Membebel Sebelum Berundur Dari Dunia Blog

Pengumuman! AnarmNet ingin mengundurkan diri dari dunia blogger buat sementara waktu sebab sedang sibuk dengan kerja-kerja lain dan juga disebabkan laptop rosak.

Berkemungkinan blog ni akan menyepi selama sebulan atau mungkin lebih. Untuk mengetahui perkembangan AnarmNet, bolehlah follow AnarmNet di Twitter dan juga di Facebook.

Ceehhh! Macam la blog aku ni hebat sangat. Kalau Anarm.Net tak wujud pon ada korang kisah? Tak kisah kan?

Entri Burukkan Blogger Lain

Sedikit bebelan sebelum AnarmNet menyepikan diri. Baru-baru ni ada terbaca beberapa blog tulis entri burukkan blogger lain. Bukan baru-baru ni je, dari dulu lah dok tengok ramai blogger yang kutuk mengutuk, maki hamun sesama sendiri.

Kadang-kadang nampak macam nak bertumbuk bertendang. Tu kalau jumpa depan-depan tu aku rasa dah lebam-lebam dah satu badan. Entah siapa betul, siapa yang salah, aku pon tak tau.

Yang pasti cuma satu pihak je yang betul, dan yang satu pihak lagi tu berpura-pura betul, taknak mengaku kalah. Kalau tak, takde la sampai jadi macam tu.

Andai salah sorang mengaku salah, semua masalah dapat setel. Teringat pantun member aku dulu.. “Sembang taknak jatoh, perangai macam butoh!”

Dunia Blogging

Pendapat, Pandangan dan Idealogi Dunia Blog

Masing-masing dengan pendapat, pandangan dan idealogi sendiri. Bila sesetengah pihak tak dapat terima pendapat kita, mula la timbul isu tak puas hati. Mula la update blog tarik orang lain untuk turut sama mengutuk tindakan dan pandangan satu pihak lagi tu.

Macam dah jadi trend pulak sekarang ni. Hmm.. Aku nak gaduh dengan siapa ek? Siapa nak gaduh dengan aku? Meh.. Meh.. Silakan.

Apa yang aku rasa, kalau tak puas hati dengan pendapat orang lain, kita boleh salurkan ketidakpuashatian tu melalui ruangan komen yang memang dah tersedia kat semua blog. Takpon boleh tegur melalui contact form.

Kat formspring pon boleh kalau blogger tu ada formspring lah kan. Pastikan show yourself, jangan tau komen as anonymous je. Pengecut ke wei?!

Lagi satu, tak payah la nak create entri kat blog tentang sesuatu hal yang kita tak puas hati. Tambah-tambah kita sesama blogger. Semua sama taraf je.

Hormat Menghormati Sesama Blogger

Senang cerita, belajarlah hormat-menghormati sesama blogger sebab impak dunia blog ni kuat. Sekali tersilap publish, sampai kesudah kesan baik atau buruk tu akan terpalit pada kita, dan mungkin pada semua orang.

Seterusnya tentang cara menulis di blog. Ilmu ni aku kutip daripada blog-blog ‘oram putis’ atau mat saleh.

Aku tengok masih ramai yang suka tulis meleret-leret. Ayat yang boleh dipendekkan tapi meleret jadi panjang. Kenapa? Sebab ditambah dengan perkataan-perkataan yang tak sepatutnya.

Contoh seperti ‘HAHAHA’ mari bergelak ketawa pada ayat yang tidak kelakar. Orang lain baca tak rasa kelakar pon tapi kita tulis ‘HAHAHA’ kat ayat tu. Kat ayat-ayat seterusnya pon ada HAHAHA, HEHEHE, HUHUHU, NGEH NGEH NGEH..

Adakah itu kelihatan kelakar atau kelihatan bodoh? Aku tengok ianya adalah bodoh! Macam gelak sorang-sorang pastu orang sekeliling tengok kita tanpa sebarang bunyi. Pernah kena macam tu tak? Aku pernah. Malu giler weh..

Bagi blogger-blogger ‘oram putis’, cukup sekadar menulis simbol seperti :), :D, :P dan lain-lain untuk menunjukkan reaksi gelak, ketawa, marah, dan sebagainya.

Adab Dalam Dunia Blogging

Kenapa aku jadikan ‘oram putis’ sebagai contoh? Sebab ‘oram putis’ yang beragama macam-macam tu pon ada cara yang manis dan penuh adab dalam berblog.

Sedangkan kita sebagai umat Islam ni masih ‘HAHAHA, HOHOHO, KAHKAHKAH, FAK, WAKAKAKAKA, KIMAK, MIAHAHAHAHAA, WIKIKIKIK’ dalam blog macam dah lupa diri.

Korang tak rasa apa-apa ke bila baca entri yang macam ni? Contoh:

Blablabla bla bla blabla.. HAHAHAHHA.. Lepas tu bila kita blabla bla bla ops terjolok bontot. KEHKEHKEH!! Lepas tu kan orang tu kan blabla bla WAAKAKKAKA..

Arghh!! Tekanan siot nak baca sampai habis. Kot ye pon tak dapat tahan nak tulis trademark HAHAHAHA tu, tulis la HA3 ke, HA3x ke. Kan boleh jadi pendek tu? Pastikan juga HAHAHA tu sesuai dengan ayat.

Aku dulu pon macam tu jugak. Tapi sebab aku nak gerak lebih jauh dalam dunia blogging, so banyak belajar daripada blogger yang lebih berpengalaman. Ikut cara diorang. Insyaallah boleh jadi blogger yang mantap!

Ada banyak lagi nak tulis sebenarnya nih, tapi sambung lain kali jela. Sekarang ni tengah mood bercuti. Sampai masa nanti aku akan sambung kongsi benda-benda lain lagi yang aku dah belajar melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Ramai yang tulis benda yang baik-baik je kat blog. Bagi pembaca yang masih buta tentang dunia blog mesti akan rasa si penulis tu sangat baik peribadinya, tapi realitinya indah khabar dari rupa.

Membuka Aib Seseorang

Malah dunia blog semakin hari semakin tercemar. Tambah mencemarkan lagi, sekarang ni makin banyak blog yang muncul untuk sebarkan keburukan orang lain. Tak kiralah blog gosip artis ke, blog politik, blog bisnes tak ikut cara yang betul ke.. blog personal pon ada. Semuanya demi trafik lebat, demi duit, demi kepentingan sendiri dan sebagainya.

Strategi marketing la tu konon. Taik!

Sedangkan kita tahu membuka aib seseorang tu adalah perbuatan yang salah dan berdosa, tapi masih juga buat tanpa sebarang rasa bersalah. Bila ditegur, pandai pulak bagi alasan macam-macam untuk tutup kelemahan dan keburukan sendiri.

Bila tak dapat nak tutup kelemahan tu, mula la cakap ‘takde manusia yang sempurna’. Pandai menjawab. Bagus! Tak sia-sia pergi sekolah.

Sedarlah sebelum terlambat. Aku rasa daripada dok sibuk buka aib orang lain, lebih baik buka aib sendiri. Mesti tak berani kan? Sebarkan keburukan orang lain berani pulak?

Aku pon bukan baik sangat. Aku pernah mandi telanjang. Pernah jugak hisap ganja. Pernah jugak curi motor RXZ. Jahat kan?

Ni cuma pendapat aku je. Kalau rasa tak boleh terima, duduk diam-diam, atau boleh sound aku kat ruang komen. Takpon boleh juga melalui contact form.

Mustahil lah blog WordPress takde buat contact form. Kalau blogspot tu banyak la aku tengok yang takde contact form, tapi boleh jugak nak buat. Ramai lagi kot yang masih tak tau kepentingan contact form pada blog.

Ambik ko panjang giler membebel. Cikgu aku cakap, siapa makan cili nanti dia akan rasa pedas.


Balik dari solat Jumaat tadi ada terdengar suara budak cakap,

Ayah! Ayah! Abang tu pakai selipar buaya (crocs). Ada tulis ALLAH kan kat selipar tu?

Si ayah menjawab,

Alaa.. Jangan percaya sangat benda-benda kat internet tu. Yang penting kita yakin selipar buaya tu takde tulis ALLAH. Tu die punya lambang je, gambar buaya, bukan tulis ALLAH. Hari tu cakap nak selipar buaya jugak kan? Malam ni kita pegi beli.

Si anak cakap pulak,

Nak selipar buaya 2 pasang. Kaler biru dengan hitam.

62 Comments

  1. terima kasih teguran2 yg membina..lepas ni aku tak tergelak terbahak2 da ahahahahaha..betol jugak ckp ko..lepas ni aku jdkan teladan..yg lepas tu..biorlah jd kenangan..pandai tak ayat aku? ;D insaf insaf

  2. ahahahah..~ blogging? Aku tetap dengan dunia aku. Bagi aku, yang tak menyenangkan takyah baca takyah komen. Ada orang memberi teguran kepada kita. Ucap je terima kasih. Ada orang kutuk kita. Ucap je terima kasih. Bagi aku apa je yang terjadi. Ucap maaf dan terima kasih itu dah cukup menjawab. :) That’s my style. Orang bertanya: Kenapa on balik FB? Jawapan aku: Terima kasih.

  3. Halo boss,
    Dah ada pembaca setia xpa, boleh amik cuti sekejap.. kawan2 blogger pun dah ramai.
    Nanti bila nak buat comeback. Boleh hello kawan2. Kompom dorang nie Umum Anarm have comeback punya.
    berduyun org jenguk sini.. Yg mn ada feed tu otomatikla kan…

    Anyway, slamat bercuti sebentar.

  4. alamak!!! aku suke giler buat wakakaka wakikiki wakukuku kat entry. camne neh?? :biggrin:
    neway, aku suke baca entry neh. even 95% kena selepuk dekat muke aku sendiri tapi best sebab kau buat aku fikir. hehehe, maceh

  5. yak..suko bena bila isu bukak aib ore ni..bnyk blog pasal artis..bukak aib artis..cri pitis ikut caro gitu tu buleh ko..halal ko..ambo xbrani nk tegur bulat2..sebab ramai dok baco gosip artis sekali nga ambo jugakla.. :biggrin:

  6. blogger kalau tak de laptop memang tak boleh hidup..aku pun tak paham kenapa blogger2 yang kutuk mengutuk tu mesti ada dalam dunia internet ni..pelik betul..kalau tak puas hati pun tinggal kat ruangan komen kat senang..abis cerita..
    btw..selamat buat kerja bro.. :cwy:

  7. laptop dop siap agi ko??..huhu..
    panjang tol membebel..owang skip2 jek tau..hahahha..
    kalau dah #AnarmTakTahan..sila kawen cepat..leh dapat anak cepat…heheheh :biggrin: :biggrin:

  8. satu je ayat aku boleh kasi utk blog yg mcm ko ckp tu..

    “blog xada jiwa” orang putih ckp xde soul.. :D penulisan yg baik ialah penulisan yg dpt menyentuh hati pembaca dan sama2 merasai apa yang penulis lalui..

    wei..nnt bln 7 ak dok putrajaya..bleh lepak2…

  9. perghhh gile nya bebel ko eh kali ni anarm.. baru perasan ko update da.. hahhaa.. patut ar susah on9, lappy rosak.. rosak hardware eh? beli baru la gamaknya.. ko da tuko keje lom beb?

    hebat kwn ko nya pantun.. agak semat disitu makan dalam.. haha..

    aku nya entri ada gak sekali sekale hahahahahahaha.. hihihihi.. huhuhuhu.. hohoho… ada sape nak komplen? hehehehe…

    :w00t:

  10. Bro Anarm, thank you sebab bagi heads up dalam entri2 ni. banyak buka mata saya bab2 sibuk mengejar trafik untuk blog tapi isi2 semua sampah2 belaka. bab i follow u follow tu sebenarnya takde makna kalau kita tak saling follow memfollow. macam takde kerjasama dan sekadar nak tambah senarai blogroll. entah kenal entah tidak. ape2 pun saya harap blog ni akan sambung seperti sediakala lepas Bro Anarm tamatkan tempoh “busy”. melepak kat sini banyak info walaupun dok senyap jek :) salam..

  11. rakyat Mesia kn bersopan santun amalan mulia, tu yg ramai dok ask a question secara Tanpa Nama.
    memang pengecut. kalau soalan biasa2 takpa. never mind lah. ni nk kasi komen kutuk2 pn nak Tanpa Nama gak
    haish. lontar batu sembunyi punggong..

    :sleeping:

  12. hohoh..sentap jugak aku baca entri ni..
    tapi takpe..
    aku anggap ini sebagai terguran untuk lebih maju di dunia blogging ni..
    papepon..
    selamat bercuti dari dunia blog :cheerful:
    jangan berbulan2 sudah..
    rindu aku ka tblog ni :w00t:

  13. jgnlah kau pergi dariku syg..ku tak sanggup kehilangan mu walau sesaat pun…kaulah matahariku, kaulah bulanku..

  14. wahh nak kemana ni.. rupanya benar2x sibuk dengan kerjaan ya.. pastikan kembali lagi ngeblog setelah selesai tu kerjaan ya.. :smile:

  15. blogging tanpa sebab, nak masuk dlm dunia blogging dengan rampage gila babi. Apa yang mereka nak? Jatuhkan “sahabat” sementara “lawan sebenar” duk ketawakan kita bertelagah sesame melayu? Atau dengan rampage gila babi itu nak naikkan nama?

    Buat blog nak famous-kan dengan condemn orang lain, sebar aib orang lain, tontonkan keaiban orang lain dengan senang hati, mereka tak fikir ke keberkatan hidup?

  16. Macam2.. aku plak tegur benda baik pun diorg maki sampai siap tulis entri kutuk aku. Alahai… takpe ini dugaan dalam perjuangan.

    • @Syafrizal, ko pon kene kutuk? ish ish.. blog aku ni tak tau ade yg kutuk ke tak.. tp kalo dlm email tu ade yg tunjuk mcm tak puas hati.. entah ape yg diorang tak puas hati aku pon tak tau.. maleh nak layan..

      • @Anarm, aku kene maki sebab tegur orang marah pasal Yahudi tu.. aku cakap buat apa nak maki hamun Yahudi. hari2 kita guna produk diorg… marah bukan main bila aku tegur..

  17. payah gak kalau laptop buat hal kan bro,sabar je la,sementara ko nak berehat dari blogging ni,elok gak uruskan hal-hal lain tu

  18. wah,first time ke blog anarm.net ni..suka dan setuju semua yang dibincangkan..ni bukan membebel rasanya sebab kalau orang membebel dia cakap perkara nonsence,ni kira macam membentang pendapat rasanya sebab semua isi dalam ni sangatlahh di setujui..

    pasal blogger kutuk mengutuk..benda ni semua memang dah tak asing lagi dalam dunia blogging ni..semua nak femes tak tentu pasal..semua nak tunjuk diri mereka betul..lepas tu paling susah kalau jenis yang tak boleh menerima teguran..orang tegur perkara yang betul,tapi atas faktor apa entah membuatkan dia rasa layak membidas orang yang menegur dia tadi..

    lepas tu bila dah saling bergaduh,mulalah kutuk mengutuk didalam entry masing2…siap letak link apa semua..kita yang baca entry mereka saling berbalah ni rasa tak seronoklah..kita blogging nak tambah kenalan..nak tambah ilmu..bukan nak tambah musuh..lagi yang paling lemah satu perkara ialah orang yang gila folllower ni..adakah dengan mempunyai banyak follower membuatkan mereka rasa hebat??

    padahal semua follower tu atas dasar i follow u follow..okey fine tu topik lama,memang takde patut pun kita nak amek kisah orang yang macam tu..masalah bila dia dah rasa hebat dengan follower tu lah yang masalah..tulis entry merapu,tapi sibuk bagi tips segala..sedangkan visitor dengan follower pun tak reti beza..hai lahh..kenapa jadi benda macam ni??

    benar kata orang,dulu ramai blogger menulis blog atas dasar mahu berkongsi buah fikiran mereka..kira atas daar memang mempunyai niat sebenar blogging..tapi jadi perkara tak best bila orang blogging sebab nak duit..okey,kata kena maintain traffic..nanti sayang ads taknak keluar kat blog..jadi mulalah letak entry merapu dan kelaut..lepas tu kena tegur terus nak marah2..

    macam tu lah rasanya fenomena yang berlaku sekarang..maaf,aku bercakap bukan nak kata aku adalah yang terbaik,entry aku pun selalu merapu sahaja,cuma kau meluahkan apa yang aku rasa ni sebab memang sangat rimas lah tengok orang gaduh2 ni..jadi tak seronoklah nak blogging rasanya.hurmm..maaf terceloteh panjang kat sini..anyway,aku suka entry ini. :biggrin:

    • @sendra, giler panjang komen ko.. nak join membebel ke? haha..

      aku pon setuju semua yg ko tulis ni.. dah kurang menarik dah dunia blog sekarang ni.. tapi aku sekarang ni wat tak reti je.. orang ckp aku hebat, aku bangkang cukup2.. aku rasa aku paling bongok dalam dunia blogging ni..

      ramai follower tu kira hebat ke? kalau atas dasar u follow i, i follow u, bagi aku senang je.. bila 2 3 kali u update entry yang merapu tak ingat dunia, i unfollow u terus.. noktah! kita follow blog2 lain untuk dapatkan info menarik.. kalau nak update blog tanpa sebarang info pon boleh je.. cuma kene la pandai buat org tertarik dengan apa yg kita tulis tu.. tu dah masuk bab skill menulis.. masing2 ada skill menulis cuma tak pandai praktikkan kat blog.. so, kene la banyak belajar lagi.. jangan bila dah ada ramai follower terus rasa diri tu hebat.. pfftt..

  19. aku suke dgn perkataan HAHAHA..ape org lain pikir,ikot mung ahh..aku dgn aku,mu dgn mu..hahaha..aku suke bergelak ketawa,biar orang kate aku gile,sbb ketawa penawar segala penyakit..hahahhaa..laptop punoh xleh berblog,tp update twitter/fb boleh..dtg dari mane sumber internet itu??hehehe..bereh2..sep kito x kiro mano..hrrm…

    • @apiih, sep2 kito bereh belako.. nok huha huha setaro mano pon bereh jah.. mugo kito2 jah hok pehe kn.. haha.. kalu x puah hati gak buleh wi nimbok terus.. takdok guno dop makoh dlm blog jah.. ko guano? baru bleh panggil anok jate.. setakat tulis2 dalam intenet dop degih lah mano.. sep kito kebal doh bendo2 ginih.. kah3..

      • @Anarm, hahaha..yolo2..sep2 kito kebal..sep2 pele kecut jah hok makoh d blog..ahahaha..ayt sedak tuh..tp so jah hok x sdak nge pok2 kito nih,main puok..anok jate godio men puok..so lawe so la bru sedak..men puok xdok guno..yo dok..tgk lonih sep2 kito nih byk men puok..hok tuh xbrani mno..sep2 alik nih plok xdok puok..nok2 hok bwk pde samurai..yaaarkk bokte..rajin doh kno tmpt kawe pde samurai nih..so..pnyelesaiannye spa la ko kes polih..hok tu xsdak mno tuh..ehh..lari dari tjuk doh nih..hahaha :biggrin:

        • @apiih, yark boktey.. jauh benar lari tajuk.. tubik cerito baloh main pede pulop.. haha.. sep2 main puok tu buke jenih pele kecut.. jenih takdok pele.. nate apo main puok.. ado pele gak keno la berani ngadap so samo so.. baru yolo anok jate.. takdok pele ore x panggil jate.. ore panggil bapok modified.. hoo, doh takdok pele, nyo panggil modified laa.. hak3..

    • @Jaws, aku stop kejap je.. ada hikmah sebalik laptop rosak.. aku dapat siapkan urusan2 lain.. macam gambar 1st tu, gambar tong sampah.. nak kene kemas2 rumah, buang2 sampah, sapu2 rumah.. haha.. di samping tu boleh uruskan hal2 yang lebih penting dari blogging..

  20. Assalamualaikum,
    wahh terasa aku… tp aku anggap entri ni sebagai teguran since aku anggap bro sebagai sifu aku… Aku rasa entri aku banyak kot tulis cmtu… :D, thanks bro… :happy:
    Ingat Hijau : Ingat Daus

        • @Dauspozi, boleh je nak wakakakaka asalkan sesuai dengan ayat.. aku bagi tips ni pon sebab ada terbaca kat blog mat saleh.. blog mat saleh yg aku masuk memang takde lagi aku jumpe yag tulis HAHAHAHA kat setiap entri dia.. nampak diorang semua macam serius je berblog.. tapi still ade unsur humor, ada jugak buat kelakar dalam entri.. ada yg buat kelakar melalui gambar, melalui video, link, etc… bergantung pada unsur humor diri masing2.. kita yg baru merangkak ni boleh cuba duplicate apa yg orang lama dah buat..

  21. itulah yang dapat di rasakan sekarang. blogging hanya semata-mata untuk femes tanpa sebab. mencapap tak tentu kira…

    • @paeh, dunia blogger dah tak macam dulu.. dah tak macam masa mula2 Anarm.Net wujud.. dulu semua blogger boleh masuk kepala.. buleh huha huha sama2.. sekarang ni…. hmm..

      bersara jap.. uruskan hal2 yg lebih penting dulu..

      • @Anarm, yup dunia blogger dah tak sama macam masa aku mula2 start dulu dah. dulu lebih seronok dengan komuniti negaraku.net yang mmg leh huha huha. oh good ol days.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *