Melucah Dalam Tandas Awam

Korang pernah tengok orang melucah dalam tandas awam? Bukan meludah.. Melucah!

Diorang ni melucah lain macam sikit. Melucah dengan pintu tandas, dengan dinding tandas. Habis dicontengnya. Biasa aku masuk tandas awam mesti ada je ternampak benda-benda lucah yang diconteng kat pintu dan dinding tandas, terutamanya tandas lelaki.

Tandas awam untuk perempuan ada juga ke yang kena conteng benda-benda lucah macam tu? Aku tak tau sebab tak pernah masuk tandas perempuan.

Melucah dalam tandas

Benda lucah yang diconteng dalam tandas biasanya ada tulis ayat tawaran khidmat seks, urut batin, nombor telefon awek gersang, jantan gay, mak ayam, abah ayam, pak sedara ayam, dan banyak lagi lah.

Paling power siap ada lukisan macam hasil kerja seorang pelukis profesional.

Siapa pernah tengok sendiri dia tau la apa lagi yang diconteng oleh manusia yang tak bertanggungjawab tu. Merosakkan harta benda awam je.

Tandas di masjid-masjid pun ada juga yang turut jadi tempat diorang ni menconteng. Teruk betul.

Tu belum kira lagi ‘vandalisme’ yang dilakukan pada mangkuk jamban. Boleh terbantut selera makan korang kalau aku cerita kat sini. Nak ‘buang hajat’ kat situ pun macam nak taknak je. Lagi sanggup tahan daripada duduk lama-lama mengadap tempat tu.

Aku tak faham kenapa diorang suka buat kerja menconteng benda-benda lucah. Sejahat-jahat atau senakal-nakal aku ni pun tak pernah lagi buat kerja menconteng macam tu.

Paling jahat pun aku pernah conteng meja sekolah je. Tu pun bukannya conteng benda lucah, tapi conteng lukis orang lidi, lukis gambar cikgu disiplin versi alien, lukis logo Adidas, tulis ehem LOVE ehem ehem (haha), buat seni typography sikit.. tu je.

Best sangat ke conteng benda lucah dalam tandas? Macam bangang je. Yang menconteng maki hamun parti politik pon ada banyak. Takde faedah buat semua tu dalam jamban.

17 Comments

  1. aku pernah terjumpa marker pen dalam tandas. patutlah ramai yang tulis. siap disediakan marker pen lagi. haha..

  2. melucah ke?
    aku rasa ramai yg berpolitik dari berlucah di jamban..
    majoriti nya memang ramai melucah…
    tapi bila sorang dah start berpolitik dalam jamban makan debat mereka akan semakin banyak..
    banyak reply…

    p/s-berpolitik dalam jamban maksud aku duk conteng2 jamban de3ngan ayat cacian politik di jamban

    • @TopiJerami90, politik jamban pon banyak jugak aku tengok.. siap maki hamun, mencarut.. kadang2 aku tengok dinding dah jadi macam chat room YM, MiRC.. hehe.. sorang start tulis, lepas tu yang lain2 sambung kat bawah.. sebijik dah macam chat room.. haha..

  3. Kebanyaan orang – orang seperti ini tak punya kerjaan dan hanya iseng saja namun merugikan apalagi kalau yang dicoret itu adalah fasilitas umum. Sangat mengganggu..

  4. dah boleh kata kebanyakan tandas awam dah ada kelucahan ni. siap ada lukis2 kalau anak2 kecik tengok tak ke dah merosakkan minda diorang jugak.. aduhai insan..

  5. kebanyakan tandas awam biasnya penuh dengan contengan.
    nasib baik la tak pernah jumpa yang suruh add kat facebook. :biggrin:

  6. Salam Anarm,Wan nak tanya sikit….

    Macam mana nak buat Iklan @ Anarm.Net tu,guna plugin apa…??Nak try buat iklan dlm blog coretancyber sikit.

  7. Wan pun x tahulah apa motif diaorang main conteng2 dlm jamban.Bukannya boleh dpt Award Madagascar pun.

    *Selalunya mcm tulah,masuk je tandas awam mesti bau hanceng (x tahan),kena pulak ada emas berketul2 dan kena pulak pintu jamban x boleh lock.Mmg menyusahkan org aje.

    *Oh ya anarm,Wan ternampak satu perkataan dlm pic tu,”tukar awek”.Terbaikk…haha

Leave a Reply