Makanan yang sedap sentiasa menjadi tarikan utama bagi sesetengah orang untuk pergi ke sesebuah tempat.
Entri kali ni aku nak bercerita tentang makanan sedap di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Sekali dah merasa makanan di situ memang teringin nak makan lagi.
Minum Petang di Strawberry Park Resort
Makanan pertama yang membuka selera aku dan beberapa orang rakan semasa bercuti di Strawberry Park Resort adalah hidangan minum petangnya yang sedap sepertimana yang pernah aku ceritakan dalam entri “Percutian Menarik di Strawberry Park Resort“.
Pada awalnya aku tak berapa berselera sebab pening kepala lalu jalan bengkak bengkok macam ular untuk sampai ke situ. Bila dah mengadap menu minum petang, terus jadi berselera.
Minuman pada waktu petang tu kalau tak silap aku aku order Japanese Green Tea. Memang sedap!
Walaupun hidangannya nampak seperti boleh didapati di mana-mana, namun rasa makanannya yang sedap dan enak tu ternyata cukup berbeza. Sedap dia lain macam.
Mungkin ada resepi rahsia yang digunakan. Kalau berpeluang bercuti di sana lagi memang teringin sangat nak makan semua makanan yang ada.
Makan Malam di Strawberry Park Resort
Barbeque atau BBQ memang cukup sedap dan best dinikmati pada malam hari. Makan malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands bukan BBQ saja hidangannya, malah ada juga disediakan hidangan jenis buffet.
Kalau dah nama buffet, memang ada macam-macam jenis makanan la kan..
Untuk nikmati hidangan buffet ada tips dan cara yang tersendiri. Tips makan buffet yang biasa aku buat — makan hanya lauk-lauk seperti ayam, ikan atau daging, buah-buahan serta sayur-sayuran.
Kalau boleh elakkan hidangan nasi atau makanan yang cepat kenyang. Kerana bila perut dah kenyang, kita jadi tak larat nak jamah makanan-makanan lain.
Selain tu, elakkan minum air yang manis. Minum air mineral atau air kosong sahaja. Makanan pula hanya ambil dalam kuantiti yang sedikit. Bila dah habis, baru ambil makanan lain dengan kuantiti yang sedikit juga.
Dengan cara makan buffet yang betul membuatkan kita akan rasa berbaloi dengan apa yang kita bayar untuk makan.
Pada malam yang ada hidangan buffet tu aku ambil dan makan banyak kek sebab malam tu tiba-tiba rasa nak makan kek.
Kek yang disediakan memang sedap! Rasanya memang ikut citarasa aku.
Sarapan Pagi di Strawberry Park Resort
Kami nikmati sarapan pagi di “Jim Thompson Terrace” yang terdapat di Strawberry Park Resort.
Sarapan pagi kami disediakan dengan hidangan jenis buffet juga. Menu nasi lemak jadi pilihan aku untuk sarapan pagi.
Sejak dari kecil lagi nasi lemak adalah makanan kegemaran aku. Breakfast waktu pagi tu aku makan sikit je. Tak biasa makan banyak sebab kalau makan banyak nanti mesti asyik rasa nak ke tandas.
Selesai breakfast pada hari kedua kami jalan-jalan sekitar Cameron Highlands. Tak sempat nak singgah mana-mana kedai makan yang ada di sana.
Kami cuma singgah makan tengahari di BOH Tea Centre. Makan kek strawberry dan minum air teh BOH.
Makan Tengahari di Strawberry Park Resort
Habis saja aktiviti jalan-jalan di Cameron Highlands, kami kembali ke Strawberry Park Resort dan menikmati makan tengahari.
Hidangan berkonsep Indian Food disediakan untuk kami. Rasa macam lepak kedai mamak pulak. Tapi bila dah jamah makanan dia memang jauh lebih sedap daripada makanan di kedai mamak.
Makan Malam Romantik di Strawberry Park Resort
Malam terakhir bercuti di Strawberry Park Resort kami berpeluang cuba makan malam dalam suasana yang romantik.
Berada dalam ruang makan yang hanya diterangi dengan cahaya lilin dan lampu yang malap aku rasa sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin atau telah lama berkahwin duduk berdua-duaan untuk makan malam bersama.
Selama 3 hari kami bercuti di Strawberry Park Resort memang rasa sangat seronok. Dengan suasananya yang nyaman, ada banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat di situ.
Ditambah pula dengan makanan-makanan yang sangat sedap membuatkan rasa nak datang lagi bercuti di situ.
Sebelum pulang sempat tinggalkan sepucuk surat cinta untuk Strawberry Park Resort.
Strawberry Park Resort ada menganjurkan contest untuk semua. 3 pemenang yang bertuah akan berpeluang bercuti di Strawberry Park Resort secara PERCUMA!
Maklumat lanjut sila layari Facebook page Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Contest tamat pada 11 April 2012.
Wahhh lagi rasa teruja nak ke sana, insyaAllah awal bulan 11 akan redeem baucer menang tu :)
@Myra Jay, teruja tengok makanan ke? hehe.. nanti makan la banyak2 kat sana ek.. :tongue:
Sedapnya makanan! …… :lol:
wah…wahh.. telan air liur jer tengok gambar tu.. memang nampak sangat sedap! jeles.. :pinch:
nmpk sedap sangat nihhh, lagi lagi tang nasi lemak pada waktu malam nih :cwy:
berapa agaknyer kita kena bayar ek…makan minum n penginapan selama 3 ari kat situ???
wow menarik, dah lama x ke sana.. :biggrin:
pergh…best lak pie strawberri.. :)
Sedapnya makanan tu….kebanyakan makanan ada strawberry……
@Manan Qayyim, kat Cameron Highlands memang banyak strawberry.. dan juga teh.. sebab tu semua makanan kat situ mesti ada strawberry.. air plak mesti ada air teh macam2 jenis..
Belum pernah merasai keindahan cameron highland dan makanan sedap di sana..
@kulanz, mungkin boleh cuba join contest anjuran Strawberry Park Resort.. mana tahu nasib menyebelahi, boleh menang percutian percuma kat sana..
@Anarm, dah join juga.. mana tau ada rezeki kan.. :smile:
Aiseh.. Cerita makan-makan & gambar makanan ni buat saya laparlah! :D