AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Event » Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch

Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch

31/10/2012 Anarm 36 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Pagi tadi check Gmail tengok ada terima email dari big boss bagitau tentang satu event best nak kena pergi. Kebetulan aku pun ada terima juga email jemputan ke event tu – Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013 Soft Launch.

Ingat lagi tak event MSMW 2012 yang dah berlangsung dalam bulan Februari dulu? Alaa.. yang bro Denaihati menang kategori “Best of The Best Blog of The Year” tu. Kali ni diadakan lagi untuk tahun 2013.

MSMW 2013 Soft Launch

Soft Launch atau Majlis Pra-Pelancaran Malaysia Social Media Week 2013 ni akan diadakan pada hari Jumaat, 2 November 2012 bertempat di Berjaya Times Square dari jam 4 petang hingga 8 malam.

“There will be top local artistes joining. Not enough? Top political leaders, speakers, companies, medias and more are joining too.

There will FLASH MOB by our team too!

What are you waiting for? JOIN NOW…”

Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch

Event Soft Launch Malaysia Social Media Week 2013 ni kita boleh hadir bersama rakan-rakan dan keluarga. Ada banyak permainan dan hadiah menarik menanti pada hari tersebut.

Di samping tu ada jualan T-shirt MSMW 2013 yang cantik. Siapa yang paling awal order T-shirt MSMW 2013 ni akan dapat harga diskaun. Aku berkenan yang kaler hitam tu. Kaler pink pon cantik jugak.

T-shirt MSMW 2013

Untuk order T-shirt ni hanya perlu hantar mesej peribadi (PM) kepada Facebook MSMW dengan menyatakan butiran Warna Baju, Saiz Baju (S, M, L, XL, XXL) dan Kuantiti. Kemudian akan diberitahu cara-cara seterusnya untuk pembelian baju tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Malaysia Social Media Week 2013.

Hari Jumaat ni lepas solat Jumaat aku terus gerak ke Berjaya Times Square pergi Majlis Pelancaran Malaysia Social Media Week 2013 ni. Ada sesiapa sudi temankan tak?


Update: Tak dapat jemputan pun boleh pergi. Semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk hadir dan memeriahkan Majlis Pelancaran MSMW 2013 esok (Jumaat).

MSMW2013 Invite All Malaysian

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Jemputan ke Seminar Social Media MSMW 2013
  • Seminar Social Media MSMW 2014
  • Program SENYAP Vol #1.1 di Putrajaya
  • Senarai Pemenang Social Media Awards MSMW 2013

Kategori : Event Keyword : event blogger, Facebook, Malaysia Social Media Week, media sosial, MSMW 2013, Pelancaran MSMW 2013, Soft Launch MSMW 2013, T-shirt MSMW 2013

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Bau Kedai – Wordless Wednesday
Next article:
Kunci Kebahagiaan Rumahtangga Hadiah dari Kak Jie

36 Comments

  1. hasrulhassan says

    27/02/2013 at 3:00 AM

    As-Salam Anarm… dah tahu pemenang ke? Dgrnya … kalau ada undian tertinggi tak semestinya menang ye. Ada libatkan juri. :)

    Reply
  2. donnyien says

    17/11/2012 at 2:24 AM

    beruntung betul yang dapat pergi ke majlis ni

    Reply
  3. Hafizul says

    05/11/2012 at 5:13 PM

    Berapa harga tshirt ni bro??cantik jer color biru tu..hehe

    Reply
    • Anarm says

      05/11/2012 at 5:23 PM

      @Hafizul, harga tshirt RM28 sehelai.. nampak macam jualan masih dibuka.. boleh order online je kot.. masuk Facebook MSMW : facebook.com/MalaysiaSocialMediaWeek

      Reply
      • Hafizul says

        05/11/2012 at 5:25 PM

        @Anarm, ooo ok terima kasih bro..murah2..boleh ler beli…

        Reply
  4. Hazmin Hamudin says

    02/11/2012 at 11:23 PM

    tadi hantar handphone dekat plaza berjaya nampak diorang tengah bersiap2 untuk acara ni.

    Reply
  5. Bro Framestone says

    02/11/2012 at 11:58 AM

    Bro plan nak pergi hari ini.. Tapi keadaan tidak mengizinkan…

    Reply
  6. wazy says

    01/11/2012 at 9:18 PM

    Baju warna biru dan hitam tu memang cantik

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2012 at 9:13 AM

      @wazy, pink pun cantik jugak kan? :tongue:

      Reply
  7. hafizrahim says

    01/11/2012 at 8:31 PM

    macam seronok kalau pergi ni..mesti ramai blogger kat sana..tapi tarikh tu tak berapa cun..hadehh..

    Reply
  8. Affan Ruslan says

    01/11/2012 at 1:08 PM

    Nice. Nak suruh geng2 Woot Media pergilah, tak dpt pergi sbb takde kat Malaysia.

    So, tahun ni ada pertandingan blog tahun lepas ke?

    Reply
    • Anarm says

      01/11/2012 at 1:32 PM

      @Affan Ruslan, tak pasti ada ke tak pertandingan blog macam sebelum ni.. mungkin ada..

      Reply
  9. shaharil says

    01/11/2012 at 8:51 AM

    Baju warna kuning tu cantik jugak.

    Reply
    • Anarm says

      01/11/2012 at 9:06 AM

      @shaharil, betul.. kuning pun cantik.. tapi aku tetap suka baju yang kaler pink.. ehh silap, kaler hitam.. haha..

      Reply
  10. Budak Desa says

    01/11/2012 at 12:34 AM

    Lawa2 la bajunye.. :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      01/11/2012 at 9:05 AM

      @Budak Desa, memang lawa.. sape order cepat boleh dapat harga diskaun.. RM28 rasanya..

      Reply
  11. Juan says

    31/10/2012 at 8:58 PM

    ko x ajak aku pon anarm

    Reply
    • Anarm says

      31/10/2012 at 10:38 PM

      @Juan, jom la kalau nak pegi.

      Reply
  12. fazrol says

    31/10/2012 at 8:01 PM

    Dapat jemputan gak, tak tau nak p ke tak…

    Reply
    • Anarm says

      31/10/2012 at 10:37 PM

      @fazrol, aku pegi kejap je kot.. maghrib balik. ada hal..

      Reply
  13. samdaddycool says

    31/10/2012 at 7:04 PM

    Acara meriah, mesti ramai nama-nama besar yang akan hadir

    Reply
    • Anarm says

      31/10/2012 at 10:26 PM

      @samdaddycool, dia cakap ramai artis datang sana nanti..

      Reply
  14. titan says

    31/10/2012 at 6:09 PM

    sejak bila hang layan pink nih haa.. haha

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      31/10/2012 at 9:51 PM

      @titan, pink tu cantik gak tu..hehe

      Reply
    • Anarm says

      31/10/2012 at 10:24 PM

      @titan, sejak dah kawin ni aku jadi macam berminat dengan kaler pink.. tak tau kenapa.. haha..

      Reply
  15. zuls says

    31/10/2012 at 5:30 PM

    aku macam tak dapat pergi.. tapi tak tahu lagilah..

    Reply
    • Anarm says

      31/10/2012 at 10:24 PM

      @zuls, aku pegi lepas Jumaat.. pagi servis kete dulu..

      Reply
  16. azriMy says

    31/10/2012 at 3:09 PM

    wah cambest, insyallah cuba hadirkan diri nanti.. hehe

    Reply
    • Anarm says

      31/10/2012 at 10:23 PM

      @azriMy, InsyaAllah aku ada kat sana tepat kul 4 petang.. :cool:

      Reply
  17. akubiomed says

    31/10/2012 at 3:07 PM

    Dapat jemputan tetapi belum pasti pergi atau tidak.

    Reply
    • Anarm says

      31/10/2012 at 10:22 PM

      @akubiomed, kalau pergi bagitau la.. bleh lepak sama2 kat situ..

      Reply
  18. Melastik Bintang says

    31/10/2012 at 3:04 PM

    mesti best kalau dapat pergi ni…

    Reply
    • Anarm says

      31/10/2012 at 10:20 PM

      @Melastik Bintang, best kot.. jom.. jom..

      Reply
      • Melastik Bintang says

        31/10/2012 at 11:58 PM

        @Anarm, tak dapat jemputan….huhu

        Reply
        • Anarm says

          01/11/2012 at 10:09 AM

          @Melastik Bintang, aku dah tanya dengan Team MSMW.. diorang cakap tak dapat jemputan pun boleh pergi jugak.. “Semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk hadir dan memeriahkan Majlis Pelancaran MSMW 2013 itu esok”.

          Reply
          • Melastik Bintang says

            01/11/2012 at 11:39 AM

            @Anarm, owh yeke…baguslah macam tu….. :biggrin:

            Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy