Lelaki Tak Solat Jumaat sebab Uzur

Untuk pengetahuan semua, kat office aku ni setiap pagi Jumaat akan ada seorang ustaz yang dijemput khas memberi tazkirah.

Antara pengisian daripada tazkirah pagi tadi adalah berkenaan lelaki tak solat Jumaat sebab uzur.

Walaupun solat Jumaat tu wajib bagi kaum lelaki, tetapi ada sebab-sebab tertentu yang dibolehkan bagi seseorang lelaki itu tak pergi ke masjid untuk solat Jumaat.

Dia dibolehkan ‘cuti’ daripada solat Jumaat. TAPI haruslah digantikannya dengan solat Zohor.

Solat Jumaat

Tak Solat Jumaat Sebab Uzur

Dibolehkan bagi lelaki untuk tidak menunaikan solat Jumaat disebabkan uzur.

Uzur lelaki bukan sebab ‘datang bulan’ macam perempuan. Uzur bagi lelaki yang dimaksudkan adalah:

  • Dalam keadaan sakit yang amat sangat sampai tak mampu untuk mengerjakan solat.
  • Tertidur atau pengsan.
  • Terpaksa menjaga orang yang sakit tenat.
  • Urusan kerja yang amat kritikal membabitkan keselamatan nyawa dan negara.
  • Hujan yang sangat lebat atau ribut taufan yang besar menjadi penghalang untuk ke masjid.
  • Dalam keadaan bermusafir.

Tapi lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Kadang-kadang ada je yang berlakon kononnya tak boleh pergi solat Jumaat sebab uzur.

Rahsia Solat

Dalam hal ni, kita tak boleh menipu. Kalau menipu, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Nabi Muhammad SAW juga ada memberitahu jika 3 kali berturut-turut seseorang lelaki itu tidak mengerjakan solat Jumaat, maka lelaki itu adalah munafik atau bukanlah seorang Islam.

Allah SWT juga akan tutup pintu hati mereka.

Wallahu a’lam..

19 Comments

  1. tentang rukhsoh hujan, ada 2 pendapat; yg diatas adl pendapat yg menggunakan hadis ibnu khuzaimah no.1862 yg mempersyaratkan hujan deras sebagai udzur akan tetapi pada nya terdapat Nashih bin al-‘ala’ yg statusnya dhoif,
    adapun pendapat ke-2: dg hadis sohih riwayat abu dawud no.1059 “usamah telah menyaksikan nabi pada waktu (perjanjian) al hudaibiyah di hari jumat, dan kondisinya ketika itu sedang turun hujan menimpa sahabat, tapi bagian bawah sandal sandal mereka tidak sampai terbasahi. maka nabi pun menyuruh mereka untuk melaksanakan sholat di tempat tinggal mereka” shg skedar hujan saja sudah blh tdk jumatan, tidak harus deras wallahu’alam

  2. Yang nak bermusafir sampai ke kedah misalnya, try rancang perjalanan untuk sampai lebih awal dan seterusnya boleh solat jumaat. Kan lebih elok. :)

  3. rugi kalau tak pergi solat jumaat..
    boleh berdoa ketika waktu antara 2 khutbah(antara waktu mustajab yntuk berdoa)

    • @zhazmi, betul tu.. walaupun ramai yang dah tau waktu tu waktu mustajab untuk berdoa, tapi ada lagi orang yang malas atau taknak ambil peluang.. memang sangat2 rugi..

  4. Banyak aku jumpa lelaki macam ni..dan mereka tak segan silu makan kat kedai yg biasa mereka makan,sedangkan masa jumaat jarang lelaki makan kat situ.

    • @azman, diorang tak takut dengan Tuhan agaknya.. tak dinafikan, aku pun dulu macam tu jugak.. hehe.. tapi sesiapa pun boleh berubah kan, asalkan ada kesedaran dalam diri..

      semoga orang2 yang masih berperangai macam tu diberi hidayah oleh Allah dan diberi juga kesedaran untuk berubah.. aminn..

  5. Selalunya masa solat Jumaat, ada lelaki yang ponteng dan tak pergi solat. Mereka ambil keputusan tidur. Alasan lain, letih, nak kena masuk kerja awal dan banyak lagi alasan lain.

    Pelik juga, solat yang seminggu sekali pun mereka missed. Solat yang 5 sehari semalam belum tentu penuh. Tak kan solat yang seminggu sekali tak boleh nak buat juga.

  6. ingatan yang baik untuk semua lelaki..jangan abaikan solat jumaat. kalau minggu ni tak buat, belum tentu dapat buat minggu depan lagi kan.

    • @wandisini, ibadah solat ni kalau sekali kita tinggalkan dengan sengaja, next time akan berlaku lagi macam tu.. bila dah kerap sangat tinggal solat dengan sengaja, lama2 jadi sebati dalam diri, terus jadi tak ingat langsung pada solat.. lepas tu syaitan seronok sangat la ada geng baru..

    • @wazy, saling berpesan dan ingat mengingati sesama saudara seagama.. Nabi Muhammad ada berkata, “Sampaikan pesanku walaupun hanya sepatah”.. :heart:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *