Majlis Ramah Mesra Presiden PPj bersama Rakan Media

Hari Jumaat lepas aku telah hadiri “Majlis Ramah Mesra Presiden PPj bersama Rakan Media“. Majlis berlangsung di Tea Party Garden di tapak festival Floria Putrajaya 2013.

Majlis anjuran PPj ini menjemput rakan media beramah mesra dengan Presiden PPj iaitu YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat bagi menghargai semua bentuk kerjasama dan liputan meluas yang telah diberikan oleh pihak media sebelum dan sepanjang berlangsungnya Festival Bunga & Taman Putrajaya, Floria 2013.

tea party garden floria putrajaya

Hari ni merupakan hari terakhir Floria Putrajaya 2013. Rugi siapa tak pergi sebab di sana ada banyak jenis bunga-bunga yang sebahagiannya jarang dapat kita lihat.

Bagi yang tak berkesempatan kenalah tunggu tahun depan pulak. Menurut Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat (Presiden PPj) festival floria ni akan diteruskan seperti biasa pada tahun-tahun akan datang.

presiden ppj floria putrajaya

Perbadanan Putrajaya juga sedang memikirkan untuk mengubah lokasi ke Wetland-Botani tetapi masih dalam proses perancangan lagi. Mungkin juga akan dibuat dengan tema baru.

Majlis Ramah Mesra di Tea Party Garden

Majlis Ramah Mesra di Tea Party Garden

Majlis ramah mesra di Tea Party Garden pada hari tu berlangsung dengan ringkas dalam suasana taman yang nyaman dan tenang.

Kami juga dihidangkan dengan menu-menu hi-tea yang cukup enak dan menyelerakan.

hi-tea floria aputrajaya

hi-tea floria putrajaya 2013

menu hi-tea floria putrajaya

Terima kasih kepada pihak Perbadanan Putrajaya yang sudi menjemput rakan media dan blogger untuk program beramah mesra dengan Presiden PPj.

Semoga di masa-masa akan datang ada lagi program-program menarik yang akan dianjurkan.

11 Comments

  1. pakal tinggal kat Melaka jauh nun nak ke Putrajaya….best event nie…

  2. kalau ada lagi, nak join jugak lah.hehehe

  3. tahun nie dkna tak p pesta bunga…pecah rekod tak tengok bunga hehehee

  4. Untung hang selalu turun event besar2 :)

  5. Boeh dikatakan 2 tahun berturut-turut saya akam menulis entri mengenai Floria Putrajaya ini.

  6. fuhh nampak kopok lekor di situ..hehe :biggrin:

  7. Menarik juga event ni,dapat tengok Floria Putrajaya di tv je,maklum la jauh dari situ

  8. Floria Putrajaya memang best dan patut diteruskan sebagai acara tahunan.. syabas PPj!!

  9. Blogger sekarang nampaknya sudah mulai diperhatikan, banyak yang diundang di berbagai event agar bisa ikut membantu menyebarkan info dan berita termasuk anda nie
    Kedepannya semoga dunia blogger makin baik dan sukses :)

  10. Oh event ini. Maaf Bro tak dapat nak datang sebab ada event lain sedang berlangsung.

Leave a Comment