Maggi Kari Ketam Meletup Bucida Court

Memang terbaik hidangan dinner Maggi Kari Ketam Meletup di Bucida Court. Makan dengan kawan-kawan blogger sambil tengok siaran bola sepak Malaysia lawan Myanmar hari tu.

Tahniah kepada team Harimau Muda Malaysia yang telah menjadi Juara Pesta Bola Merdeka 2013.

Sambil gigit ketam sempat lagi kami bersorak bila team Malaysia berjaya jaringkan gol.

blogger maggi kari ketam bucida court

Bucida Court terletak di Jalan Damansara, Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Lokasinya sebaris dengan BMW, Lotus, Honda dan berdekatan dengan stesen minyak Petronas. Senang je nak cari. Cuma bagi yang baru pertama kali datang aku rasa mungkin tak perasan signboard dia.

Jalan masuk ke Bucida Court kena naik bukit. Bila dah naik jalan bukit tu ada kawasan luas disediakan untuk parkir kereta.

peta lokasi bucida court damansara
Peta lokasi Bucida Court, Jalan Damansara, Sungai Penchala, Kuala Lumpur

Lepas dah letak kereta bolehlah terus masuk ke kawasan kedai makan. Ada beberapa gerai kat situ yang menjual bermacam-macam jenis makanan. Pilih je nak rasa hidangan masakan dari mana-mana gerai. Setiap gerai ada menu istimewa tersendiri.

bucida court tempat makan menarik

Maggi Kari Ketam Miss Pah Hot Pot’s

Malam tu aku dengan beberapa orang rakan blogger datang nak makan Maggi Kari Ketam hidangan istimewa Miss Pah Hot Pot’s, salah satu gerai yang ada di Bucida Court.

Alhamdulillah rezeki kami pada malam tu, bukan saja dapat makan Maggi Kari Ketam Meletup tapi dapat juga makan hidangan dari gerai-gerai yang lain. Atas meja penuh dengan makanan dan minuman yang sedap-sedap.

Paling best aku dapat melantak semangkuk Maggi Kari Ketam Nipah. Sedap gile rasa dia!

maggi kari ketam meletup bucida court

Hidangan Maggi Kari Ketam dibuat menggunakan 2 jenis ketam iaitu Ketam Nipah dan Ketam Bunga. Ketam bunga saiz dia lebih kecil sikit berbanding ketam nipah. Ketam nipah lagi best kot sebab banyak isi terutama bahagian sepit dia.

Aku makan bahagian badan dia dulu, last sekali baru makan bahagian sepit. Layan habis makan metam sampai tak hiraukan orang lain dah.

Oleh sebab kulit ketam ni keras, kena guna alat kacip khas untuk pecahkan kulit ketam. Nak gigit guna gigi memang tak boleh. Silap gigit nanti gusi atau bibir terluka.

maggi kari ketam nipah bucida court

maggi kari ketam bunga bucida court

Memang sedap rasa Maggi Kari Ketam di Bucida Court. Kuah kari dia pun sedap – resepi asli dari pemiliknya. Bolehlah datang dan rasa sendiri Maggi Kari Ketam Miss Pah Hot Pot’s.

Selain Maggi Kari Ketam, ada menu lain yang sedap dihidangkan untuk kami. Semua dapat rasa sorang sikit setiap hidangan yang disediakan malam tu. Ada sup kambing, meatball, ice cream waffle, nasi ayam bakar, ikan pari, seafood hot plate dan macam-macam lagi.

Bila tengok semua makanan yang ada atas meja jadi tak tahu nak makan yang mana satu.

hidangan sedap bucida court

meatball dan french fries bucida court

sup kambing bucida court

makanan sedap bucida court

makanan sedap bucida court

seafood hot plate bucida court

hidangan nasi bucida court

Hidangan nasi ni aku tak sempat rasa sebab dok layan gigit ketam je. Satu lagi yang aku tak sempat rasa ialah ice cream waffle.

ice cream waffle bucida court

Sedap dan menyelerakan semua menu yang dihidangkan di Bucida Court, terutama sekali Maggi Kari Ketam hidangan oleh Miss Pah Hot Pot’s. Suasana kat situ pun selesa. Sambil makan boleh tengok siaran TV yang ditayangkan di skrin besar.

Cuma kalau boleh tambah perkhidmatan WiFi percuma supaya pelanggan dapat layari internet sementara tunggu makanan sampai.

Dari segi harga makanan dan minuman di Bucida Court, harganya adalah sangat berpatutan. Harga Maggi Kari Ketam antara RM20 hingga RM28 mengikut saiz ketam.

Selain tu, di Bucida Court ada banyak meja dan tempat duduk. Tempat letak kereta pun senang. Salah satu faktor pemilihan juga bagi orang yang nak datang makan.

Untuk maklumat lanjut tentang Bucida Court dan Miss Pah Hot Pot’s boleh layari laman Facebook mereka melalui pautan berikut:

Rating: 4/5

31 Comments

  1. tergoda tgk korang upload gambar maggi kari ketam ni…nampk sedap sangat2…harus pergi rasa jugak ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *