Major Servis Kereta Perodua Alza

Minggu lepas aku pergi bengkel buat major servis kereta Perodua Alza aku. Dah lama sangat tak buat major servis risau jadi apa-apa masalah pulak. Mileage pun dah hampir 200,000km.

Last aku buat major servis masa mileage 40,000km. Sepatutnya setiap 40,000km lepas tu kena buat lagi major servis. Tapi aku buat servis biasa je – tukar filter, minyak enjin dan minyak gear.

Benda-benda lain yang mudah tukar kadang-kadang aku buat sendiri. Kalau tak boleh buat atau malas, baru aku bawa kereta pergi bengkel.

Major servis kereta Perodua Alza

Kos Major Servis Kereta

Major servis kereta ni kos dia agak tinggi juga lah.. Sebab banyak benda kena tukar.

Anggaran kos major servis biasanya dalam RM400 – RM500 atau mungkin lebih. Bergantung pada harga barang-barang ganti yang diguna dan upah servis di bengkel tu.

Pengguna kereta Perodua boleh rujuk ‘Perodua Service Maintenance‘ untuk tengok barang apa yang perlu diservis atau ditukar ikut mileage kereta kita. Kat bengkel pun boleh tanya sebelum buat major service tu.

Ada barang yang wajib tukar dan ada juga tambahan beberapa barang lain. Tak semestinya kena tukar semua sekali gus. Minta pomen bengkel check. Yang mana masih ok, tak perlu tukar, atau boleh je buat lain kali.

Kalau barang tu memang dah bermasalah atau rosak, sebaiknya kena tukar segera sebelum rosak lagi teruk. Mungkin kerosakan tu boleh ‘berjangkit’ ke barang lain. Nanti tak pasal-pasal kena keluar duit lebih banyak untuk baiki.

Sebagai persediaan, simpanlah duit dari sekarang untuk kos-kos penjagaan kereta. Takut nanti ada barang yang tiba-tiba kena tukar masa tu jugak, tapi tak cukup duit pula nak bayar.

Tips penjagaan kereta

Senarai Barang Major Service

Aku buat major servis hari tu dia servis dan tukar barang-barang ni.

  • Engine oil
  • Oil filter
  • Auto oil
  • Auto filter
  • Cabin air filter
  • Spark plug
  • Servis throttle body
  • Servis brake drum
  • Tukar getah spring belakang
  • Rotate tayar

Terus jadi sengkek lepas buat major servis. Huu.. Sedih.

Takpe lah.. Asalkan kereta ok dan boleh bergerak lancar bila dah diservis dengan baik.

Major servis kereta Perodua Alza

Lepas buat major service baru rasa syok sikit bawa kereta.

Alhamdulillah, kereta Alza aku ni masih di tahap yang baik rasanya walaupun dah berkhidmat 10 tahun. Pinjaman kereta pun dah habis bayar. Sekarang keluar duit untuk jaga kereta jela..

Perfume Kereta Bliese

Kereta dah servis tukar barang. Perfume pun kena tukar juga sebab dah habis. Tak best takda wangi-wangi dalam kereta.

Sekarang aku guna perfume kereta Bliese. Sebelum ni guna perfume DeXandra, tapi makin lama dah tak berbau sangat wangian dia. Agaknya sebab hidung aku ni dah terbiasa dengan bau perfume tu.

Sebab tu aku tukar perfume lain.

Perfume kereta Bliese
Perfume kereta Bliese

Aku rasa perfume Bliese ni lagi best bau dia berbanding DeXandra.

Nak guna perfume kereta Bliese boleh beli online di Shopee. Harga pun murah je..

Leave a Reply

Your email address will not be published.