Pada minggu lepas telah berlangsungnya Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting, Selangor anjuran Kumpulan Al Ansar, eQurban dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Ramai blogger dan media yang meluangkan masa datang menyerikan majlis berbuka puasa bersama Warga Emas Warisan Kaseh, Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin serta Pelajar Tahfiz dari Maahad Ihya Al-Ahmadi yang turut bersama-sama pada hari tu.
Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh
Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh yang juga dikenali sebagai Warisan Kaseh (rumah rehat dan pusat tarbiah warga emas) tidak wujud tanggapan atau andaian sesetengah pihak bahawa rumah orang tua hanya menempatkan golongan warga emas yang dipinggir, disingkir atau ‘dibuang’ oleh anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
Warisan Kaseh melakar kelainan daripada kebiasaan rumah orang tua di negara ni apabila ada dikalangan penghuninya yang datang ke sini secara sukarela untuk bersama-sama rakan seusia menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.
RUMAH WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH
Kompleks Darul Maghfiroh Jilul Marzuki
Lot 3886, Jalan Dahlia,
Kampong Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-3187 5304 / 013-388 8234
Email: atus@streamyx.com / salmas1963@gmail.com
Melawat Rumah Warisan Kaseh
Blogger dan pihak media berkumpul di masjid negeri Shah Alam pada pukul 3 petang lebih, kemudian bertolak ke Rumah Warisan Kaseh dengan menaiki bas yang disediakan.
Alhamdulillah semua selamat tiba di lokasi majlis dan terus buat proses pendaftaran sebelum diperkenalkan tentang Rumah Warisan Kaseh dan dibawa melawat sekitar kawasan tersebut.
Rumah Warga Emas Warisan Kaseh selesa dan fasiliti serba lengkap bagi memberi keselesaan kepada penghuni-penghuninya.
Majlis Berbuka Puasa (Iftar) di Warisan Kaseh
Iftar di Warisan Kaseh cukup meriah. Blogger dan media berkumpul bersama dengan tetamu-tetamu VIP, wakil dari DPIM, pihak eQurban.com, warga emas, anak yatim, pelajar tahfiz, penduduk kampung dan ramai lagi.
Bulan Ramadhan hampir ke penghujungnya. Beberapa hari lagi Syawal bakal menjelma. “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri” kepada semua.
teringin sesangat nak pi, tapi apakan daya uwaaaaa
sori wehh..tak dapat ikut. ada hal plak last minit..
macam seronok je..mungkin lain kali boleh join jugak kot.. :happy:
wah, nampak cantik juga ya rumah kasih ni
Tidak ada rezeki untuk menghadiri majlis iftar ini.
Alhamdulillah. Niat murni sebegini yang perlu diperbanyakkan lagi, dan perlu disokong oleh serata lapisan blogger terutamanya. Lagi-lagi dalam suasana yang semakin menghampiri satu Syawal ni.
@Fadzmie,
mungkin lain kali kene perhebatkan aktiviti2 mcm ni.. :)