AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Blogging » Kembali Menulis dan Merancang Semula Strategi Blogging

Kembali Menulis dan Merancang Semula Strategi Blogging

26/05/2016 Anarm 22 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Sedar tak sedar rupanya dah lama sangat aku tak menulis di blog AnarmNet ni. Entri terakhir aku publish pada September 2015.

Itu cerita tahun lepas. Sekarang dah bulan Mei 2016 dah. Lagi beberapa hari akan masuk bulan Jun pulak.

Lamanya tak update blog. Rasa macam banyak ilmu blogging dah berkarat dan terlupa. Nak kena belajar blogging balik kot. Asah semula skill blogging yang dah lama tinggal.

Blogger dapat hasil pendapatan menulis dengan blog

Ada banyak je benda / topik / perkara yang nak ditulis dalam blog, cuma aku tak sempat taip sebab agak sibuk dengan urusan-urusan kerja sejak kebelakangan ni.

Bila nak tulis entri baru, ada je kerja yang perlu dibuat time tu juga.

Memandangkan sekarang ni aku sepenuh masa kerja sendiri buat Bisnes Telco ONEXOX dan ada kerja lain lagi, nak taknak kena dahulukan urusan kerja tu.

Cari rezeki halal nak teruskan hidup.

Merancang Strategi Blogging

Oleh sebab dah lama tak menulis di blog, nak mulakan balik ni perlu rancang semula strategi blogging dengan sebaik mungkin.

Blogging mesti ada perancangan dan ada strateginya. Baru boleh dapat hasil dari blog dan bukan sekadar blogging kosong je tanpa sebarang hasil.

Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan dengan Menulis

Mungkin bagi sesetengah blogger, dia blogging sekadar suka-suka atau untuk isi masa lapang je. Takde masalah pun.

Ikut cara masing-masing dan bergantung pada apa tujuan kita buat blog.

Blog Adalah Satu Perniagaan

Bagi aku blog adalah satu perniagaan. Mesti ambil serius dalam perniagaan. Sebab tu kena buat perancangan sebaik-baiknya.

Ada rasa menyesal juga sebab terlalu sibuk dengan kerja sampai terabaikan blog ni (dan blog-blog lain). Tapi masih belum terlambat untuk mulakan balik.

Dengan urusan kerja / bisnes yang memang tak boleh nak tinggal, mulai sekarang kena uruskan baik-baik masa yang ada. Bahagikan masa yang akan diguna untuk bisnes, untuk aktiviti-aktiviti lain dan juga untuk blogging.

Pengurusan masa seorang blogger

Setiap orang ada masa 24 jam sehari — 8 jam kerja, 8 jam rekreasi, 8 jam rehat. Biasanya macam tu lah pembahagian masa.

Tapi kalau nak jadi orang yang luar biasa, lain daripada yang lain dan lebih berdaya maju, sila korbankan salah satu dari masa 8 jam tu.

Pandai-pandai lah buat pengurusan masa sendiri. InsyaAllah cukup untuk semua aktiviti harian kita jika kita pandai uruskan masa yang ada.

Rugi kalau dihabiskan masa tu dengan perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah.

Blogging strategy for successful blog

Dah agak lama menyepi dari dunia blog memang banyak perkara tentang blogging yang aku dah ketinggalan jauh.

Sekarang ni kena luangkan sedikit masa untuk ulangkaji semula dan follow segala info terkini tentang dunia blogging.

InsyaAllah lepas ni akan update blog dengan lebih kerap dan konsisten. Harap rakan-rakan blogger lama dan baru dapat beri sokongan penuh.

Alhamdulillah, walaupun blog lama tak update tapi income dari blog masih lagi berjalan sampai sekarang. Cuma ada turun naik. Jadi, kena rajin-rajin update blog lepas ni.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Belajar Blogging di Nuffnang Blogopolis 2012
  • Merancang Target dan Tindakan dalam Blogging
  • Tawaran Untuk Beli Blog
  • Peluang Masuk Bloglist Sifu Blogger dan Pakar SEO Malaysia

Kategori : Blogging Keyword : belajar blogging, blog adalah perniagaan, blogging sebagai kerjaya, buat duit dengan blog, income dari blog, info terkini dunia blog, pengurusan masa, rahsia penulis blog, rancang strategi blogging, tujuan buat blog

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Servis Kereta di Bengkel Kereta Magnetise (Bengkel Kereta Batu Caves)
Next article:
Peluang Masuk Bloglist Sifu Blogger dan Pakar SEO Malaysia

22 Comments

  1. Nor Hazmira Mihamzah says

    10/10/2017 at 2:17 AM

    Wow.. lepas ni nak kena aktif blogging. Nak jana pendapatan. TQ

    Reply
  2. harga teh hijau says

    21/01/2017 at 2:07 PM

    salam kenal dari saya, semoga bisa jadi inspirasi kita semua :)

    Reply
  3. Ira says

    27/11/2016 at 3:05 PM

    kalau dah minat mesti susah nak stop kan.

    Reply
  4. sabree hussin says

    04/09/2016 at 4:54 PM

    Selamat kembali menulis :D Belum terlambat, asalkan nama domain dan hosting masih ada lagi. (belum kena kebas dengan orang lain)

    Reply
  5. nikkhazami says

    21/06/2016 at 11:58 PM

    dah warna hijau dah blog ni. dulu kaler biru

    Reply
  6. abdfatah says

    18/06/2016 at 9:49 AM

    kena rancang strategi dan jadual menulis blog sebaik mungkin…ambo pun kengkadang aje jugak updates blog… hahaha

    Reply
    • Anarm says

      18/06/2016 at 10:23 PM

      Update blog kadang-kadang pun ok je. Sekurang-kurangnya 1 entri setiap minggu dah cukup dah.

      Reply
  7. Wan Zawawi says

    15/06/2016 at 6:34 PM

    Selamat kembali menulis blog bro
    Sekarang tak ramai juga yang buat comeback
    rindu pulak zaman-zaman blogger tahun 2008- 2011

    Reply
    • Anarm says

      15/06/2016 at 10:26 PM

      Blogger tahun 2008 – 2011 rasanya ramai yang dah pencen menulis. Sekarang ramai blogger muka-muka baru.

      Rindu jugak zaman-zaman blogging dulu. Tak sama macam sekarang. Apa-apa pun kita support je.

      Reply
  8. titan says

    15/06/2016 at 3:13 PM

    hang lama sangat main kad hijau nih..

    haha..

    Reply
    • Anarm says

      15/06/2016 at 10:21 PM

      Kad hijau tu memang tak boleh tinggal..

      Reply
  9. Mus says

    14/06/2016 at 8:58 AM

    saya pun dah tak berapa aktif nak blogging.. mungkin disebabkan medium media social yang banyak untuk share cerita.

    Reply
    • Anarm says

      14/06/2016 at 4:20 PM

      Ada beza kan share cerita di media social dengan di blog. Share di blog lagi bagus. Pastu guna media social untuk trafik / viral.

      Reply
  10. Oh! MotoGP says

    12/06/2016 at 10:51 AM

    kalau part blogging tu memang saya setuju. Blog boleh menjadi satu pernigaan digital.

    Reply
  11. Raihanah Ahmad says

    03/06/2016 at 10:51 AM

    selamat kembali menulis.

    Reply
  12. research says

    02/06/2016 at 4:55 AM

    assalam tuan.
    takde pasang gugle adsense ker..?
    saja nak survey2 skit..

    terima kasih ;)

    Reply
  13. Nurmisnan says

    31/05/2016 at 10:20 PM

    Lama betui menyepi. Lama x dgr ceta. Apa kabar. I syaAllah ada rrjeki yg luas akan dtg. Dan ada rejeki utk dapatkan zuriat. Doa terus selalu lagi2 dibulan ramadan ni. Midah2 Allah perkenankan

    Reply
  14. Bro Framestone says

    27/05/2016 at 2:12 PM

    Lama sangat menghilang… G mana?

    Reply
    • Anarm says

      27/05/2016 at 11:07 PM

      Ada sini je.. Cuma sibuk dengan kerja, tak sempat nak update blog..

      Reply
  15. lokmanamirul says

    26/05/2016 at 1:58 PM

    ilmu sangat bermanfaat…

    Reply
  16. akubiomed says

    26/05/2016 at 12:44 PM

    Selamat kembali menulis blog. :)

    Reply
    • Anarm says

      27/05/2016 at 11:02 PM

      Terima kasih..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy