AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » WordPress » Masalah Spam di Ruangan Komen

Masalah Spam di Ruangan Komen

21/11/2010 Anarm 75 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

masalah spam di ruang komen

Beberapa minggu yang lepas, blog AnarmNet ni menghadapi masalah serangan spam di ruangan komen. Spammer meninggalkan komen yang merepek, yang takde kaitan dengan entri beserta dengan pautan (link) yang meragukan.

Nasib baik plugin WP-Spamfree dan Akismet berjaya block komen-komen spam time tu.

Tapi ada jugak la 2-3 komen yang terlepas dari sekatan. Dalam sehari boleh dikatakan ada antara 10-20 komen spam yang akan masuk. Kalau tiap-tiap hari macam ni boleh kejang tangan aku nak membuang komen-komen spam tu.

Serangan Spam Komen

Hasil carian Google dan aktiviti blogwalking, aku dapati Kak Jie juga mengalami masalah serangan spam di ruangan komen.

Kak Jie ada buat satu entri berkenaan masalah spam di blog dia tu. Berpandukan entri tersebut, kini aku sedang cuba plugin WordPress yang disarankan iaitu Growmap Anti Spambot Plugin (GASP).

Plugin Growmap Anti Spambot Plugin (GASP) ni akan menambah satu checkbox di ruangan komen yang memerlukan komentar ‘tick’ pada checkbox tersebut bagi memastikan mereka bukan spammer.

Ianya lebih memudahkan berbanding plugin yang memerlukan komentar menaip balik teks CAPTCHA atau menyelesaikan masalah matematik.

GASP checkbox

Plugin GASP ni menggunakan JavaScript. So, ianya akan menghalang ‘spam bots’ daripada melihatnya dan mampu menyekat 99% komen-komen automatik daripada spam bots.

Oleh itu, bagi mengelakkan korang tak dapat komen di blog ni, pastikan browser korang dalam keadaan ‘JavaScript Enabled’. Sekiranya browser korang telah disable JavaScript, korang takkan nampak checkbox di ruangan komen.

Kalau ada nampak checkbox tu, pastikan korang ‘tick’ pada checkbox tersebut sebelum hantar komen. Kalau korang tak ‘tick’ korang akan dapat alert macam ni:

comment checkbox untick

Sesetengah rakan blogger ada bagitau aku yang dia tak boleh komen di entri blog ni walaupun browser dah enable JavaScript. Ada keluar alert box macam gambar kat bawah.

Masalah ni aku pon tak pasti kenapa. Cuma aku nak ingatkan, bila korang ada nampak checkbox di ruangan komen dalam entri-entri blog ni, pastikan korang ‘tick’ di checkbox tu untuk sahkan korang manusia, bukannya spammer.

javascript disable

Harap korang dapat inform aku sekiranya korang alami masalah susah nak komen di entri-entri blog ni. Aku masih mencuba plugin GASP ni. So, mungkin ada tersalah setting ke, tak sesuai dengan blog ke, atau apa-apa ke.

Harap dapat bantuan daripada kalian semua.

Peringatan kepada para komentar!
DILARANG sama sekali MASUKKAN PERMALINK di bahagian URL atau di bahagian komen. Blog ni dah dilengkapi dengan plugin CommentLuv. Link entri blog korang secara automatik akan keluar di ruangan komen sebelum korang hantar komen korang tu.

Korang juga ada sebanyak 10 pilihan boleh dibuat untuk tentukan entri blog korang yang mana satu (10 entri terkini) yang ingin korang paparkan bersama komen.

Sekiranya ada juga yang masukkan permalink, aku takkan buang permalink dah lepas-lepas ni. Aku delete terus komen tu. Harap maklum!

Facebook Twitter WhatsApp

No related posts.

Kategori : WordPress Keyword : adab memberi komen, alien masuk blog aku, cara halang spam di komen blog, commentluv, Growmap Anti Spambot Plugin, jangan spam blog orang, plugin wordpress anti-spam, serangan spam comment, spam bots yang jahat, spammer takde otak, tandakan kotak checkbox, tatasusila memberi komen, tips tulis komen di blog

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Pengalaman ‘Buat Projek’ Dalam Jamban
Next article:
Panduan Cari Kerja dan Tips Temuduga

75 Comments

  1. Faris says

    05/06/2011 at 1:45 AM

    Wow! Nice tutorial…harap-harap ini adalah lebih baik berbanding dengan Akismet yang hanya tahu bantai poket orang tiap2 bulan je… :biggrin:

    Reply
  2. Ali ridha says

    15/12/2010 at 3:10 PM

    geram bila dengar cerita
    pasal spam komen ni.

    Reply
  3. Ali ridha says

    15/12/2010 at 3:03 PM

    bersamalah kita buat baik
    sesama blogger.

    Reply
  4. seepot seedo says

    04/12/2010 at 11:25 AM

    salam anarm…

    ade penyelesaian tak untuk spam yg menyerang di blogspot?
    tolong sangat-sangat.

    q.

    Reply
    • Ali ridha says

      15/12/2010 at 3:06 PM

      @seepot seedo, blogspot ada spam komen ke.

      Reply
      • seepot seedot says

        17/12/2010 at 11:09 PM

        ada…
        mcm mn nak atasi spam yg menyerang kat blogspot?

        Reply
        • Affan says

          06/01/2011 at 4:21 AM

          @seepot seedot, kena buat comment moderation je lah. takde cara lain rasanya

          Reply
  5. akubiomed says

    04/12/2010 at 1:49 AM

    Nak cerita spam baru kena ganyang spammer dari Indon. Apalah dosa saya

    Reply
  6. RedBoys says

    03/12/2010 at 6:29 PM

    skrg makin ramai yg pkai plugin ni ye. termasuk saya. haha.

    Reply
  7. Liyana says

    27/11/2010 at 3:53 PM

    baru try gasp ni…
    blog tak fofuler pom spam menyerang non stop.. haih haih haih

    Reply
  8. wandisini says

    26/11/2010 at 4:12 PM

    kalau ada kesan yang tak elok menggunkan GASP ini tolong update eh. aku yang tak banyak ilmu ni nak tahu gak buruk dan baiknya GASP
    sekarang menggunaka akismet je.

    Reply
  9. Adlan Khalidi says

    26/11/2010 at 10:09 AM

    Salam. Bagus gak tips pasal spam ni. Aku pun mengalami masalah spam yang agak banyak. Yang aku tau cuma akismet je. nanti nak try yang dicadangkan. terima kasih!

    Reply
  10. zik says

    26/11/2010 at 3:17 AM

    wah… menarik nih.. dah ramai yang menggunakannya… aku akan pertimbangkannya… hehe… :biggrin:

    Reply
  11. shawn says

    26/11/2010 at 1:36 AM

    kalau tak pakai akismet..ntah bpe bnyk spam ade dlm ruangan komen..huhu

    Reply
    • Anarm says

      26/11/2010 at 2:46 AM

      @shawn, aku dah tak pakai akismet.. pkai plugin GASP ni je.. test tengok setakat mana GASP bleh halang serangan spammer..

      Reply
      • Affan says

        06/01/2011 at 4:22 AM

        @Anarm, aku rasa GASP lebih baik dari akismet. tapi tengok blog jugak, akismet kat blog aku masih elok. mungkin kena upgrade, ada bugs agaknya

        Reply
  12. kulanz says

    26/11/2010 at 1:31 AM

    Salam bro, akupun baru juga try plugin GASP ni.. sebelum ni guna Akismet tapi tak pasal2 Akisemt tu rupanya tak sesuai dengan theme sekarang ni.. setakat ni memang xda lagi spam masuk.. tapi tak taulah kalau problem pasal javascript tu muncul plk nanti..

    Reply
    • Anarm says

      26/11/2010 at 2:45 AM

      @kulanz, aku pon dah tak pakai akismet.. pkai GASP ni je.. buat masa ni spam komen masih zero..

      Reply
  13. As says

    25/11/2010 at 10:55 PM

    Mmg buang masa nak delete komen spam ni..apapun sama2lah menghadapi spammer ni dan terima kasih kerana berkongsi maklumat yang berguna terutama blogger baru spt aku ni.

    Reply
    • Anarm says

      25/11/2010 at 11:47 PM

      @As, spammer ni takkan berhenti selagi diorang tak dapat ape diorang nak.. huhu.. thanks 4 visit blog tak best ni.. :blush:

      Reply
      • As says

        26/11/2010 at 11:06 AM

        @Anarm, Cantik blog bro..saya suka button naik keatas sblh kanan tu..kongsi sikit cam ner nak buat..thankz. :smile:

        Reply
  14. syahrilhafiz says

    25/11/2010 at 7:26 PM

    tak bolos lagi ke bro Growmap ni..hehe
    banyak ah kes spam sekarang
    musim dia kot~~

    Reply
    • Anarm says

      25/11/2010 at 11:45 PM

      @syahrilhafiz, setakat ni takde bolos lagi.. mcm bagus je plugin ni.. :w00t:

      Reply
  15. bolamalaysia says

    25/11/2010 at 12:51 PM

    Ala anarm baru 14 spam je. By the way, thanks untuk plugin serbaguna tu nanti eden boleh torai ;)

    Reply
  16. Mohd Isa says

    25/11/2010 at 1:39 AM

    oho, patutlah aku komen aritu tak boleh. pasal plugin ni la yerk. aku bergantung pada akismet je skg ni. setakat ni ok lg, sbb aku sendiri pantau satu2 komen yg diberikan. mana yg taruk permanlink dlm link mmg aku delete terus. malas nak layan dah. hehe

    Reply
    • Anarm says

      25/11/2010 at 2:27 AM

      @Mohd Isa, spammer dh takde lepas pkai plugin ni.. terbaik!! komen yg ada permalink aku pon akan delete jugak lepas2 ni.. dh naik lemak sgt diorang tu.. nk jalan senang je promot entri.. silap sendiri la komen kene delete sbb letak permalink.. :getlost:

      Reply
      • Mohd Isa says

        26/11/2010 at 5:47 AM

        @Anarm, aku baru je bertukar ke plugin ni. deactive terus akismet aku. ramai dah pakai plugin ni. so aku pun nak pakai gak la. kebykkn yg masukkan permalink kat form tu aku rasa byk blogger dari seberang. tak silap aku la. dah sediakan comluv pun nak masukkn lg. budus…hehe

        Reply
  17. Ayie says

    24/11/2010 at 9:50 PM

    aku malas nak buang komen yang menggunakan permalink.. lau dulu guna akismet.. huh.. memang dorang di anggap spammer la.. tapi skg ni.. blog aku bebas dpd komen spam ni.. huhuhuhuh best plugin ni

    Reply
  18. sollehahn says

    24/11/2010 at 11:16 AM

    thanx for the info bro..blog aku pun dah mula dibanjiri spam skang…tp setakat ni akismet masih mampu membendung…

    Reply
  19. lazaac says

    23/11/2010 at 12:39 PM

    sy lebih prefer remove koemn spam secara percuma… :)

    Reply
  20. sumijelly says

    22/11/2010 at 3:56 PM

    tu la..ramai gak yg tinggalkan link masa tinggalkan komen..

    kalu blogspot tak per.. ni wordpres… dah ada comment luv pun tak pueh gak..hehehe

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 9:22 PM

      @sumijelly, undang2 baru kat blog ni.. sebarang komen mengandungi permalink akan didelete tanpa ragu2.. hehe..

      Reply
  21. Fitrihadi says

    22/11/2010 at 7:28 AM

    kalau dalam sehari aku dapat 1 atau dua spam je..takde ar teruk sangat… tapi sometimes ada yg bukan spam masuk ke dalam spam comment..adeh memang rupanya diorang letak permalink kat ruangan url tu..adeh tapi takpe..demi reader kita edit ar bagi diorang masuk dalam ruangan komen..chill je :)

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 9:20 PM

      @Fitrihadi, sebelum ni aku pon delete gak permalink tu seblom approve.. tp ada gak yang komplen nape aku delete permalink kt komen dia tu.. siap contact anta email.. nak taknak, aku set undang2 untuk blog ni, delete terus komen2 yg ada permalink..

      takde guna la aku pasang plugin CommentLuv kalo semua pakat nak taruk permalink kat komen.. huhu..

      Reply
  22. jaws says

    22/11/2010 at 3:38 AM

    sebelum ni aku susah nk komen..
    rupanya sebab ni..
    aku taktau plak spam komen ni masalah berat..
    sehari aku dapat 20-30 spam kat komen tu..

    Reply
    • JundullahOsman says

      22/11/2010 at 7:11 PM

      @jaws, banyak tu, kalu dah sampai, 20-30 sehari

      Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 9:14 PM

      @jaws, jenuh kot nak delete komen2 spam tu.. kadang2 aku delete je terus semua komen dalam kategori spam.. tapi hari tu ade terperasan, terdelete sekali komen rakan blog yg secara tak sengaja termasuk dalam kotak spam.. sian plak komen panjang2 pastu aku terdelete.. aku jugak yg rugi.. huhu

      Reply
  23. samanosuke_04 says

    22/11/2010 at 2:23 AM

    ooo, maksudnye takleh letak url blog yang panjang2 tue kan? letak yang homepage jer?

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 9:12 PM

      @samanosuke_04, yup.. betul tu.. just letak link homepage je.. nanti plugin CommentLuv automatik akan ‘tarik’ entri terbaru dari homepage tu.. kalau tengok kat bahagian bawah kat setiap komen dalam blog ni, ada tertulis

      Post terbaru “NAMA BLOGGER” di blog beliau.. “LINK ENTRI TERKINI”

      Reply
  24. pejol says

    21/11/2010 at 11:52 PM

    pengguna free hosting ni perlu takut gak pd spam ni ke?

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 9:08 PM

      @pejol, free hosting (blogspot/wordpress.com) tak perlu risau sangat kot pasal komen2 spam macam ni.. kecuali kalau pakai free hosting yang ada cpanel atau direct admin, maksudnya yang boleh pasang script dr WordPress.org

      Reply
      • shaharil says

        23/11/2010 at 3:07 AM

        @Anarm, yang guna domain co.cc dan setarafnya macam mana pulak?

        Reply
        • Anarm says

          23/11/2010 at 4:11 AM

          @shaharil, camne ek nk ckp? co.cc tu sekadar nama domain.. co.cc + blogspot = masih dibawah kawalan google.. kalau co.cc + hosting + wordpress.org = 100% bawah kawalan kita..

          *aku dah tak paham ape aku tulis.. hahaha..*

          Reply
  25. Syafrizal says

    21/11/2010 at 5:39 PM

    Memang tensen pasal Spam ni.. tapi aku gunakan plugin tu dah kurang dah. Disarankan pada blogger WordPress gunakan plugin Growmap Antispam.

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 9:04 PM

      @Syafrizal, ko pon pakai plugin GASP ni ek? ade tak yang merungut cakap tak boleh nak komen atau susah nk komen?

      Reply
      • Syafrizal says

        22/11/2010 at 9:10 PM

        @Anarm, rasanya takde lagi.. :biggrin:

        Reply
  26. Farahwahida says

    21/11/2010 at 5:23 PM

    sy ingtkan sy je yg kena masalh spam merat2 kat blog ni,tp rupanya ada lagi..btw thanks sebab buat entri ni yer..nk try ler test plugin tu,mane tau jadi ke:)

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 9:03 PM

      @Farahwahida, sama2.. bende2 yg memberi manfaat macam ni memang perlu dikongsi.. khas untuk pengguna2 WordPress.. :wink:

      Reply
  27. shaharil says

    21/11/2010 at 1:49 PM

    Ramai jugak blogger yang menggunakannya. Buat masa, aku masih mempertimbangkannya untuk test kat blog.

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 9:02 PM

      @shaharil, aku pon masih test kat blog ni.. sebab plugin ni recommended by blogger yg power (kak jie & ariffshah).. kalau ade terima komplen ckp tak bleh atau susah nak komen, mungkin akan cari plugin lain..

      Reply
  28. serol says

    21/11/2010 at 1:38 PM

    harap2 lepas ni tak ada prob dah org lain nak komen2.. :D
    byk gile spam ni, blog aku pun ada gak sikit2..nsb baik blogspot skrg dah pandai tapis2 komen spam..

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 8:59 PM

      @serol, blogspot takde masalah sangat kot sebab system die dipantau oleh Google.. pengguna WordPress je yang banyak kena masalah ni sebab blog 100% dikawal oleh diri sendiri..

      Reply
  29. fitri says

    21/11/2010 at 1:22 PM

    komen tak berkaitan dgn post pulak..adoi..bikin panaz..haha

    neway thkz bro!

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 8:58 PM

      @fitri, bagi komen yang tak berkaitan dengan post tu biasanya salah satu perangai individu yang join bende2 yg kononnya bleh buat duit internet (scam).. memang bikin panazz.. :angry:

      Reply
  30. katak says

    21/11/2010 at 12:49 PM

    everyday-ee-yah– yeah! yeah! yeah!

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 8:56 PM

      @katak, nasib baik kt komen takde link promote bende merepek.. kalo tak aku dah delete dah komen ni.. :whistle:

      Reply
  31. merahs says

    21/11/2010 at 12:34 PM

    salam. aku juga mengalami masalah yang sama gak . tapi itu dulu, kini tidak lagi setelah aku aktifkan ‘pengesahan perkataan’ dari bahagian ‘setting ulasan’ yang telah disediakan oleh pihak Blogger itu sendiri…

    Reply
  32. MuJE says

    21/11/2010 at 12:27 PM

    nape boleh byk sgt spam ekh? sebab blog ranking tinggi dah ke? or camne?

    Reply
    • shaharil says

      21/11/2010 at 2:02 PM

      @MuJE, sebab nak buat backlink kat blog kita. itu jelah aku tau.

      Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 8:55 PM

      @MuJE, tak tau la kenapa.. mungkin jugak kot.. spammer memang suka attack blog2 yg hebat macam blog ni.. *perasan* kah3.. :lol:

      Reply
      • MuJE says

        22/11/2010 at 9:54 PM

        @Anarm, ceh, nyesal tanye…haha

        Reply
        • Anarm says

          22/11/2010 at 10:50 PM

          @MuJE, sape suruh tanye.. hahaha :silly:

          Reply
  33. wazy says

    21/11/2010 at 11:53 AM

    Aku dulu guna plug in CAPTCHA tapi macam tak best lak
    sekarang ni guna spam by math tu
    dapat gak la elakkan spam

    Reply
    • fitri says

      21/11/2010 at 1:23 PM

      @wazy,
      captcha leceh nak guna..
      masuk kan authentication words la ape la..

      guna ni lg senang…tick je..xtau la kalo spambot tu pandai tick lak pasni..hehehe

      Reply
      • Anarm says

        22/11/2010 at 8:53 PM

        @fitri, kalau pasni spambot pandai main tick tick, kita cari plugin lain.. wordpress kan power.. huhu

        Reply
    • JundullahOsman says

      22/11/2010 at 7:13 PM

      @wazy, Capcha boleh menyebabkan pengomen malas nak komen. hehe

      Reply
      • Anarm says

        22/11/2010 at 8:53 PM

        @JundullahOsman, betul tu.. aku salah sorang yg malas nak isi kotak captcha.. dah la susah nak baca..

        Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 8:50 PM

      @wazy, CAPTCHA buat orang jadi malas nk komen (contoh macam aku ni).. plugin matematik tambahan tu pon ok gak.. spam bots tak reti jawab soalan matematik.. kecuali spammer tu dalam bentuk manusia.. diorang memang terbukti rajin isi kotak CAPTCHA ngan jawab soalan matematik.. asalkan dapat promot link kat komen.. haha..

      Reply
  34. mohzam says

    21/11/2010 at 11:04 AM

    Terima kasih atas info yang di berikan..

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 8:47 PM

      @mohzam, kasih diterima.. :lol:

      Reply
  35. ..ein.. says

    21/11/2010 at 10:28 AM

    nak test komen kat sini je…aritu nak komen x boleh…keluar box yg 2nd tu…huhu

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 8:47 PM

      @..ein.., hari tu mungkin tak tick kat kotak kot.. sebab tu keluar box macam tu..

      Reply
      • arnamee says

        25/11/2010 at 1:46 AM

        @Anarm, Salam. samelah ein. aritu boleh tak perasan kena tick .haha:P

        Reply
  36. JundullahOsman says

    21/11/2010 at 10:23 AM

    anarmmmm
    aku ingatkan, aku sorang je yg teruk kene spamming ni.
    well, thanks a lot kat ko, bagi idea untuk plug in baru ni.
    halang cepat spam dari membiak. hehe

    Reply
    • Anarm says

      22/11/2010 at 8:46 PM

      @JundullahOsman, sebelum ni layan je delete komen2 spam.. pastu skrg rasa makin menjadi2 plak.. 1 hari tak online, bila login masuk dashboard je, tengok komen spam berlambak.. dah tak tahan mengadap komen2 spam..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy