AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Event » Lawan Boling di Shalin’s Bowl, Space U8

Lawan Boling di Shalin’s Bowl, Space U8

20/05/2012 Anarm 30 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Semalam aku, Jaws Ismail dan rakan sepejabat, Yusdi serta isteri dia telah turut serta dalam pertandingan boling anjuran Massa Associates Sdn Bhd yang diadakan di Shalin’s Bowl, Space U8, Shah Alam. Shalin’s Bowl ni merupakan akademi dan pusat boling yang dibuka oleh ratu boling negara iaitu Shalin Zulkifli.

Shalins Bowl Space U8

Dah lama giler rasanya aku tak main boling. Tapi masih OK lagi nampaknya skill aku sebab beberapa kali berjaya ‘strike’ jatuhkan semua pin. Bangga!

Dengan rasa perasan kacak dan penuh bergaya, kitorang lawan boling dengan beberapa team lain yang tak kurang hebatnya. Tapi team kitorang hanya mampu dapat tempat ke-9 daripada 15. Team lain lagi hebat rupanya. Tapi kira OK la sebab masih dalam Top 10. Rasa hebat sangat dah tu. Hehe..

Jaws main boling

Jaws Ismail main boling dengan penuh bergaya. Kadang-kadang penuh sopan santun.

Lawan boling di Shalins Bowl

Pemain boling hebat. Dari kiri Jaws Ismail, Anarm dan Eric Yusdi

Team kitorang yang memenangi tempat ke-9 dalam pertandingan boling ni dapat hadiah hamper penuh dengan jajan. Jaws menang hadiah cabutan bertuah. Sepanjang aku kenal dia, setiap kali ada cabutan bertuah dalam mana-mana event confirm dia akan dapat hadiah cabutan bertuah tu. Untunglah!

Anak Yusdi pula menang tempat kedua pertandingan mewarna yang turut diadakan kat situ. Tahniah!

Juara boling kategori wanita

Awek ni juara main boling kategori wanita (sorry sebab curi-curi ambil gambar)

Rupanya main boling ni boleh buat badan jadi penat sangat. Tangan pulak rasa berat semacam sampai pegang handphone pun asyik nak terlepas dari tangan. Mungkin sebab aku dah lama tak bersenam kot. Sebab tu gemok.

Sampai rumah aku terus tertidur tak sedar apa-apa dah. Cik tunang tersayang call banyak kali pun aku tak sedar walaupun bunyi ringtone kuat lagu black metal.

Satu lagi aku terlepas nak tengok bola Kelantan menang lawan Sime Darby. Walau apapun, tahniah diucapkan kepada team bola Kelantan!

Pemain boling yang hebat

Agaknya kalau dianjurkan pertandingan boling di kalangan blogger seronok juga kan? Dapat tengok blogger mana terer main boling selain terer blogging depan komputer.

Hadiah Top 10 pertandingan boling

Jaws bersama hadiah tempat ke-9 pertandingan boling berupa hamper yang penuh dengan jajan

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Event Keyword : juara main boling, pertandingan boling, pusat boling shalin zulkifli, shalin's bowl

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Birthday Orang Lain, Aku Pun Dapat Hadiah
Next article:
Tukar Skin AIMP3 Audio Player

30 Comments

  1. tips says

    07/12/2012 at 9:55 PM

    khabarnya indah2 je di sini ya?

    :-)

    Reply
  2. arrizz says

    02/06/2012 at 11:37 AM

    tiap kali aku main bowling, mesti kuku ibu jari aku nie terkopek..pelik tul la

    ok la tu top 10,hehe

    Reply
  3. LangkawiHomestay says

    22/05/2012 at 8:40 PM

    Bowling ni kalo men ramai2 mmg best.. :)

    Reply
  4. yanmie says

    22/05/2012 at 3:08 PM

    Anarm nampak slim, jaws nampak comel, ehhh??? larikkkk :biggrin:

    Reply
  5. titan says

    22/05/2012 at 2:25 PM

    hoho..dah lama gila aku tak main bowling nih..

    Reply
  6. syahrilhafiz says

    22/05/2012 at 2:13 PM

    wah wah, muka orang je, mana muka tuan badan
    cantik pulak baju DH tu, tak mau jual? :D

    Reply
  7. shraqs says

    22/05/2012 at 1:40 PM

    Alamak! Bola bowling dah hampir sebulan tak keluar dr stor dah ni…:)

    Reply
  8. incik says

    22/05/2012 at 10:50 AM

    wahhh baju t shirt dh smart laa.. nak satuuuu

    Reply
  9. Jaws says

    21/05/2012 at 3:15 PM

    lepas ni buat cabutan bertuah je la..
    confirm ada pemenang.. haha..

    Reply
  10. mohzam says

    21/05/2012 at 11:29 AM

    :w00t: best jugak kalau main boling hujung minggu ni…lama sudah tak membaling bola boling ni…
    Tahniah kerana tersenarai dalam top 10 boling master :lol:

    Reply
  11. zhazmi says

    21/05/2012 at 3:55 AM

    hoho.. kacak bergaya dengan baju denaihati.. :cheerful:

    Reply
  12. ProfHariz says

    20/05/2012 at 11:40 PM

    Bila ada lagi? Nak join bro

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2012 at 11:47 PM

      @ProfHariz, tak pasti.. kena tanya big boss dulu kot2 dia nak buat tournament untuk bloggers.. mesti best..

      Reply
      • incik says

        22/05/2012 at 10:51 AM

        @Anarm, kalau ada tournament inform la. nak join gak walau tak reti main. hehe :biggrin:

        Reply
  13. Azydy says

    20/05/2012 at 11:16 PM

    sempoila bang anarm.. pakai baju blog denaihati.. sempat promo lagi tu

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2012 at 11:46 PM

      @Azydy, ini dinamakan promosi blog secara offline.. :wink:

      Reply
  14. Izzuddin Fauzi says

    20/05/2012 at 10:15 PM

    Seronok dapat berbowl kan :D

    Reply
  15. Jebeng Otai™ says

    20/05/2012 at 4:11 PM

    bro xdpt hadiah ker?

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2012 at 11:45 PM

      @Jebeng Otai™, dapat hadiah yang tempat ke-9 tu je.. hadiah untuk kumpulan..

      Reply
  16. akubiomed says

    20/05/2012 at 3:08 PM

    Wah menarik main bowling dengan memakai baju hitam ada tertulis blog DenaiHati.

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2012 at 11:44 PM

      @akubiomed, pakai baju tu sebab nak promosikan blog Denaihati.com kepada awek2 di pusat boling.. hehe..

      Reply
  17. Nizam Ijam says

    20/05/2012 at 2:18 PM

    untung r leh main boling…. koh2 :D

    Reply
  18. sweetkurma says

    20/05/2012 at 10:35 AM

    tahniah dapat no. 9….

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2012 at 2:46 PM

      @sweetkurma, sama2.. tapi kecewa jugak la sikit sebab dapat no.9 je.. ingat dapat no.1.. hehe.. :tongue:

      Reply
  19. Hafizul says

    20/05/2012 at 10:20 AM

    Segak bergaya memakai baju denaihati..hahaha…memang kacak pun..

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2012 at 2:38 PM

      @Hafizul, haa.. kan dah cakap.. memang kacak.. hahaha..

      Reply
  20. Bro Framestone says

    20/05/2012 at 8:57 AM

    Tiap kali buat lawan bowling antara blogger.

    Yang menang sure Zackentry…

    Eh…!! tapi cam dah lama xdengar nama dia

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2012 at 2:37 PM

      @Bro Framestone, pernah juga dengar nama Zackentry tu..

      Reply
  21. Eizil says

    20/05/2012 at 8:35 AM

    Syioknya gi men bowling… :D next time aku turun KL, lerh aa pi main bowling sesama… hehehe… :D tahniah aa sebab dapat tempat ke 9 dan hadiah

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2012 at 2:37 PM

      @Eizil, insyaAllah boleh main bowling sama2..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy