Masalah Status Bayaran Bil Streamyx melalui Web MyTM

Malam hari Selasa lepas aku bayar bil Streamyx menggunakan sistem pembayaran online di laman web MyTM. Sebelum ni aku biasa bayar guna Maybank2U tapi hari tu aku rasa web Maybank2U teramatlah slow. Jadi takut pulak nak guna.

So, aku try la bayar melalui laman web MyTM. Tapi…..

MyTM online account payment

Selepas dah selesai bayar dan duit pun dah dipotong dalam akaun bank CIMB, bila laman web MyTM habis refresh, tiba-tiba keluar page yang menyatakan status pembayaran aku FAILED!

Rasa nak mengamuk je. Nasib baik disabarkan oleh wife aku yang hidangkan buah tembikai sejuk dah siap potong.

Sambil makan buah tembikai sejuk, aku update status kat Facebook dan Twitter tentang masalah dengan MyTM ni. Lepas tu ada rakan Facebook komen bagitau status FAILED tu cuma bug yang terdapat pada laman web MyTM.

bug sistem bayaran bil streamyx di laman web MyTM

Aduan Isu Bayaran Bil Streamyx

Aku pun hantar email ke help@tm.com.my untuk tanya tentang masalah aku ni. Time tu dah tengah malam, malas nak call talian 100. Takut mengganggu pulak. Keh3..

Lebih kurang pukul 3:00 petang esok harinya aku terima email reply daripada TM Customer Care Support. Memang betul apa yang diberitahu, bayaran bil Streamyx yang aku buat malam tu dah pun diterima lepas pihak TM buat semakan.

Alhamdulillah. Ingatkan memang betul-betul FAILED. Tak pasal-pasal jadi satu hal pulak nak mereport.

Kepada Mr. Khairul Anam,

Terima kasih di atas e-mel tuan kepada TM.

Merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 5hb Mac 2013 mengenai status pembayaran, kami memohon maaf di atas kesulitan yang tuan alami. Setelah semakan dibuat, kami dapati pembayaran tuan telah diterima pada 5hb Mac 2013 berjumlah RMxxx.xx. Sila semak pembayaran tuan pada bil akan datang.

Kami berharap penjelasan kami telah menjawab persoalan tuan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di help@tm.com.my.

Tuan juga boleh menghubungi TM di talian 100, pilih bahasa dan pilih “Bil dan Bayaran” untuk bantuan lanjut.

Yang benar,

Suriana
Customer Service Support,
Telekom Malaysia

Status FAILED yang keluar selepas bayar online bil Streamyx agaknya memang masalah bug di laman web MyTM. Harap pihak TM selesaikan secepat mungkin masalah bug tu supaya tak timbul masalah pada orang lain.

Dah bayar bil tapi keluar status FAILED, sape tak risau, kan?

Lepas ni aku taknak dah guna sistem bayar online kat website MyTM tu. Lebih baik aku bayar bil Streamyx guna Maybank2U je lagi senang.

Tapi web Maybank2U pun satu hal selalu sangat ada masalah. Tak paham betul aku..

Terima kasih Suriana kerana telah menjawab persoalan tentang masalah ni.

26 Comments

  1. Emm tak pernah bayar mcm ni..seba tak pernah ada akaun streamyx..haha..gurau2 aje..jangan marah..bagus juga postkan dekat FB..kurang2 ada insan yang baik hati datang menolong..

  2. Saya selalu bayar kat kaunter TM je … hmm sebab ada awek cun sambut kat pintu masuk, pastu leh dapat makan kuih … dijamu pada setiap pelanggan yang ada … pastu kat kaunter pembayaran lak … awek lagi … kebaya oren ..huhuhuhuh..hehehhee… tu sbb bila bini suh bayar bil TM … awal pagi dah pergi ..hahahaha

  3. biasa sy klau wt pembayan cmni slalu akn confirmkn dengan customer service lpas byar sb web mmng slalu fail, bkn pe tkot dh bya tibe2 hujung bulan kne potong

    • Aku tak pernah lagi bayar bil kat pejabat pos.. Biasa gi pejabat pos untuk pos barang je.. Takpon masuk duit dalam ASB dan buat roadtax motor..

  4. hahaha kalau tak mesti kena double bayarkan heheeh pernah terjadi gak kat aku time bayar bil maxis dulu :smile:

    • Zaman sekarang ni semua online. Memudahkan kerja.. Cuma kadang2 sistem online ni tak boleh percaya sangat.. Tapi tetap guna jugak sebab malas nak keluar pergi bayar kat tempat dia.. Kena kira duit minyak lagi, pastu susah nak cari parking kereta.. Baik online je..

    • Time tu memang ada masalah.. Web dia slow giler.. Kawan2 lain pun cakap slow jugak.. Pihak Maybank sendiri pun ada keluar statement bagitau tgh upgrade sistem, jadi ada masalah sikit2 (mungkin alasan diorang)..

  5. Siapa ler programmer TM yang begitu lembab buat operasi pembayaran melalui sistem online…menyusahkan pengguna jer…Saya bayar melalui kiosk TM (baru diperkenalkan) tapi buruknya kena bayar dalam ringgit yang genap nilai sen @ ringgit bawah RM 10 tidak diterima…

    • Malas pulak nak keluar pergi pejabat pos semata2 nak bayar bil.. Lebih baik bayar online je.. Jimat masa, jimat minyak kereta..

    • Tu la pasal.. MyTM boleh guna untuk semak dan cetak bil je.. Untuk buat bayaran tak disarankan guna payment system dia tu.. Takut nanti timbul masalah pulak.. Lebih baik bayar bil guna M2U atau CIMB Clicks..

  6. ahhaaaa…. aku pun bayar melalui maypeng je… awal bulan mac, memang maypeng slow sket.. tengah upgrade katanya..

    ermmm… hai Suriana, saya KiD :biggrin:

    • Bank2 lain pun kalau slow diorang akan cakap tengah upgrade jugak. Tu je alasan yg diajar tiap kali bila ada customer tanya.. Haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *