Kembali Menulis dan Merancang Semula Strategi Blogging

Rupanya dah lama sangat aku tak menulis di blog AnarmNet ni. Entri terakhir aku publish pada September 2015. Sekarang dah bulan Mei 2016 dah. Lagi beberapa hari akan masuk bulan Jun pulak.

Lamanya tak update blog. Rasa macam banyak ilmu blogging dah berkarat dan terlupa. Nak kena belajar blogging balik kot. Rancang strategi blogging. Asah semula skill blogging yang dah lama tinggal.

Blogger dapat hasil pendapatan menulis dengan blog

Ada banyak je benda / topik / perkara yang nak ditulis dalam blog, cuma aku tak sempat taip sebab agak sibuk dengan urusan-urusan kerja sejak kebelakangan ni.

Bila nak tulis entri baru, ada je kerja yang perlu dibuat time tu juga.

Memandangkan sekarang ni aku sepenuh masa kerja sendiri buat Bisnes Telco ONEXOX dan ada kerja lain lagi, nak taknak kena dahulukan urusan kerja tu.

Cari rezeki halal nak teruskan hidup.

Merancang Strategi Blogging

Oleh sebab dah lama tak menulis di blog, nak mulakan balik ni perlu rancang semula strategi blogging dengan sebaik mungkin.

Blogging mesti ada perancangan dan ada strateginya. Baru boleh dapat hasil dari blog dan bukan sekadar blogging kosong je tanpa sebarang hasil.

Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan dengan Menulis

Mungkin bagi sesetengah blogger, dia blogging sekadar suka-suka atau untuk isi masa lapang je. Takde masalah pun.

Ikut cara masing-masing dan bergantung pada apa tujuan kita buat blog.

Blog Adalah Satu Perniagaan

Bagi aku blog adalah satu perniagaan. Mesti ambil serius dalam perniagaan. Sebab tu kena buat perancangan sebaik-baiknya.

Ada rasa menyesal juga sebab terlalu sibuk dengan kerja sampai terabaikan blog ni (dan blog-blog lain). Tapi masih belum terlambat untuk mulakan balik.

Dengan urusan kerja / bisnes yang memang tak boleh nak tinggal, mulai sekarang kena uruskan baik-baik masa yang ada. Bahagikan masa yang akan diguna untuk bisnes, untuk aktiviti-aktiviti lain dan juga untuk blogging.

Pengurusan masa seorang blogger

Setiap orang ada masa 24 jam sehari — 8 jam kerja, 8 jam rekreasi, 8 jam rehat. Biasanya macam tu lah pembahagian masa.

Tapi kalau nak jadi orang yang luar biasa, lain daripada yang lain dan lebih berdaya maju, sila korbankan salah satu dari masa 8 jam tu.

Pandai-pandai lah buat pengurusan masa sendiri. InsyaAllah cukup untuk semua aktiviti harian kita jika kita pandai uruskan masa yang ada.

Rugi kalau dihabiskan masa tu dengan perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah.

Blogging strategy for successful blog

Dah agak lama menyepi dari dunia blog memang banyak perkara tentang blogging yang aku dah ketinggalan jauh.

Sekarang ni kena luangkan sedikit masa untuk ulangkaji semula dan follow segala info terkini tentang dunia blogging.

InsyaAllah lepas ni akan update blog dengan lebih kerap dan konsisten. Harap rakan-rakan blogger lama dan baru dapat beri sokongan penuh.

Alhamdulillah, walaupun blog lama tak update tapi income dari blog masih lagi berjalan sampai sekarang. Cuma ada turun naik. Jadi, kena rajin-rajin update blog lepas ni.

22 Comments

    • Blogger tahun 2008 – 2011 rasanya ramai yang dah pencen menulis. Sekarang ramai blogger muka-muka baru.

      Rindu jugak zaman-zaman blogging dulu. Tak sama macam sekarang. Apa-apa pun kita support je.

  1. saya pun dah tak berapa aktif nak blogging.. mungkin disebabkan medium media social yang banyak untuk share cerita.

  2. Lama betui menyepi. Lama x dgr ceta. Apa kabar. I syaAllah ada rrjeki yg luas akan dtg. Dan ada rejeki utk dapatkan zuriat. Doa terus selalu lagi2 dibulan ramadan ni. Midah2 Allah perkenankan

Leave a Reply