Menjelang kejohanan bola sepak terbesar di dunia yang dijadual diadakan beberapa bulan lagi, ritma Brazil kian bergema kuat dengan berita 3 artis tempatan yang telah dijemput untuk mewakili tanah air kita dalam persembahan lagu tema Coca-Cola untuk kempen Piala Dunia 2014, “The World is Ours“.
“The World is Ours” menggunakan vokal pop David Correy yang bertenaga dan bernada tinggi dengan adunan ritma samba, baile funk, hip-hop dan technobraga dalam suatu irama unik ala Brazil kepada peminat bola sepak serta pencinta muzik seluruh dunia.
“Kebanyakan orang di luar Brazil terutamanya golongan muda tidak berapa kenal akan muzik asli negara itu oleh sebab ia tidak termasuk dalam aliran utama kontemporari.”
“Kini, dengan gandingan suara artis tempatan dalam lagu tema yang bermakna ini, mesej kesatuan pelbagai budaya dapat dimantapkan lagi melalui kejohanan Piala Dunia tahun ini” kata Pengurus Kumpulan untuk Komunikasi Pemasaran Bersepadu Serantau dan Pengaktifan Coca-Cola di Malaysia, Singapura dan Brunei, Lim Yvette.
Lagu Tema Coca-Cola Kempen Piala Dunia
David Correy berasal daripada kawasan favelas di Brazil yang agak mundur. Nasibnya kian berubah cerah apabila dipilih sebagai finalis X-Factor dan seterusnya dilantik untuk menyampaikan lagu tema Coca-Cola dalam kempen Piala Dunia.
Keistimewaan suara, kisah hidup dan sikap optimisnya telah memikat hati para juri dan penonton X-Factor di Amerika Syarikat pada tahun 2012.
Dalam satu episod rancangan uji bakat realiti itu, Correy pernah menyuarakan hasrat untuk dipertemukan dengan ibu kandungnya yang terpisah.
Melalui bantuan daripada akhbar Brazil, akhirnya beliau dapat berjumpa dengan ibu kandungnya.
David Correy Duta Lagu Tema Coca-Cola
Correy teruja dengan pelantikannya sebagai duta lagu tema Coca-Cola, “Tawaran untuk bekerjasama dengan Coca-Cola adalah satu penghormatan yang luar biasa bagi saya dan saya pasti akan menjunjung wawasannya.”
“Dalam hidup saya setakat ini, saya amat bersyukur kerana dapat mengecapi dua impian; dipertemukan dengan ibu kandung saya dan mendapat kontrak rakaman dengan Coca-Cola” ujar Correy.
Menurut Correy lagi, beliau amat terharu apabila mendengar lagu “The World Is Ours” buat kali pertamanya. “Dua baris pertama liriknya – ‘Run like you’re born to fly, Live like you’ll never die’ – mentakrifkan prinsip saya dalam menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang.”
“Segala isi hati saya seolah-olah dilafazkan dalam lirik lagu ini dan saya percaya semua orang dapat merasai suka duka kehidupan yang pernah saya alami melalui lagu ini.”
Saya dibesarkan untuk menerima kepelbagaian dalam hidup. Oleh itu, saya amat teruja dengan lagu yang dapat memuaskan cita rasa semua budaya di dunia ini. Saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan artis-artis lain untuk membawa mesej yang amat bermakna dalam lagu ini kepada para peminat kami. – David Correy
“The World Is Ours” versi Malaysia Gandingan 3 Artis Tempatan
Penyanyi asal lagu “The World is Ours”, David Correy akan berganding dengan 3 artis tempatan mendendangkan lagu tersebut.
3 artis tempatan itu ialah Ajai (pemenang anugerah Juara Lagu dan penyanyi popular), Soo Wincci (bekas Ratu Malaysia yang juga seorang penyanyi popular) dan Mista G (pemuzik handal).
AJAI
Album Hafiz Suip yang memenangi Anugerah Album Terbaik AIM 2013 diterbitkan oleh Ajai. Beliau juga merupakan penggubal lagu “Hati Ini Telah dilukai” yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Kris Dayanti.
Single terbarunya “Aduh” telah mencecah satu juta tontonan di Youtube.
Buat julung kalinya, Ajai muncul di layar perak dalam filem “Tokan“. Ajai juga merupakan hos rancangan TV “Jemput Masuk CEF“.
SOO WINCCI
Bukan sahaja Soo pernah ditabalkan sebagai Ratu Cantik Malaysia, beliau juga adalah seorang penyanyi, chef, model, hos TV, DJ radio yang terkenal di negara ini.
Albumnya yang bertajuk “Happiness” mendapat sambutan yang amat baik di Taiwan. Singlenya “I’ll Be Alright” juga amat berjaya di Taiwan dan Malaysia.
Album Melayu pertamanya bersama Joe Flizzow “Terus Teranglah” diterbitkan pada tahun 2012.
MISTA G
Penyanyi dan penggubal lagu, Kunalan Gunaseelan, yang lebih dikenali sebagai Mista G, merupakan artis Tamil tempatan yang telah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Beliau terkenal dengan lagu “Madal Thiranthu” yang mendominasikan carta muzik Malaysia dan luar negara pada tahun 2004.
Album baru beliau, “Arpanam – The Final Cut” meraih 20,000 lebih jualan. Mista G telah bekerjasama dengan penyanyi veteran, Dato’ David Arumugam daripada kumpulan AlleyCats untuk lagu “Kathaley” dan dengan penyanyi rap Rabbit Mac dalam single “Symphony Nilave“.
Beliau berjaya merangkul beberapa pencalonan dalam Anugerah AIM – India Malaysia 2013.
The World is Ours versi Malaysia
Jom dengar lagu The World is Ours versi Malaysia yang dinyanyikan oleh David Correy, Ajai, Soo Wincci dan Mista G.
Bermula hari ini dan seterusnya, lagu Piala Dunia Coca-Cola “The World is Ours” versi Malaysia akan disiarkan di stesen radio tempatan.
Video muziknya pula boleh ditonton di YouTube.
“Makan bola, tidur bola dan minum Coca-Cola“
Erkk Ajai .. alahai alahai .. tak berapa gemor la ngan dia ni … huhuhhu…
soo winci nyanyi memang aku cair….
Kalau Soo Wincci, blom nyanyi pun aku dah cair.. Hahaha..
muzik dia mcm lagu world cup yg lepas….lagu waka waka dgn wave flight
Lagu dengan pelbagai bahasa. Terbaik.
Selain Malaysia, negara2 lain pun ada versi masing2 lagu ni.. Memang WORLD lahh..
Hurmmm…. kiranya versi SATU MALAYSIA la kot yea….
Yup.. 1Malaysia.. Melayu ada, Chinese ada, Indian pun ada..
Bermulalah masa untuk berjaga pada 2 pagi. :)
Nanti ramailah yang pergi kerja dengan mata lebam tak cukup tidur.. Haha..
Terbaiklah.. Lagu versi Malaysia pun dah ada… Pastinya akan menggamatkan kemeriahan Piala Dunia edisi terbaru…
demam akan bermula tidak lama lagi.
Yeahh.. Dah tak lama lagi.. Sama2 kita tungguu..
Terbaik tak sabar nak tunggu piala dunia bermula
Dekat blog kid aku tak dengar pula. HAHA
Gabungan beberapa bahasa… menarik!!!!