AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Main Perang-Perang

Main Perang-Perang

19/01/2012 Anarm 9 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp
berperang

Gambar dicrop dari entri di blog 9gag.com

Dah lama tak main perang-perang. Teringat zaman kecik-kecik dulu, bila lepas solat Asar je terus keluar pergi ‘berperang’ dengan kawan-kawan.

Berperang guna senapang kayu je. Peluru dia guna buah terung manggor. Pedih betul kalau kena tembak dengan peluru tu.

Tapi lagi pedih kena pulas telinga dengan mak abah sebab dah Maghrib tapi tak reti-reti nak balik mandi. Waktu Maghrib kena solat jemaah, lepas tu mengaji Quran sampai kena pulas telinga lagi dan nangis-nangis sebab malas mengaji. Haha.

Dah besar ni rasa teringin pula nak main perang-perang tapi dah tak boleh main perang macam masa kecik-kecik dulu. Perang paintball boleh la.

Aku tak pernah main lagi benda alah paintball tu. Takde geng nak main dan juga takde orang mengajak.

Oleh sebab tu, banyak masa aku dihabiskan depan laptop, buat design, buat tugasan-tugasan yang big boss bagi, update status Facebook, baca timeline Twitter, dan tengok gambar di Instagram.

Perang Call of Duty

Semalam datang satu perasaan gian nak berperang. Kebetulan member serumah ada installer game Call of Duty: Modern Warfare 3. Aku terus pinjam, copy dan install dalam laptop.

Aku memang giler main game askar-askar berperang. Game dia dah semakin mantap berbanding yang sebelum ni. Jalan cerita pun best, sambungan siri game COD yang lepas-lepas. Terbaik!

call of duty

call of duty

call of duty

Call of Duty: Modern Warfare 3 – The Vet & The n00b

Aku suka betul tengok video ni. Haha.. Game Call of Duty: Modern Warfare 3 ni kalau ikutkan dah dilancarkan lama dah. Aku je yang ketinggalan baru nak main. Bila dilancarkan di ‘pasaran lanun’, nak ‘menyedut’ pulak malas sebab saiz dia besar sangat.

Main game tu jangan sampai kerja lain terabai. Pandai-pandai la bahagikan masa.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : call of duty, computer games, gamer, games, modern warfare 3

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Wordless Wednesday #14 – Satu Dinar Emas
Next article:
Ingat Allah Setiap Masa

9 Comments

  1. Mohd Isa says

    03/02/2012 at 9:25 PM

    hoho…laptop aku tak mampu la plak nak main game ni…mau sangkut2 dibuatnya nnt…hehe :tongue:

    Reply
    • Anarm says

      04/02/2012 at 10:26 AM

      @Mohd Isa, kat ASUS aku bleh main tanpa sangkut.. angkat la sebijik.. baru RM2K lebih.. hehe..

      Reply
      • Mohd Isa says

        04/02/2012 at 5:29 PM

        @Anarm, itulah, aku pun duk riki U series…simpan duit dlu…hehe

        Reply
  2. titan says

    29/01/2012 at 2:50 AM

    aku still main counter strike. hehe..versi 2.5 punya. dari dulu sampai sekarang. hehe..

    Reply
  3. arrizz says

    26/01/2012 at 6:51 PM

    terbaik..2 hari lepas keluar game latest cod nie terus aku beli and habiskan dalam masa sehari..terbaik la storyline dia..cap soap mactavish mati.. :sad:

    Reply
  4. paihujey says

    23/01/2012 at 4:42 AM

    buat aku teringin nak main game la pulak..dah lama stop main game ni..hehe..dulu2 main perang2 buat dengan paip air dan belon pastu guna buah yg halus2..buah ceri/kekut..

    Reply
  5. Mus says

    22/01/2012 at 8:22 PM

    cantiklah grafiknya

    Reply
  6. akubiomed says

    20/01/2012 at 10:41 AM

    Dulu main game FPS agak pening kepala. :-)

    Reply
  7. mohzam says

    20/01/2012 at 7:49 AM

    Wow! :w00t: ni yang rasa nak pergi caribbean ni cari lanun :whistle: :devil:

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy