Perbaharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir

Terbaca 1 tweet pagi tadi berkenaan perbaharui lesen memandu ikut tarikh lahir.

Menurut sumber Berita Harian, orang ramai boleh mula perbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir mulai Isnin depan (21 November 2011). Melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

Perbaharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir

Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif,”   kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Tadi aku tengok tarikh tamat tempoh lesen memandu aku tamat pada 7 November 2011. Dah seminggu lebih aku naik motor tanpa lesen yang sah. Gila! Nasib baik tak kena tahan dengan polis atau JPJ.

Hari Isnin nantilah aku pergi buat lesen baru.

Bagus jugak dibuat inisiatif macam ni. Takde la orang asyik terlupa je nak pergi perbaharui lesen memandu. Bila nak sambut happy birthday secara tak langsung kita akan teringat tentang lesen memandu.

Baik korang check lesen memandu masing-masing. Mana la tau kot-kot dah expired jugak. Tarikh luput lesen memandu boleh juga disemak secara online melalui portal “Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu” (Portal JPJ Malaysia).

Update:
21/11/2001 – Aku dah pergi renew lesen memandu tadi. Buat untuk tempoh 2 tahun, dapat 2 tahun lebih. Yang tempoh lebih-lebih tu lebih kurang 6 bulan, dapat PERCUMA. Terima kasih kerajaan Malaysia!

24 Comments

  1. lesen aku tahun depan baru expired..tapi kan,kalau orang tua yang tak sambut birthday dan lupa birthday dia macam mana ek?hehehe :biggrin:

  2. entri ni mcam kena plak dgn aku.. sebab lesen aku dah sebulan x renew ni, selamba je bawak moto gi keje.. ni sat lagi nak gi jpj renew lesen kat shah alam hehe

  3. hoho, nanti nak sambut besday susah laa sket, takleh nak enjoy seharian.. sebab kena gi renew lesen.. keh3..

  4. kawan pernah kena tahan dgn polis dan beliau minta lesen, dgn yakinnya aku keluarkan lesen tapi rupanya dah 3 bulan mati…nasib baik tak kena saman :whistle:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *