AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Event » Lawak Ke Der 3 Dibawakan oleh ESCAPE

Lawak Ke Der 3 Dibawakan oleh ESCAPE

08/12/2013 Anarm 13 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Minggu lepas buat pertama kali aku ke Istana Budaya menonton persembahan Lawak Ke Der 3. Sebelum ni pernah tengok Lawak Ke Der 2 tapi kat panggung wayang. Lawak Ke Der 1 pulak tengok kat YouTube.

Bila tengok persembahan Lawak Ke Der 3 secara live rasa jauh berbeza dengan tengok di pawagam dan di YouTube.

Pergi dengan berpakaian smart malam tu sebab nak kena patuhi etika penonton Istana Budaya. Pakai pakaian yang tak sesuai boleh kena halang daripada menonton persembahan.

Lawak Ke Der 3 lakonan Nabil, Harith Iskander, Jambu dan Douglas Lim

Dalam pementasan kali ni “Lawak Ke Der 3” yang diadakan di Istana Budaya bermula 4 hingga 8 Disember 2013 menggabungkan muka lama dan muka baru. Gabungan muka lama dan baru ni untuk wujudkan kelainan dalam lawak yang dipersembahkan kepada penonton.

Lawak Ke Der 3 dibarisi pelawak Nabil Ahmad sebagai pengacara, Harith Iskander, Kumpulan Jambu (Yus dan Taukey) dan Douglas Lim yang memang kelakar giler persembahan mereka.

Persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya

Secara peribadinya lepas tengok Lawak Ke Der 3 hari tu, aku rasa pelawak paling menyerlah adalah Douglas Lim. Sampai penat nak gelak dengan lawak yang dia buat. Biasa tengok dia kat TV takde lawak sangat pun. Tapi dalam Lawak Ke Der 3 memang lawak yang dia buat tu tahap super lawak. Sampai lawak Harith Iskander pun rasa macam dah kurang menarik.

Walau bagaimanapun, Harith Iskander tetap berjaya buat penonton ketawa terbahak-bahak dengan idea lawaknya dan membuktikan dia adalah King of Malaysian Stand Up Comedy. Aku memang suka dengan lawak Harith Iskander. Terbaik!

Blogger menonton persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya

Blogger yang datang Istana Budaya untuk menonton persembahan Lawak Ke Der 3

Malam ni merupakan hari terakhir persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Mesti ramai tengah menunggu pintu Panggung Sari dibuka. Bagi mereka yang tak sempat nak pergi tengok, anda masih ada peluang. Boleh tonton Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE mulai 31 Disember 2013 selama 6 bulan. Lama tuu..

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi yang boleh anda bawa ke mana saja. Dengan menggunakan telefon bimbit, komputer riba, tablet atau PC, anda boleh nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi.

Persembahan Lawak Ke Der 3 eksklusif di ESCAPE (ESCnow.com)

Dengan hanya sekali bayar atau boleh juga dengan melanggan akses bulanan tanpa had berharga RM25 sebulan, pilih saja rancangan atau filem kegemaran yang anda nak tonton. Lebih 500 filem dan rancangan boleh ditonton dalam pelbagai genre seperti aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta, termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

Peraduan “Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE”

Selain tayangan eksklusif, ESCAPE juga menganjurkan peraduan dengan tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 setiap hari! Jom sertai peraduan “Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE” mulai 7 Disember hingga 27 Disember 2013 (untuk pelanggan Celcom).

Setiap hari anda perlu jawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3 melalui YouTube Channel Cuit-Cuit @ ESCAPE. Jawapan yang anda teka tu dengan pantas sila hantar ke 20888. Jawapan cukup hanya satu perkataan, tak perlu panjang-panjang. Jawapan yang tepat dan pantas akan berpeluang untuk menang RM5,000.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web ESCAPE di www.ESCnow.com

Persembahan Lawak Ke Der 3 eksklusif di ESCAPE (ESCnow.com)

Terima kasih kepada ESCAPE kerana telah memberi peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3. Sememangnya terbaik!

Rating: 4.5 / 5 bintang

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Tonton Lawak Ke Der 2 di Pawagam

Kategori : Event, Hiburan Keyword : akses bulanan tanpa had rm25 sebulan, contest escape hadiah rm5000, contest lawak ke der 3, cuit-cuit menang duit, dunia hiburan peribadi, escnow.com, etika penonton istana budaya, lawak ke der, lawak ke der 3 di istana budaya, lawak ke der 3 dibawakan oleh escape, pelanggan celcom sahaja, pelawak popular malaysia, persembahan lawak ke der 3, tonton filem kegemaran di escape

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Kemaskini Google PageRank Disember 2013
Next article:
Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia

13 Comments

  1. hafizmd says

    13/12/2013 at 2:45 PM

    Takde jozan, tetap lawak jugak..memang powerlah!

    Reply
  2. hazman aka species1980 says

    12/12/2013 at 11:59 AM

    Ramai sungguh yang kata DOUGLAS pak lawak malam tu… lagipun kita jarang tengok dia perform kan….lebih enjoy la

    Reply
  3. zool says

    11/12/2013 at 10:33 PM

    tanpa jozan camne agaknya lawak ke der ni.. gamat juga ke?

    Reply
    • Anarm says

      12/12/2013 at 12:18 AM

      Lebih gamat daripada sebelum ni.. Jozan takde pun Lawak Ke Der 3 tetap buat semua orang dalam dewan teater gelak sakan..

      Reply
  4. titan says

    11/12/2013 at 3:50 PM

    ada yang ajak. Tapi tak dapat gi la. Gua kat banting masa tu. hoho..

    Reply
  5. Rina says

    11/12/2013 at 11:47 AM

    Selama 6 bulan bisa terus tawa terbahak – bahak dah nonton program lawak ini
    Nice share

    Reply
  6. Denaihati says

    10/12/2013 at 9:08 PM

    hadiah RM5,000 setiap hari, memang hebatlah. jadi apa tunggu lagi…

    Reply
  7. Bro Framestone says

    10/12/2013 at 11:09 AM

    Best kalau ada geng yang sekepala layan benda macam nie.

    Reply
  8. sukma says

    10/12/2013 at 10:14 AM

    wah….bestnya kalau dapat pergi sana….

    Reply
  9. muja says

    09/12/2013 at 6:01 PM

    masa dari yang pertama, memang muja tak tengok. then lepas ada kat astro baru tengok. bila tengok ramai blogger update pasal ni,, teringin sangat nak tengok lawak ke der 3,, tapi,, macam biasalah,, mana boleh,, jauh :'(

    Reply
  10. akubiomed says

    09/12/2013 at 12:04 AM

    Pentas Lawak Ke Der 3 milik pelawak Douglas Lim.

    Reply
    • Anarm says

      09/12/2013 at 8:31 PM

      Betul.. Punchline ada di mana-mana.. Semua orang gelak sakan..

      Reply
  11. Anuar says

    08/12/2013 at 11:51 PM

    Bestnya dapat tengok lawak Ke Der 3.. Tak sabar nak tengok rakaman lawak Ke Der 3 secara online…

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy