Masalah Spam di Ruangan Komen

masalah spam di ruang komen

Beberapa minggu yang lepas, blog AnarmNet ni menghadapi masalah serangan spam di ruangan komen. Spammer meninggalkan komen yang merepek, yang takde kaitan dengan entri beserta dengan pautan (link) yang meragukan.

Nasib baik plugin WP-Spamfree dan Akismet berjaya block komen-komen spam time tu.

Tapi ada jugak la 2-3 komen yang terlepas dari sekatan. Dalam sehari boleh dikatakan ada antara 10-20 komen spam yang akan masuk. Kalau tiap-tiap hari macam ni boleh kejang tangan aku nak membuang komen-komen spam tu.

Serangan Spam Komen

Hasil carian Google dan aktiviti blogwalking, aku dapati Kak Jie juga mengalami masalah serangan spam di ruangan komen.

Kak Jie ada buat satu entri berkenaan masalah spam di blog dia tu. Berpandukan entri tersebut, kini aku sedang cuba plugin WordPress yang disarankan iaitu Growmap Anti Spambot Plugin (GASP).

Plugin Growmap Anti Spambot Plugin (GASP) ni akan menambah satu checkbox di ruangan komen yang memerlukan komentar ‘tick’ pada checkbox tersebut bagi memastikan mereka bukan spammer.

Ianya lebih memudahkan berbanding plugin yang memerlukan komentar menaip balik teks CAPTCHA atau menyelesaikan masalah matematik.

GASP checkbox

Plugin GASP ni menggunakan JavaScript. So, ianya akan menghalang ‘spam bots’ daripada melihatnya dan mampu menyekat 99% komen-komen automatik daripada spam bots.

Oleh itu, bagi mengelakkan korang tak dapat komen di blog ni, pastikan browser korang dalam keadaan ‘JavaScript Enabled’. Sekiranya browser korang telah disable JavaScript, korang takkan nampak checkbox di ruangan komen.

Kalau ada nampak checkbox tu, pastikan korang ‘tick’ pada checkbox tersebut sebelum hantar komen. Kalau korang tak ‘tick’ korang akan dapat alert macam ni:

comment checkbox untick

Sesetengah rakan blogger ada bagitau aku yang dia tak boleh komen di entri blog ni walaupun browser dah enable JavaScript. Ada keluar alert box macam gambar kat bawah.

Masalah ni aku pon tak pasti kenapa. Cuma aku nak ingatkan, bila korang ada nampak checkbox di ruangan komen dalam entri-entri blog ni, pastikan korang ‘tick’ di checkbox tu untuk sahkan korang manusia, bukannya spammer.

javascript disable

Harap korang dapat inform aku sekiranya korang alami masalah susah nak komen di entri-entri blog ni. Aku masih mencuba plugin GASP ni. So, mungkin ada tersalah setting ke, tak sesuai dengan blog ke, atau apa-apa ke.

Harap dapat bantuan daripada kalian semua.

Peringatan kepada para komentar!
DILARANG sama sekali MASUKKAN PERMALINK di bahagian URL atau di bahagian komen. Blog ni dah dilengkapi dengan plugin CommentLuv. Link entri blog korang secara automatik akan keluar di ruangan komen sebelum korang hantar komen korang tu.

Korang juga ada sebanyak 10 pilihan boleh dibuat untuk tentukan entri blog korang yang mana satu (10 entri terkini) yang ingin korang paparkan bersama komen.

Sekiranya ada juga yang masukkan permalink, aku takkan buang permalink dah lepas-lepas ni. Aku delete terus komen tu. Harap maklum!

75 Comments

  1. Wow! Nice tutorial…harap-harap ini adalah lebih baik berbanding dengan Akismet yang hanya tahu bantai poket orang tiap2 bulan je… :biggrin:

  2. kalau ada kesan yang tak elok menggunkan GASP ini tolong update eh. aku yang tak banyak ilmu ni nak tahu gak buruk dan baiknya GASP
    sekarang menggunaka akismet je.

  3. Salam. Bagus gak tips pasal spam ni. Aku pun mengalami masalah spam yang agak banyak. Yang aku tau cuma akismet je. nanti nak try yang dicadangkan. terima kasih!

  4. Salam bro, akupun baru juga try plugin GASP ni.. sebelum ni guna Akismet tapi tak pasal2 Akisemt tu rupanya tak sesuai dengan theme sekarang ni.. setakat ni memang xda lagi spam masuk.. tapi tak taulah kalau problem pasal javascript tu muncul plk nanti..

  5. Mmg buang masa nak delete komen spam ni..apapun sama2lah menghadapi spammer ni dan terima kasih kerana berkongsi maklumat yang berguna terutama blogger baru spt aku ni.

  6. Ala anarm baru 14 spam je. By the way, thanks untuk plugin serbaguna tu nanti eden boleh torai ;)

  7. oho, patutlah aku komen aritu tak boleh. pasal plugin ni la yerk. aku bergantung pada akismet je skg ni. setakat ni ok lg, sbb aku sendiri pantau satu2 komen yg diberikan. mana yg taruk permanlink dlm link mmg aku delete terus. malas nak layan dah. hehe

    • @Mohd Isa, spammer dh takde lepas pkai plugin ni.. terbaik!! komen yg ada permalink aku pon akan delete jugak lepas2 ni.. dh naik lemak sgt diorang tu.. nk jalan senang je promot entri.. silap sendiri la komen kene delete sbb letak permalink.. :getlost:

      • @Anarm, aku baru je bertukar ke plugin ni. deactive terus akismet aku. ramai dah pakai plugin ni. so aku pun nak pakai gak la. kebykkn yg masukkan permalink kat form tu aku rasa byk blogger dari seberang. tak silap aku la. dah sediakan comluv pun nak masukkn lg. budus…hehe

  8. aku malas nak buang komen yang menggunakan permalink.. lau dulu guna akismet.. huh.. memang dorang di anggap spammer la.. tapi skg ni.. blog aku bebas dpd komen spam ni.. huhuhuhuh best plugin ni

  9. tu la..ramai gak yg tinggalkan link masa tinggalkan komen..

    kalu blogspot tak per.. ni wordpres… dah ada comment luv pun tak pueh gak..hehehe

  10. kalau dalam sehari aku dapat 1 atau dua spam je..takde ar teruk sangat… tapi sometimes ada yg bukan spam masuk ke dalam spam comment..adeh memang rupanya diorang letak permalink kat ruangan url tu..adeh tapi takpe..demi reader kita edit ar bagi diorang masuk dalam ruangan komen..chill je :)

    • @Fitrihadi, sebelum ni aku pon delete gak permalink tu seblom approve.. tp ada gak yang komplen nape aku delete permalink kt komen dia tu.. siap contact anta email.. nak taknak, aku set undang2 untuk blog ni, delete terus komen2 yg ada permalink..

      takde guna la aku pasang plugin CommentLuv kalo semua pakat nak taruk permalink kat komen.. huhu..

  11. sebelum ni aku susah nk komen..
    rupanya sebab ni..
    aku taktau plak spam komen ni masalah berat..
    sehari aku dapat 20-30 spam kat komen tu..

    • @jaws, jenuh kot nak delete komen2 spam tu.. kadang2 aku delete je terus semua komen dalam kategori spam.. tapi hari tu ade terperasan, terdelete sekali komen rakan blog yg secara tak sengaja termasuk dalam kotak spam.. sian plak komen panjang2 pastu aku terdelete.. aku jugak yg rugi.. huhu

    • @samanosuke_04, yup.. betul tu.. just letak link homepage je.. nanti plugin CommentLuv automatik akan ‘tarik’ entri terbaru dari homepage tu.. kalau tengok kat bahagian bawah kat setiap komen dalam blog ni, ada tertulis

      Post terbaru “NAMA BLOGGER” di blog beliau.. “LINK ENTRI TERKINI”

    • @pejol, free hosting (blogspot/wordpress.com) tak perlu risau sangat kot pasal komen2 spam macam ni.. kecuali kalau pakai free hosting yang ada cpanel atau direct admin, maksudnya yang boleh pasang script dr WordPress.org

  12. Memang tensen pasal Spam ni.. tapi aku gunakan plugin tu dah kurang dah. Disarankan pada blogger WordPress gunakan plugin Growmap Antispam.

  13. sy ingtkan sy je yg kena masalh spam merat2 kat blog ni,tp rupanya ada lagi..btw thanks sebab buat entri ni yer..nk try ler test plugin tu,mane tau jadi ke:)

  14. Ramai jugak blogger yang menggunakannya. Buat masa, aku masih mempertimbangkannya untuk test kat blog.

    • @shaharil, aku pon masih test kat blog ni.. sebab plugin ni recommended by blogger yg power (kak jie & ariffshah).. kalau ade terima komplen ckp tak bleh atau susah nak komen, mungkin akan cari plugin lain..

  15. harap2 lepas ni tak ada prob dah org lain nak komen2.. :D
    byk gile spam ni, blog aku pun ada gak sikit2..nsb baik blogspot skrg dah pandai tapis2 komen spam..

    • @serol, blogspot takde masalah sangat kot sebab system die dipantau oleh Google.. pengguna WordPress je yang banyak kena masalah ni sebab blog 100% dikawal oleh diri sendiri..

    • @fitri, bagi komen yang tak berkaitan dengan post tu biasanya salah satu perangai individu yang join bende2 yg kononnya bleh buat duit internet (scam).. memang bikin panazz.. :angry:

  16. salam. aku juga mengalami masalah yang sama gak . tapi itu dulu, kini tidak lagi setelah aku aktifkan ‘pengesahan perkataan’ dari bahagian ‘setting ulasan’ yang telah disediakan oleh pihak Blogger itu sendiri…

  17. Aku dulu guna plug in CAPTCHA tapi macam tak best lak
    sekarang ni guna spam by math tu
    dapat gak la elakkan spam

    • @wazy,
      captcha leceh nak guna..
      masuk kan authentication words la ape la..

      guna ni lg senang…tick je..xtau la kalo spambot tu pandai tick lak pasni..hehehe

    • @wazy, CAPTCHA buat orang jadi malas nk komen (contoh macam aku ni).. plugin matematik tambahan tu pon ok gak.. spam bots tak reti jawab soalan matematik.. kecuali spammer tu dalam bentuk manusia.. diorang memang terbukti rajin isi kotak CAPTCHA ngan jawab soalan matematik.. asalkan dapat promot link kat komen.. haha..

  18. anarmmmm
    aku ingatkan, aku sorang je yg teruk kene spamming ni.
    well, thanks a lot kat ko, bagi idea untuk plug in baru ni.
    halang cepat spam dari membiak. hehe

    • @JundullahOsman, sebelum ni layan je delete komen2 spam.. pastu skrg rasa makin menjadi2 plak.. 1 hari tak online, bila login masuk dashboard je, tengok komen spam berlambak.. dah tak tahan mengadap komen2 spam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *