AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Makan-Makan » Mandi Air Terjun Lata Kinjang

Mandi Air Terjun Lata Kinjang

31/03/2013 Anarm 31 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

Semalam aku, isteri tercinta dan mak abah aku pergi berkelah di Air Terjun Lata Kinjang. Dah lama tak mandi air terjun. Mulanya ingat nak pergi berdua dengan wife aku. Tapi mak abah aku cakap nak follow, aku ok je. Abah aku ikut sekali senang sikit dia boleh tunjukkan jalan pergi ke sana. Aku ni jenis susah nak ingat jalan walaupun dah pernah pergi sebelum ni.

Kalau abah aku tak ikut semalam mungkin aku terpaksa guna aplikasi Waze (GPS) di telefon Android aku untuk tunjukkan jalan ke Air Terjun Lata Kinjang.

kampung orang asli lata kinjang

Air Terjun Lata Kinjang ni terletak di Chenderiang kira-kira 18 KM dari Tapah. Dari jauh dah boleh nampak air terjunnya yang tinggi. Lokasinya di perkampungan orang asli. Kitorang sampai sana pukul 12 tengahari. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari kampung aku di Chenderong Balai.

Plan asal nak pergi waktu pagi tapi aku terbangun lambat pulak. Nasib baik time tu orang tak ramai sangat. Tempat letak kereta pun ada banyak kosong.

dah sampai air terjun lata kinjang

muka happy nak mandi air terjun lata kinjang

Wife aku asyik senyum je, tak sabar nak mandi air terjun la tuu

Lokasi pilihan mandi-manda di Air Terjun Lata Kinjang cuma di bahagian bawah je sebab kesian kat mak abah aku mesti tak larat nak berjalan naik bahagian atas.

Aku pun tak pernah lagi naik bahagian atas. Rasanya kat atas mesti ada tempat lagi best untuk mandi. Tapi kat bahagian bawah tu pun dah cukup best. Air dia sejuk betul.

air terjun lata kinjang tapah perak

mandi air terjun

Aku tak mandi sangat pun semalam, cuma temankan isteri sebab dia yang teringin sangat nak mandi air terjun Lata Kinjang lepas tengok adik aku post gambar Lata Kinjang kat Facebook. Aku layan berendam dalam air je, lepas tu duduk bawah air terjun. Air dia memang sejuk giler.

Sambil berendam dalam air aku layan tengok beberapa orang yang berani mati buat aksi menggelongsor turun dari batu tempat air terjun mengalir. Abah aku cakap itu anak-anak orang asli. Orang luar takde siapa yang berani buat aksi bahaya macam tu. Melantun-lantun badan diorang bila menggelongsor atas batu, lepas tu lompat masuk dalam air. Gila betul..

mandi air terjun lata kinjang

Bila dah puas mandi-manda, perut jadi rasa lapar. Menu tengahari kitorang makan mee rojak yang dibungkus dari rumah. Sedap dia rasa lain macam. Sedap sangat. Padahal dah selalu makan mee rojak tu. Agaknya sebab makan dalam suasana kawasan air terjun kot.

mee rojak

makan mee rojak

Lepas dah selesai makan, terus salin pakaian di tandas yang disediakan kat situ dan bersiap untuk balik rumah sebab dah masuk waktu solat Zohor.

kedai air terjun lata kinjang

Kedai-kedai yang terdapat di Air Terjun Lata Kinjang

Aku rasa aku dah ingat jalan nak ke Air Terjun Lata Kinjang. Lain kali bila balik kampung di Perak mungkin dah boleh pergi sendiri. Seronok mandi Air Terjun Lata Kinjang.

Facebook Twitter WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Durian Crepe Sedap
  • Rehatkan Minda di Taman Seri Empangan Putrajaya
  • Pokis @ Kuih Keretapi

Kategori : Makan-Makan, Santai, Travel Keyword : air terjun lata kinjang, air terjun sejuk, air terjun tertinggi, berkelah di air terjun, kawasan rekreasi perak, lokasi air terjun, mandi air terjun lata kinjang, perkampungan orang asli

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Telemarketer Jual Insurans Minta Maklumat Peribadi
Next article:
Parlimen Malaysia Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini

31 Comments

  1. Ibu Mifzal Arsyad says

    04/04/2013 at 2:43 PM

    seronok tu… dah dkt lata kinjang ni nga tempat keje saya :) tapi sy n family selalu ke kuala woh.

    Reply
  2. hazman aka species1980 says

    04/04/2013 at 1:54 PM

    Sesungguhnya mandi kat air terjun cenggini lebih nikmat dari mandi kat laut…. hohohoo

    Reply
  3. Ladfe Amir says

    04/04/2013 at 10:40 AM

    selalu singgah di sini kalau balik KL semula dari kampung. kalau panjat sampai atas pun tempatnya menarik. kolam pun dalam gak. larat tak larat je

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 11:11 AM

      Aku tak pernah lagi panjat sampai atas.. Tiap kali pergi biasa mandi kat belah bawah je..

      Reply
  4. Nazerin says

    02/04/2013 at 12:32 PM

    pernah pergi tempat nie…

    mmg santai gler…

    tp time pergi ari tu xdirancang…

    rasa nak pergi lar lar bila tgk gmbar2 nie…

    Reply
  5. anif says

    02/04/2013 at 9:20 AM

    Part makan tu la yang paling “heaven”! :D

    Reply
  6. Hairul Azni says

    02/04/2013 at 1:40 AM

    Orang cakap air terjun ni memang tinggi..tapi saya belum pernah sampai sana lagi..

    Reply
  7. auc says

    01/04/2013 at 6:41 PM

    tang makan tu yg menyelerakan lepas berendam ni :)

    Reply
  8. syaifuddin alias says

    01/04/2013 at 3:35 PM

    da lama tak mandi air terjun :)

    Reply
    • Anarm says

      01/04/2013 at 5:26 PM

      Ajak geng2 blogger pergi mandi air terjun best jugak ni..

      p/s: blog bro ada error url feed dan linkwithin..

      Reply
  9. hafizmd says

    01/04/2013 at 1:36 PM

    1. Cantek Lata Kinjang ni…dan kena jugak carik masa bawak anak bini ke sini..hehe
    2. “Dalam” tu tmpat bro berendam..hehehe
    3. Bila lapor, apa2pun rasa sodap…keh3
    4. thanks bro berkongsi…teruja pulak ambe nak p

    Reply
    • Anarm says

      01/04/2013 at 1:47 PM

      Memang “dalam” tempat aku mandi hari tu.. Haha.. Tak berani nak pergi tempat dalam2.. Tak reti berenang.. Hee.. Main air kat tempat cetek pun seronok jugak..

      Reply
  10. suri says

    01/04/2013 at 12:37 PM

    sy pernah ke sana tpi kwsan mmg agak sesak..lagi bt germa tmpt nak parking tka der…mmg letak celah2 kereta org.kmi tak mandi masa tu cuma singgah jer…

    Reply
  11. Sop says

    01/04/2013 at 11:39 AM

    penat singah mandi manda lama dulu
    nampak dah menarik kedai jualan :)

    Reply
  12. sukma says

    01/04/2013 at 9:44 AM

    tak pernah gi air terjun lata kinjang, hanya nampak dari tepi highway jer…nampak mmg superb…

    Reply
    • Anarm says

      01/04/2013 at 11:23 AM

      Ada masa nanti mungkin boleh try pergi Air Terjun Lata Kinjang.. Best tempat dia.. Tengok air terjun dia dari tepi highway pun dah nampak menarik.. Kalau pergi mandi kat situ lagi best.. Air dia pun sejuk..

      Reply
  13. titan says

    31/03/2013 at 5:32 PM

    tempat aku lepak setiap kali balik pahang waktu kecik-kecik dulu..

    Reply
    • Anarm says

      01/04/2013 at 11:21 AM

      Sekarang dah besar lepak situ lagi tak?

      Reply
      • titan says

        02/04/2013 at 6:01 PM

        kalau balik aku lepak la. haha..

        Reply
  14. wazy says

    31/03/2013 at 3:11 PM

    Kali terakhir aku pergi mandi-manda di air terjun tahun lepas,tahun ni belum ada perancangan pulak..mungkin kena cilok cuti dan rehatkan minda sambil berendam di air terjun

    Reply
    • Anarm says

      01/04/2013 at 11:00 AM

      Kena plan pergi dengan kawan2.. Pergi ramai lagi best nak mandi-manda kat air terjun..

      Reply
  15. Mama I.A says

    31/03/2013 at 2:20 PM

    bestnya mandi-manda…paling best lepas penat2 mandi, isi perut pulak..hehe..

    Reply
    • Anarm says

      01/04/2013 at 10:57 AM

      Isi perut lepas mandi memang best.. Lepas tu balik tidur sebab kepenatan..

      Reply
  16. akubiomed says

    31/03/2013 at 1:00 PM

    Memang seronokpergi berkelah di kawasan air terjun. Seronok melihat anak-anak bermain air.

    Reply
    • Anarm says

      01/04/2013 at 10:54 AM

      Aku seronok tengok wife main air.. Anak takde lagi.. Tengok awek2 main air pun seronok jugak.. Hehe..

      Reply
  17. Katak Comel says

    31/03/2013 at 11:08 AM

    bez2..
    lme x berkubang kt tmpt2 camni..
    hihi

    Reply
    • Anarm says

      01/04/2013 at 10:52 AM

      Banyak mengadap laptop je kot.. Haha.. Sekali sekala keluar pergi berkubang kat tempat2 camni memang best..

      Reply
  18. Oneblogsocial.com says

    31/03/2013 at 10:53 AM

    Dah lama saya tak main air macam ini,tengok bulan enam nanti nak pergi kampung

    Reply
  19. Hafizul says

    31/03/2013 at 10:47 AM

    Wahhh..seronok anarm main air..mengalahkan aksi seorng budak ni..hahaha..seronoknya dapat berkelah mcam ni..

    Reply
    • Anarm says

      31/03/2013 at 12:10 PM

      Lama tak mandi air terjun sebab tu rasa seronok sangat macam budak2.. Haha..

      Reply
      • Hafizul says

        02/04/2013 at 11:04 AM

        Haha..sama lah.saya pun dah jrang pergi kat kawasan air terjun ni..biasa pergi dekat air panas ajer..huhu

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy