AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Movie » Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

17/04/2012 Anarm 18 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Dah lama rasanya tak luangkan masa dengan cik tunang sebab sibuk dengan tugas-tugas seharian. Semalam ajak cik tunang dating di GSC Alamanda layan movie Battleship.

Battleship Movie

Pendapat aku tentang movie Battleship ni walaupun jalan ceritanya biasa-biasa je tapi boleh dikatakan best juga. Kalau tak best mesti rasa menyesal habiskan duit beli tiket.

Kitorang jarang tengok wayang sebab dah banyak kali rasa tertipu dengan movie yang dikatakan best tapi sebenarnya tak best langsung.

Kalau rasa nak tengok wayang, mesti aku akan ‘google’ dulu baca komen-komen dan review di blog-blog rakan blogger. Entri review yang bersifat peribadi bagus kalau nak tahu sesebuah movie tu best atau pun tak.

Semalam aku dan cik tunang awal-awal dah pergi ke GSC Alamanda. Sementara tunggu waktu tayangan Battleship jam 9.00 malam, kitorang sempat jalan-jalan dalam Alamanda tu. Dah selalu sangat pergi Alamanda sampai tak tahu nak jalan-jalan ke mana.

Last-last pergi Kedai Buku MPH je carikan novel untuk cik tunang. Aku pun suka jugak baca novel.

Cik tunang tengah pilih novel

Cik tunang tengah pilih novel, dia baca sikit-sikit dulu sebelum beli

Review Movie Battleship

Secara ringkasnya, movie Battleship ni bermula dengan penemuan Planet G. Lepas tu orang bumi cuba berhubung dengan menghantar signal melalui pancaran satelit ke planet tersebut.

Tak lama lepas tu, bumi didatangi 5 buah kapal angkasa dari Planet G yang kemudiannya menyerang bumi.

Kebetulan ketika tu NAVY sedang buat latihan perang di laut tempat kapal angkasa dari Planet G tu mendarat. Hero dalam movie Battleship ni merupakan pegawai kanan dalam pasukan NAVY.

Sebelum tu, Hopper (hero dalam cerita ni) pada awalnya ditunjukkan sebagai seorang yang tak berguna dan tak terurus. Dah tahu diri macam tu ada hati nak mengorat awek hot, sampai berlaku huru hara dan kena tangkap dengan polis.

Rupanya awek hot yang dia mengorat tu adalah anak kepada pegawai besar pasukan NAVY.

Kemudian Hopper terpaksa menyertai pasukan NAVY atas desakan abangnya. Sam (awek hot tu) pun Hopper berjaya dapat juga.

AWAS! Ada beberapa aksi ‘comolot‘!

Dalam peperangan laut antara pasukan NAVY dan kapal alien Planet G, semua kapal perang NAVY habis musnah, meletup, KEBABOOM! Nasib baik ada kapal perang Battleship lama yang dah dijadikan muzium.

Dengan bantuan otai-otai NAVY yang dah bersara, mereka hidupkan balik kapal perang lama yang menggunakan teknologi dah ketinggalan zaman tu. Otai-otai NAVY je pandai guna kapal perang lama tu.

Apa yang berlaku dalam peperangan hebat tu korang kena tengok sendiri la baru best.

Battship Hopper Rihanna

Kapal angkasa dalam Battleship

Hopper berdepan dengan askar Planet G

Serangan Battleship

Benda bulat yang sangat annoying

Aku rasa akan ada sambungan movie Battleship ni sebab di akhir cerita dia tunjuk babak di mana ada lagi sebuah kapal angkasa Planet G yang tersasar dan jatuh kat mana aku pun tak tahu.

Kalau nak tengok, bila movie dah habis pastikan korang jangan bangun lagi dari kerusi dalam pawagam tu.

Battleship best!

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Movie Keyword : awek navy hot, filem battleship, movie review battleship, trailer battleship april 2012

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Tahniah Pemenang Contest Gadget Impian
Next article:
Entri Panjang atau Pendek Mana Lagi Bagus?

18 Comments

  1. arrizz says

    26/04/2012 at 7:53 PM

    tak tengok g..ingat nak tengok tapi tau2 avengers dah nak keluar esok..baik layan avengers..haha..

    Reply
  2. incik says

    19/04/2012 at 6:29 PM

    aduhh sampai sekarang aku tak tengok tengok lagi.. beli dvd je la..

    Reply
  3. zhazmi says

    19/04/2012 at 4:29 PM

    Wah.. Untung la dapat jalan2 dengn cik tunang ye..
    Teringin jugak nak tengok tapi masih belum berkesempatan nampaknya.. tengok trailer macam best je, suka dengan graphic movie tu..

    Reply
    • Anarm says

      19/04/2012 at 5:08 PM

      @zhazmi, graphic movie ni tak berat sangat.. ok je nampak natural dan tak kartun sangat.. graphic kalau buat kaw2 memang confirm nampak kartun.. tak best.. tapi yang movie ni best..

      Reply
  4. Hafizul says

    19/04/2012 at 1:35 PM

    Wahh cam best jer….

    Reply
    • Anarm says

      19/04/2012 at 5:07 PM

      @Hafizul, memang best.. rasa nak tengok lagi sekali..

      Reply
  5. bistari says

    18/04/2012 at 11:18 PM

    aku tak bace pun..sbb aku tak tengok lg..so nnti x best..lepas tgk baru aku baca la ek..hahaha :whistle:

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2012 at 11:31 PM

      @bistari, apsal ko tak baca? penat aku tulis panjang2.. hahaha.. gi tengok cepat.. serius memang best..

      Reply
  6. akubiomed says

    18/04/2012 at 12:23 AM

    Saya kalau hendak menonton filem ini perlu bawa satu kapal. Famili besar katakan. :-)

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2012 at 11:30 PM

      @akubiomed, seronok jugak tu kalau tengok wayang bawak satu kapal.. nak mudah, order tiket online.. cepat dan takyah beratur panjang..

      Reply
      • incik says

        19/04/2012 at 6:32 PM

        wahh best laa boleh conquer satu hall cinema tuhh.. :w00t:

        Reply
  7. azmanisma says

    17/04/2012 at 7:18 PM

    Kalau dah review menarik…he3 boleh saya ajak wife pergi tgk :)

    Reply
  8. Jebeng Otai™ says

    17/04/2012 at 6:52 PM

    best sbnarnya tgk aksi ‘aegis’ berfungsi.. :)

    p/s : aegis ialah sistem pertahanan pintar kapal tanpa interaksi manusia.. :)

    Reply
  9. ejam says

    17/04/2012 at 5:09 PM

    tunggu masa keluar untuk dwld jeler nanti, beginilah kehidupan sudah ada anak kecil tak bleh nak tgk wayang…tapi kami ok jer.
    takper nanti tengok kat laptop dengan isteri kena tutup mata haq time babak comolot tu utk elakkan pengaruh buruk…hehe

    Reply
    • Anarm says

      17/04/2012 at 5:16 PM

      @ejam, betul tu.. kena tutup mata Haq time babak comolot.. tak baik bagi budak2 tengok.. hehe..

      link donlod takde keluar lagi ek? kalo ada link yang bluray nanti tolong2 bagitau.. bluray sedap sikit nak layan..

      Reply
      • incik says

        19/04/2012 at 6:31 PM

        @Anarm, kalau ada orang dah bagitau link nanti, jangan lupa share, nak donlod juga. hehe

        Reply
  10. Mohd Isa says

    17/04/2012 at 3:46 PM

    wa, nak kena layan gak la ng cik tunang. erk, xda tunang la plak…cam mana ye? hehe

    Reply
    • Anarm says

      17/04/2012 at 4:43 PM

      @Mohd Isa, cari la sorang pastu bertunang..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy