Tak habis lagi rupanya dia ni menipu orang. Sebelum ni dah ramai blogger dedahkan kes penipuan internet yang dia buat dengan pelbagai taktik dan ramai jugak yang dah terpedaya dengan tipu helah dia yang licik tu.
Aku start tahu tentang penipuan dia masa kes pelaburan Cheeze Maz yang melibatkan puluhan ribu ringgit. Lepas tu kes tipu tawaran kerja pengurusan email Pn Masnah.
Kes yang terbaru, si Lavender Mummy ni dengan sengaja telah melakukan satu promosi tanpa kebenaran berkaitan pengembaraan cruise bersama Ustaz Kazim Elias (UKE) yang diusahakan oleh Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd.
Kalau sekadar nak berkongsi info pengembaraan tu di dalam blog takde masalah, tapi apa yang menjadi kesalahan adalah Lavender Mummy ni telah buat satu program yang direka sendiri di mana dia mengutip wang daripada mereka yang terpedaya dengan promosi Pelayaran UKE 2.0. Kononnya bayaran tu adalah untuk t-shirt dan cenderamata khas program tersebut.
Pihak Intratama Travel juga ada mengeluarkan status di Facebook mereka berkaitan penipuan yang didakwa dilakukan oleh blogger Lavender Mummy.
Penipuan alam siber yang dilakukan oleh Lavender Mummy ni sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif dan menjejaskan kredibiliti blogger terutamanya blogger-blogger yang mencari rezeki melalui blog.
Yang aku pelik walaupun dah banyak pendedahan tentang penipuan yang dia lakukan tapi masih takde apa-apa tindakan diambil terhadap dia. Dengarnya Lavender Mummy ni pernah masuk lokap tapi dibebaskan macam tu je sebab tiada bukti kukuh atas dakwaan dia melakukan penipuan.
Harap-harap tiada sesiapa lagi terpedaya dengan tipu helah Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Isabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute, Lavender Adzry Jr. dan mungkin ada banyak lagi identiti penyamaran yang digunakan untuk menipu orang ramai.
Jika ada nak buat apa-apa urusan jual beli atau pembayaran, sila google terlebih dahulu nombor akaun bank dan nama penerima untuk mengelakkan anda ditipu.
jiran saya ni ?
Dia mmg king of liar … jiran aku. Hu..hu
Sesiapa yg dh terkena tip oleh beliau… leave ur contact number. I will teach U how to get back ur money
Nak popular cara tak betul…terang2 menipu, apa lagi bungkuslah…
dah pernah masuk penjara rasanya, tapi belum serik lagi.
Macam2 cara senang orang sekarang nak dapatkan duit dengan mudah ye.. Dah tak fikir kesannya..
Ramai betup penipu cyber ye. Semoga Allah bagi hidayah la supaya bertaubat cepat
Isy3…hati2 dengan dunia zaman sekarang. Ramai yang pandai buat muka alim..tp d blakang, lain…
Nasib baik duit tak banyak, kalau tidak tertipu dengan CheeseMaz masa contest iphone 5 hari tu di blog Denaihati.
Hampir2 tertipu dengan CheeseMaz ke bro?
Macam² penipuan la zaman sekarang. Kasik tangkap la sama itu Lavender Mummy!
Blogger macam Lavender Mummy ni lah yang mencemarkan nama Blogger. Semoga dia kena tangkap cepat2.
Betul tu. Guna nama Blogger tapi buat kerja2 menipu. Bagi kesan tak bagus pada blogger2 lain..
Ya Allah…. ada juga manusia macam ni ye… Nauzubillah… Semoga Allah beri hidayah kepadanya agar dia bertaubat dan berubah….
Tipu sana, tipu sini. Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Bercakap bohong pun dah boleh buat orang marah.. Mencuri, menipu lagi la buat orang marah..
Takutnya PG baca. Takut dan risau juga jika ada lagi yang terpedaya dengan kelicikan LM ni. Sungguh tak disangka. Moga menjadi peringatan buat mereka diluar sana.
Semoga lebih ramai orang akan tau tentang penipuan LM.. Risau jugak takut ada lagi yang tertipu.. kan?
dah report polis ni, tak lama le tu..:D
Harap2 kali ni betul2 tertangkap dan jatuh hukuman lah dia tu. Jangan lepas2 dah.
semoga cepat bertaubat. harap takde orang dah kena dengan dia ni.
Tak tahu bila dia nak bertaubat. Kena bagi hukuman berat dulu agaknya baru dia nak bertaubat..
tektik dia memang mengelirukan… semoga selepas pendedahan demi pendedahan ini tiada yang jadi mangsa lagi
Harap2 macam tu lah. Kena buat pendedahan lebih sikit tentang taktik penipuan dia ni. Takut ramai lagi kena tipu sebab kurang pendedahan.
mcm2 tektik diorang nk tipu orng… kena lebih berhati-hati
Memang banyak penipuan sekarang ni. Macam2 taktik pulak tu sampaikan ada juga yang masih tertipu.
Hmm..takut kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
Memang itu yang dia buat. Join komuniti blogger, lepas tu buat kerja menipu macam ni. Tempiasnya kena kat blogger2 lain. Burukkan nama blogger je dia ni.
Ni kalau dapat kat mangsa yang takde perikemanusiaan, dah kena kerat 18 dah kot.
Mungkin kot. Ramai yang marah giler2 dengan dia ni. Kalau dapat tak mustahil kena kerat 18.
Kalau dia betul2 buat bisnes yang halal dan tidak menipu. Mmg boleh jadi peniaga online berjaya. Tapi sayang kebolehan tidak digunakan pada jalan yg betul.
Rasanya dia memang buat bisnes dulu, jual serbuk cheese. Ramai jugak beli. Tau2 lepas tu menipu orang pulak dengan pelaburan dalam bisnes serbuk cheese tu. Kalau dia teruskan rasanya boleh maju bisnes dia.
Tapi sayang dia pilih untuk menipu orang ramai. Bisnes serbuk cheese tu sekadar umpan untuk kaut keuntungan dengan cara menipu.
apa laa nak jadi dengan minah ni.. Allah bagi kebolehan tu guna la pada jalan yang betul.. ini guna untuk menipu orang pulak.. semoga dia dapat balasan yang setimpal..
Tu la pasal. Salah guna kebolehan.
sepanjang membeli online tak pernah kene tipu alhamdulillah..taaapi ada satu ni saya order dari livingsocial.com belum dapat barang lagi..hopefully just lambat la..sbb try tanya kawan2 ada yang beli dengan livingsocial ni ok je..
Alhamdulillah, baguslah tak pernah kena tipu. Tapi tetap kena hati2 jugak ye.. Tentang LivingSocial tu, kalau barang belum dapat lagi, cuba contact / call diorang tanya tentang barang yang order tu. Saya pernah jugak beli barang kat LivingSocial. Barang ok je..
Ni nombor phone LivingSocial.. 03-2604 5200..
ada terbaca jugak tentang ni. Semoga Lavender Mummy insaf. Duit orang tu, NAuzubillah.
siapa2 yang pernah kena tipu dengan dia tu baik la bersepakat dengan UKE supaya kes2 lama dulu tu di buka semula.kalau tak memang terlepas lagi la dia ni..
rajin betul makcik sorang ni yekk..
aduhai..
Dia dapat banyak income dengan menipu, sebab tu dia rajin kot. Kalau tak dapat apa2 hasil mesti dia tak buat kerja2 menipu semua ni. Haha.
Tidak pernah serik dan bertaubat. Licik betul dia nih.
Harap2 satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat.
penipu tegar betul minah nie….dah banyak identiti dia pakai, tapi tetap orang percaya jugak…
Penipu tahap pakar dah minah ni. Sebab tu ada jugak orang yang percaya sebab dia memang pandai menipu.
buat jahat akan balas juga akhirnya nanti.
Sampai bila nak buat jahat.. Semua orang dah tau dah dia suka menipu.. Semoga satu hari nanti dia insaf lah.
semalam ada baca entri dalam blog dia.. cara penjelasan nampak innocent sangat LM nih…huhu.. jangan lah ada sesiapa yang terpengaruh dengan tipu helah dia lepas nih….
Jangan percaya sangat apa yang dia tulis. Penjelasan macam mana pun kalau orang dah pandai menipu semua benda dia boleh putar belit..
Hebat betul cara dia gunakan.. Kepala hotak yang geliga..
Yup. Kepala hotak memang geliga. Tapi sayang, guna pada jalan yang salah..
Kira kebal juga sampai masuk lokap boleh kuar balik. Semoga dapat dijadikan yang benar2x kukuh untuk memberikan pengajaran kepada dia yang tidak pernah serik2x dalam dunia penipuan.
Tak tahu la dia ni ada ilmu kebal ke apa. Cuma berharap satu hari nanti penipuan yang dia buat selama ni akan makan diri sendiri. Masa tu tahu la nasib dia..
Semoga lepas ini dia berjaya didakwa dan dikenakan tindakan sewajarnya.
Harap2 macam tu lah. Dakwa dan kenakan tindakan berat terus. Rasa tak selamat bila ada lagi orang macam ni yang bebas menipu sana sini. Kalau bukan kita yang kena tipu, takut kawan2 atau sedara mara kita yang kena. Tu yang buat jadi risau tu.