Harga drain motor original untuk mesin basuh Toshiba AW-A820MM kalau tak silap aku RM100 lebih. Boleh dapatkan di kedai alat ganti mesin basuh atau beli secara online pun boleh.

Kalau tak mampu nak beli drain motor yang original, beli yang replacement punya pun takda masalah. Sama je fungsi dia.

Mesin basuh aku pun guna yang replacement je. Harga lebih murah. Tak sampai RM50. Aku beli secara online di Shopee.

Drain motor replacement mesin basuh Toshiba AW-A820MM
Drain motor replacement untuk mesin basuh Toshiba AW-A820MM

Cara Tukar Drain Motor Toshiba AW-A820MM

Mudah je cara tukar drain motor mesin basuh ni. Aku yang tak tahu apa-apa tentang mesin basuh pun boleh buat sendiri dengan berpandukan video tutorial di YouTube.

Modal dalam RM50 je beli drain motor baru. Lepas tu dah boleh baiki sendiri.

Buat sendiri boleh jimat duit daripada hantar baiki kat kedai atau panggil orang untuk baiki, lepas tu kena caj dalam RM150 – RM180.

Untuk tukar dia punya drain motor, baringkan terlebih dahulu mesin basuh tu sebab kena buka penutup hitam di bahagian bawah mesin basuh.

Bila dah buka penutup dia, akan nampak macam gambar di bawah ni.

Cara tukar drain motor mesin basuh Toshiba AW-A820MM
Drain motor Toshiba AW-820MM
Drain motor mesin basuh Toshiba AW-A820MM

Kedudukan drain motor dalam bulatan merah yang aku dah tandakan tu. Cabut atau tanggalkan drain motor yang dah rosak dan pasangkan yang baru.

Plug & play sahaja. Memang mudah sangat-sangat.

Ada 2 skru diguna pada drain motor tu. Buka dan pasang balik elok-elok.

Skru dan cangkuk pada drain motor
Skru dan cangkuk drain motor mesin basuh Toshiba AW-A820MM

Drain motor mesin basuh ni yang asal (original) berwarna putih. Warna hitam dah siap dipasang tu replacement punya yang aku beli di Shopee.

Beza replacement dengan yang original cuma pada ketebalan dan ‘telinga’ dia. Drain motor yang replacement nipis sikit dan ada ‘telinga’ lebih.

Kena potong dulu satu ‘telinga’ yang terlebih tu sebelum drain motor boleh dipasang di tempat dia. Kalau tak potong, tak dapat nak pasang sebab ‘telinga’ tersangkut.

Telinga drain motor replacement Toshiba A820MM
Drain motor original Toshiba AW-A820MM
Drain motor yang asal / original

Bila dah siap ganti drain motor mesin basuh, cuba test mesin basuh tu dah ok atau tidak. Lepas tu boleh pasang balik penutup di bahagian bawah tadi.

Alhamdulillah.. Mesin basuh aku dah pun kembali berfungsi macam biasa selepas tukar drain motor baru. Tak perlu lagi habiskan duit RM10 pergi dobi.

Aku rasa macam membazir je pergi dobi. Dari segi masa memang jimat, sebab boleh basuh pakaian siap keringkan sekali. Tapi tak juga sebab kena tunggu dalam 50 – 60 minit.

Kalau dari segi duit, lebih baik basuh guna mesin basuh kat rumah je.

Sekali sekala boleh la pergi dobi. Contohnya nak basuh toto besar. Takut mesin basuh biasa rosak pula bila guna untuk basuh toto besar.


Terima kasih kepada Hairul Vcool atas perkongsian ilmu tentang masalah mesin basuh Toshiba AW-A820MM tak boleh spin dan keluar bunyi alarm.

Boleh tengok video yang dikongsikan di bawah ni.

Sesiapa alami simptom yang sama dengan mesin basuh Toshiba AW-A820MM, bolehlah cuba ganti drain motor tu.

DIY atau buat sendiri je lebih jimat. Yang penting kena berani mencuba. Seronok juga layan buat kerja-kerja DIY ni.

4 Comments

  1. Mesin basuh model aw-820mm sy on dia ok api blinking beberapa saat lepas tu padam…tak ada bunyi ktik ktik serta langsung tiada bunyi berpusing….cuma bila on saja blinking sekejap pastu padam… Apa masalah.. Tq

  2. Betul, anarm aku pun baiki sendiri TV plasma power board rosak, replace baru yang second tak sampai RM50.00, dah jimat duit kalau hantar kedai mahu ratus ringgit kena cas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *