Mandi Air Terjun Lata Kinjang

Semalam aku, isteri tercinta dan mak abah aku pergi berkelah di Air Terjun Lata Kinjang. Dah lama tak mandi air terjun. Mulanya ingat nak pergi berdua dengan wife aku. Tapi mak abah aku cakap nak follow, aku ok je. Abah aku ikut sekali senang sikit dia boleh tunjukkan jalan pergi ke sana. Aku ni jenis susah nak ingat jalan walaupun dah pernah pergi sebelum ni.

Kalau abah aku tak ikut semalam mungkin aku terpaksa guna aplikasi Waze (GPS) di telefon Android aku untuk tunjukkan jalan ke Air Terjun Lata Kinjang.

kampung orang asli lata kinjang

Air Terjun Lata Kinjang ni terletak di Chenderiang kira-kira 18 KM dari Tapah. Dari jauh dah boleh nampak air terjunnya yang tinggi. Lokasinya di perkampungan orang asli. Kitorang sampai sana pukul 12 tengahari. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari kampung aku di Chenderong Balai.

Plan asal nak pergi waktu pagi tapi aku terbangun lambat pulak. Nasib baik time tu orang tak ramai sangat. Tempat letak kereta pun ada banyak kosong.

dah sampai air terjun lata kinjang

muka happy nak mandi air terjun lata kinjang
Wife aku asyik senyum je, tak sabar nak mandi air terjun la tuu

Lokasi pilihan mandi-manda di Air Terjun Lata Kinjang cuma di bahagian bawah je sebab kesian kat mak abah aku mesti tak larat nak berjalan naik bahagian atas.

Aku pun tak pernah lagi naik bahagian atas. Rasanya kat atas mesti ada tempat lagi best untuk mandi. Tapi kat bahagian bawah tu pun dah cukup best. Air dia sejuk betul.

air terjun lata kinjang tapah perak

mandi air terjun

Aku tak mandi sangat pun semalam, cuma temankan isteri sebab dia yang teringin sangat nak mandi air terjun Lata Kinjang lepas tengok adik aku post gambar Lata Kinjang kat Facebook. Aku layan berendam dalam air je, lepas tu duduk bawah air terjun. Air dia memang sejuk giler.

Sambil berendam dalam air aku layan tengok beberapa orang yang berani mati buat aksi menggelongsor turun dari batu tempat air terjun mengalir. Abah aku cakap itu anak-anak orang asli. Orang luar takde siapa yang berani buat aksi bahaya macam tu. Melantun-lantun badan diorang bila menggelongsor atas batu, lepas tu lompat masuk dalam air. Gila betul..

mandi air terjun lata kinjang

Bila dah puas mandi-manda, perut jadi rasa lapar. Menu tengahari kitorang makan mee rojak yang dibungkus dari rumah. Sedap dia rasa lain macam. Sedap sangat. Padahal dah selalu makan mee rojak tu. Agaknya sebab makan dalam suasana kawasan air terjun kot.

mee rojak

makan mee rojak

Lepas dah selesai makan, terus salin pakaian di tandas yang disediakan kat situ dan bersiap untuk balik rumah sebab dah masuk waktu solat Zohor.

kedai air terjun lata kinjang
Kedai-kedai yang terdapat di Air Terjun Lata Kinjang

Aku rasa aku dah ingat jalan nak ke Air Terjun Lata Kinjang. Lain kali bila balik kampung di Perak mungkin dah boleh pergi sendiri. Seronok mandi Air Terjun Lata Kinjang.

31 Comments

  1. seronok tu… dah dkt lata kinjang ni nga tempat keje saya :) tapi sy n family selalu ke kuala woh.

  2. Sesungguhnya mandi kat air terjun cenggini lebih nikmat dari mandi kat laut…. hohohoo

  3. selalu singgah di sini kalau balik KL semula dari kampung. kalau panjat sampai atas pun tempatnya menarik. kolam pun dalam gak. larat tak larat je

  4. pernah pergi tempat nie…

    mmg santai gler…

    tp time pergi ari tu xdirancang…

    rasa nak pergi lar lar bila tgk gmbar2 nie…

  5. Part makan tu la yang paling “heaven”! :D

  6. Orang cakap air terjun ni memang tinggi..tapi saya belum pernah sampai sana lagi..

  7. tang makan tu yg menyelerakan lepas berendam ni :)

  8. da lama tak mandi air terjun :)

  9. 1. Cantek Lata Kinjang ni…dan kena jugak carik masa bawak anak bini ke sini..hehe
    2. “Dalam” tu tmpat bro berendam..hehehe
    3. Bila lapor, apa2pun rasa sodap…keh3
    4. thanks bro berkongsi…teruja pulak ambe nak p

    • Memang “dalam” tempat aku mandi hari tu.. Haha.. Tak berani nak pergi tempat dalam2.. Tak reti berenang.. Hee.. Main air kat tempat cetek pun seronok jugak..

  10. sy pernah ke sana tpi kwsan mmg agak sesak..lagi bt germa tmpt nak parking tka der…mmg letak celah2 kereta org.kmi tak mandi masa tu cuma singgah jer…

  11. penat singah mandi manda lama dulu
    nampak dah menarik kedai jualan :)

  12. tak pernah gi air terjun lata kinjang, hanya nampak dari tepi highway jer…nampak mmg superb…

    • Ada masa nanti mungkin boleh try pergi Air Terjun Lata Kinjang.. Best tempat dia.. Tengok air terjun dia dari tepi highway pun dah nampak menarik.. Kalau pergi mandi kat situ lagi best.. Air dia pun sejuk..

  13. tempat aku lepak setiap kali balik pahang waktu kecik-kecik dulu..

  14. Kali terakhir aku pergi mandi-manda di air terjun tahun lepas,tahun ni belum ada perancangan pulak..mungkin kena cilok cuti dan rehatkan minda sambil berendam di air terjun

  15. bestnya mandi-manda…paling best lepas penat2 mandi, isi perut pulak..hehe..

  16. Memang seronokpergi berkelah di kawasan air terjun. Seronok melihat anak-anak bermain air.

  17. bez2..
    lme x berkubang kt tmpt2 camni..
    hihi

  18. Dah lama saya tak main air macam ini,tengok bulan enam nanti nak pergi kampung

  19. Wahhh..seronok anarm main air..mengalahkan aksi seorng budak ni..hahaha..seronoknya dapat berkelah mcam ni..

Leave a Reply