Meredah Lautan Demi Sebuah Hosting

Hosting JerungPerkasa

Korang tengok kat gambar atas ni, boleh tak korang bagitau kenapa ada gambar hosting dan gambar ikan jerung buat ‘peace’? Takpe la.. Takyah jawab. Biar aku bagitau terus. Saje je tanya tadi sebab nak bagi panjang sikit entri ni. Haha..

Entri ni aku buat khas sebagai menyahut seruan contest di blog JerungPerkasa.com sempena ulangtahun pertama blog beliau di alam maya ni pada 2 Disember 2009.

Hadiah menarik ditawarkan berupa langganan hosting secara percuma selama setahun.

Sebagai penambah ramuan cerita, blog JerungPerkasa.com merupakan salah satu blog yang mula-mula sekali aku jumpa sejak aku berjinak dalam dunia blogging ni.

Perkara yang bermain dalam kepala hotak aku time tu, bila tengok je nama “JerungPerkasa” (lebih dikenali dengan nama Jaws), aku ingat blog tu bercerita pasal ikan jerung! Lebih kurang macam National Geographic la. Hahaha..

Serius. Tu la benda pertama yang aku fikir time tu. Kahkahkah~

4147244895 c8a57fdf5a oJerungPerkasa.com ni kalau mengikut tagline yang digunakan kat blog tu, “Jangan gelakkan orang merangkak, jika kita masih terbaring di atas katil” — merupakan tagline blog dia.

Satu kata-kata semangat yang mana menurut fikiran aku ianya menunjukkan sifat yang suka memperlekehkan orang lain sedangkan diri sendiri masih di takuk yang lebih rendah daripada orang tersebut.

Memang satu sifat yang negatif yang tak harus ada pada diri kita. Kalau ada jugak macam mana? Itu normal sebab dah memang sifat manusia tak boleh tengok orang lain senang, kan? Atau dalam kata lainnya, DENGKI. Perlu dikikis sifat macam tu, ok?!

Sekarang ni aku tengok blog JerungPerkasa.com tu macam dah kehilangan tagline sebab dah takde kat blog tu. Aku perasan tagline tadi tu Jaws dah pindahkan ke blog terbarunya, Jaws.my (lebih beridentitikan Malaysia).

Mungkinkah Jaws perlu adakan 1 lagi contest untuk memilih tagline yang sesuai untuk JerungPerkasa.com? Sila jawab, bro. Hehe..

Jaws dah pesan suruh buat entri yang panjangnya suam-suam kuku, tapi aku nak bantai tulis panjang-panjang jugak. Lantak ar~

Tadi aku tulis tentang JerungPerkasa.com. Sekarang ni nak tulis tentang tuan punya blog pulak.

Jaws ni dari pemerhatian aku, walaupun umur dia lebih muda dari aku (aku pon muda lagi), tapi cara dia berfikir kadang-kadang buat aku rasa macam aku ni masih kanak-kanak. Tu pun sebab pemikiran dia dari segi benda yang dia pakar iaitu Internet Marketing.

Banyak yang aku dah belajar dari dia pasal Internet Marketing ni. Memang layan. Tapi dia selalu cakap dia tak power macam yang aku fikir. Tu la yang menunjukkan ko power, bro. Sifat merendah diri ko tu.

Biasanya otai-otai (old timer) je yang ada sifat merendah diri ni. Kenapa dan mengapa? Nanti ada masa aku ulas di entri yang akan datang (tak tau bila ‘akan datang’ tu).

4148219026 5124e52082 o
(Dah tak tau nak tulis apa dah)

Oklah.. Aku stop sampai sini jela. Nak gi join bersembang dengan komuniti Klik-Klik Nuffnang pulak.

Sebagai penutup, aku akhiri dengan ayat tanpa motif. Jaws is JerungPerkasa, JerungPerkasa is a Jaws. Jangan bermain air banjir. Sangat bahaya kepada bot-bot kecil. Ok, chow~

31 Comments

  1. mak ai panjang wo karangan :sideways:
    .-= Post terbaru Xylence di blog beliau.. Windows 7 What Is All About? =-.

    • @Xylence: panjang ke? kalo ikutkan aku nk taip panjang lg.. tp sbb kejar masa, panjang tu jela yg dpt buat.. entri2 akan datang aku tulis panjang2.. biar semua peluh2 ketiak nk baca smpai habis.. hahha

      • @Anarm,
        waw ko nk tulis lg panjang walo… naya woo :pinch:
        .-= Post terbaru Xylence di blog beliau.. Nintendo DS Lite Vs PSP 2000 ( Which One Should I Get? ) =-.

  2. apasal la komen aku tak tmbul2 ni bro. huhu.. takpe la, aku komen skali lg tp opkos la dah tak sama dgn komen sblm ni. huhu.. so, komen aku yg ni just nak ucapkan tahniah sbb bro tersenarai sbagai salah sorg pemenang :biggrin:
    .-= Post terbaru azizwan(dot)com di blog beliau.. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  3. tahniah sbb menang.. hehe.. hosting tu nk buat apa bro? apa kata kita JV buat blog luc*h.. domain biar aku beli.. mcm, nak tak? hahahaha :biggrin:
    .-= Post terbaru azizwan(dot)com di blog beliau.. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  4. ayat last takleh bla,muahahahha
    ko gune ke hosting tu? meh bg aku ngiahahhahaha
    .-= Post terbaru blowie di blog beliau.. GadisComel.Com – Hey si gadis yang ayu! =-.

  5. terdapat saingan sengit nampaknya………..hahahahaaha…………..
    .-= Post terbaru syin di blog beliau.. Contest JerungPerkasa.Com : 10 Hosting Percuma Untuk Anda!! =-.

  6. hehe…selamat berjaya :-)
    Aku nak join tak rasa nak mengarang panjang2 lak :-)
    .-= Post terbaru Active Blogger di blog beliau.. Eh! Domain CO.CC Percuma Kembali =-.

  7. arrghh.. xde hrpn aku nk mng nii.. hahaha…
    .-= Post terbaru paeh di blog beliau.. nur kasih terbaik =-.

  8. laju jer nko buat karangan yek. ches..
    tak bleh jadik ni. aku mesti segera memotong
    peserta lain neh. hahaha
    .-= Post terbaru Kreuger di blog beliau.. Ada tujuh lagi kekosongan untuk Google Wave =-.

  9. Jarang-jarang sekali ada contest, bagus jugak =)
    .-= Post terbaru blinkky di blog beliau.. How To Install WordPress On Your PC ? =-.

  10. bagi tau la contest ni kalo menang dpt ape….g scuba driving ke..heheh
    kak jie aga gak jengok blog dia, tapi bile blog org lelaki ni………pengomen ramai lelaki, segan nk enterprem.

    p.s – tp tatau ngape blog kak jie yg status makcik2 ni ramai gak lelaki komen :p – topik kelaut

    • @Kujie: macam yg dah tertulis kt tajuk entri dan jugak kt gambar, hadiahnye berupa langganan hosting selama setahun (percuma).. sori, lupa plak nk tulis kt dalam entri.. tulis dgn kelam kabut sbb deadline die 2hb, esok..

      blog org laki pn bleh je kalo kak jie nk enterprem.. kitorang x kisah.. :happy:

Leave a Reply