Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

Dah lama rasanya tak luangkan masa dengan cik tunang sebab sibuk dengan tugas-tugas seharian. Semalam ajak cik tunang dating di GSC Alamanda layan movie Battleship.

Battleship Movie

Pendapat aku tentang movie Battleship ni walaupun jalan ceritanya biasa-biasa je tapi boleh dikatakan best juga. Kalau tak best mesti rasa menyesal habiskan duit beli tiket.

Kitorang jarang tengok wayang sebab dah banyak kali rasa tertipu dengan movie yang dikatakan best tapi sebenarnya tak best langsung.

Kalau rasa nak tengok wayang, mesti aku akan ‘google’ dulu baca komen-komen dan review di blog-blog rakan blogger. Entri review yang bersifat peribadi bagus kalau nak tahu sesebuah movie tu best atau pun tak.

Semalam aku dan cik tunang awal-awal dah pergi ke GSC Alamanda. Sementara tunggu waktu tayangan Battleship jam 9.00 malam, kitorang sempat jalan-jalan dalam Alamanda tu. Dah selalu sangat pergi Alamanda sampai tak tahu nak jalan-jalan ke mana.

Last-last pergi Kedai Buku MPH je carikan novel untuk cik tunang. Aku pun suka jugak baca novel.

Cik tunang tengah pilih novel
Cik tunang tengah pilih novel, dia baca sikit-sikit dulu sebelum beli

Review Movie Battleship

Secara ringkasnya, movie Battleship ni bermula dengan penemuan Planet G. Lepas tu orang bumi cuba berhubung dengan menghantar signal melalui pancaran satelit ke planet tersebut.

Tak lama lepas tu, bumi didatangi 5 buah kapal angkasa dari Planet G yang kemudiannya menyerang bumi.

Kebetulan ketika tu NAVY sedang buat latihan perang di laut tempat kapal angkasa dari Planet G tu mendarat. Hero dalam movie Battleship ni merupakan pegawai kanan dalam pasukan NAVY.

Sebelum tu, Hopper (hero dalam cerita ni) pada awalnya ditunjukkan sebagai seorang yang tak berguna dan tak terurus. Dah tahu diri macam tu ada hati nak mengorat awek hot, sampai berlaku huru hara dan kena tangkap dengan polis.

Rupanya awek hot yang dia mengorat tu adalah anak kepada pegawai besar pasukan NAVY.

Kemudian Hopper terpaksa menyertai pasukan NAVY atas desakan abangnya. Sam (awek hot tu) pun Hopper berjaya dapat juga.

AWAS! Ada beberapa aksi ‘comolot‘!

Dalam peperangan laut antara pasukan NAVY dan kapal alien Planet G, semua kapal perang NAVY habis musnah, meletup, KEBABOOM! Nasib baik ada kapal perang Battleship lama yang dah dijadikan muzium.

Dengan bantuan otai-otai NAVY yang dah bersara, mereka hidupkan balik kapal perang lama yang menggunakan teknologi dah ketinggalan zaman tu. Otai-otai NAVY je pandai guna kapal perang lama tu.

Apa yang berlaku dalam peperangan hebat tu korang kena tengok sendiri la baru best.

Battship Hopper Rihanna

Kapal angkasa dalam Battleship

Hopper berdepan dengan askar Planet G

Serangan Battleship
Benda bulat yang sangat annoying

Aku rasa akan ada sambungan movie Battleship ni sebab di akhir cerita dia tunjuk babak di mana ada lagi sebuah kapal angkasa Planet G yang tersasar dan jatuh kat mana aku pun tak tahu.

Kalau nak tengok, bila movie dah habis pastikan korang jangan bangun lagi dari kerusi dalam pawagam tu.

Battleship best!

18 Comments

  1. Wah.. Untung la dapat jalan2 dengn cik tunang ye..
    Teringin jugak nak tengok tapi masih belum berkesempatan nampaknya.. tengok trailer macam best je, suka dengan graphic movie tu..

    • @zhazmi, graphic movie ni tak berat sangat.. ok je nampak natural dan tak kartun sangat.. graphic kalau buat kaw2 memang confirm nampak kartun.. tak best.. tapi yang movie ni best..

  2. tunggu masa keluar untuk dwld jeler nanti, beginilah kehidupan sudah ada anak kecil tak bleh nak tgk wayang…tapi kami ok jer.
    takper nanti tengok kat laptop dengan isteri kena tutup mata haq time babak comolot tu utk elakkan pengaruh buruk…hehe

    • @ejam, betul tu.. kena tutup mata Haq time babak comolot.. tak baik bagi budak2 tengok.. hehe..

      link donlod takde keluar lagi ek? kalo ada link yang bluray nanti tolong2 bagitau.. bluray sedap sikit nak layan..

Leave a Reply