Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch

Pagi tadi check Gmail tengok ada terima email dari big boss bagitau tentang satu event best nak kena pergi. Kebetulan aku pun ada terima juga email jemputan ke event tu – Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013 Soft Launch.

Ingat lagi tak event MSMW 2012 yang dah berlangsung dalam bulan Februari dulu? Alaa.. yang bro Denaihati menang kategori “Best of The Best Blog of The Year” tu. Kali ni diadakan lagi untuk tahun 2013.

MSMW 2013 Soft Launch

Soft Launch atau Majlis Pra-Pelancaran Malaysia Social Media Week 2013 ni akan diadakan pada hari Jumaat, 2 November 2012 bertempat di Berjaya Times Square dari jam 4 petang hingga 8 malam.

“There will be top local artistes joining. Not enough? Top political leaders, speakers, companies, medias and more are joining too.

There will FLASH MOB by our team too!

What are you waiting for? JOIN NOW…”

Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch

Event Soft Launch Malaysia Social Media Week 2013 ni kita boleh hadir bersama rakan-rakan dan keluarga. Ada banyak permainan dan hadiah menarik menanti pada hari tersebut.

Di samping tu ada jualan T-shirt MSMW 2013 yang cantik. Siapa yang paling awal order T-shirt MSMW 2013 ni akan dapat harga diskaun. Aku berkenan yang kaler hitam tu. Kaler pink pon cantik jugak.

T-shirt MSMW 2013

Untuk order T-shirt ni hanya perlu hantar mesej peribadi (PM) kepada Facebook MSMW dengan menyatakan butiran Warna Baju, Saiz Baju (S, M, L, XL, XXL) dan Kuantiti. Kemudian akan diberitahu cara-cara seterusnya untuk pembelian baju tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Malaysia Social Media Week 2013.

Hari Jumaat ni lepas solat Jumaat aku terus gerak ke Berjaya Times Square pergi Majlis Pelancaran Malaysia Social Media Week 2013 ni. Ada sesiapa sudi temankan tak?


Update: Tak dapat jemputan pun boleh pergi. Semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk hadir dan memeriahkan Majlis Pelancaran MSMW 2013 esok (Jumaat).

MSMW2013 Invite All Malaysian

36 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *