AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Melucah Dalam Tandas Awam

Melucah Dalam Tandas Awam

01/03/2012 Anarm 17 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Korang pernah tengok orang melucah dalam tandas awam? Bukan meludah.. Melucah!

Diorang ni melucah lain macam sikit. Melucah dengan pintu tandas, dengan dinding tandas. Habis dicontengnya. Biasa aku masuk tandas awam mesti ada je ternampak benda-benda lucah yang diconteng kat pintu dan dinding tandas, terutamanya tandas lelaki.

Tandas awam untuk perempuan ada juga ke yang kena conteng benda-benda lucah macam tu? Aku tak tau sebab tak pernah masuk tandas perempuan.

Melucah dalam tandas

Benda lucah yang diconteng dalam tandas biasanya ada tulis ayat tawaran khidmat seks, urut batin, nombor telefon awek gersang, jantan gay, mak ayam, abah ayam, pak sedara ayam, dan banyak lagi lah. Paling power siap ada lukisan macam hasil kerja seorang pelukis profesional.

Siapa pernah tengok sendiri dia tau la apa lagi yang diconteng oleh manusia yang tak bertanggungjawab tu. Merosakkan harta benda awam je. Tandas di masjid-masjid pun ada juga yang turut jadi tempat diorang ni menconteng. Teruk betul.

Tu belum kira lagi ‘vandalisme’ yang dilakukan pada mangkuk jamban. Boleh terbantut selera makan korang kalau aku cerita kat sini. Nak ‘buang hajat’ kat situ pun macam nak taknak je. Lagi sanggup tahan daripada duduk lama-lama mengadap tempat tu.

Aku tak faham kenapa diorang suka buat kerja menconteng benda-benda lucah. Sejahat-jahat atau senakal-nakal aku ni pun tak pernah lagi buat kerja menconteng macam tu.

Paling jahat pun aku pernah conteng meja sekolah je. Tu pun bukannya conteng benda lucah, tapi conteng lukis orang lidi, lukis gambar cikgu disiplin versi alien, lukis logo Adidas, tulis ehem LOVE ehem ehem (haha), buat seni typography sikit.. tu je.

Best sangat ke conteng benda lucah dalam tandas? Macam bangang je. Yang menconteng maki hamun parti politik pon ada banyak. Takde faedah buat semua tu dalam jamban.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : aktiviti melucah, conteng tandas awam, iklan lucah tawar khidmat seks, masuk tandas perempuan, merosakkan harta benda awam, rakyat vandalisme, sumbangan tabung masjid, tandas masjid rosak, urut batin

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Dropbox Simpan Fail Secara Online
Next article:
Motosikal Elektrik C-1 Canggih dan Selamat

17 Comments

  1. Jebeng Otai™ says

    04/03/2012 at 7:15 PM

    gmbr cikgu displin versi alien eh.. :)

    p/s : jaki cikgu displin ke bro..haha

    Reply
  2. titan says

    02/03/2012 at 10:26 PM

    aku pernah terjumpa marker pen dalam tandas. patutlah ramai yang tulis. siap disediakan marker pen lagi. haha..

    Reply
    • Anarm says

      02/03/2012 at 11:53 PM

      @titan, patut laa.. diorang kongsi2 marker pen kot..

      Reply
  3. TopiJerami90 says

    02/03/2012 at 12:37 PM

    melucah ke?
    aku rasa ramai yg berpolitik dari berlucah di jamban..
    majoriti nya memang ramai melucah…
    tapi bila sorang dah start berpolitik dalam jamban makan debat mereka akan semakin banyak..
    banyak reply…

    p/s-berpolitik dalam jamban maksud aku duk conteng2 jamban de3ngan ayat cacian politik di jamban

    Reply
    • Anarm says

      02/03/2012 at 11:56 PM

      @TopiJerami90, politik jamban pon banyak jugak aku tengok.. siap maki hamun, mencarut.. kadang2 aku tengok dinding dah jadi macam chat room YM, MiRC.. hehe.. sorang start tulis, lepas tu yang lain2 sambung kat bawah.. sebijik dah macam chat room.. haha..

      Reply
  4. Rina As says

    02/03/2012 at 4:06 AM

    Kebanyaan orang – orang seperti ini tak punya kerjaan dan hanya iseng saja namun merugikan apalagi kalau yang dicoret itu adalah fasilitas umum. Sangat mengganggu..

    Reply
  5. incik says

    02/03/2012 at 2:45 AM

    dah boleh kata kebanyakan tandas awam dah ada kelucahan ni. siap ada lukis2 kalau anak2 kecik tengok tak ke dah merosakkan minda diorang jugak.. aduhai insan..

    Reply
  6. zhazmi says

    01/03/2012 at 10:08 PM

    kebanyakan tandas awam biasnya penuh dengan contengan.
    nasib baik la tak pernah jumpa yang suruh add kat facebook. :biggrin:

    Reply
  7. W.HabibuRahman says

    01/03/2012 at 7:17 PM

    Salam Anarm,Wan nak tanya sikit….

    Macam mana nak buat Iklan @ Anarm.Net tu,guna plugin apa…??Nak try buat iklan dlm blog coretancyber sikit.

    Reply
    • Anarm says

      02/03/2012 at 2:33 AM

      @W.HabibuRahman, yang 4 kotak iklan tu? yang tu guna plugin WP125.. plugin tu utk banner saiz 125×125 je..

      Reply
      • W.HabibuRahman says

        02/03/2012 at 7:03 AM

        @Anarm, Thanks Anarm…

        Oh ya,mak Wan suruh Wan kasi kat Anarm benda ni :heart: ,dia suruh simpan baik2…hahaha..

        Reply
  8. azmanisma says

    01/03/2012 at 3:26 PM

    Hohoh melambak aku jumpa kat stesen minyak tandas awan..sakit mental agaknya :)

    Reply
  9. akubiomed says

    01/03/2012 at 2:09 PM

    Hendak melepas hajat pun tidak senang. Terganggu dengan contengan haram. :-)

    Reply
  10. anif says

    01/03/2012 at 12:37 PM

    Tempat melepas hajat dan perasaan tu.. :D

    Reply
  11. W.HabibuRahman says

    01/03/2012 at 12:18 PM

    Wan pun x tahulah apa motif diaorang main conteng2 dlm jamban.Bukannya boleh dpt Award Madagascar pun.

    *Selalunya mcm tulah,masuk je tandas awam mesti bau hanceng (x tahan),kena pulak ada emas berketul2 dan kena pulak pintu jamban x boleh lock.Mmg menyusahkan org aje.

    *Oh ya anarm,Wan ternampak satu perkataan dlm pic tu,”tukar awek”.Terbaikk…haha

    Reply
    • Anarm says

      01/03/2012 at 12:35 PM

      @W.HabibuRahman, tajam betul mata.. boleh nampak perkataan tu.. hehe..

      Reply
    • incik says

      02/03/2012 at 2:47 AM

      @W.HabibuRahman,

      haha macam tukar dah ada wan. tandas pun bersepah2. masalah2..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy