Kurang Nikmat Hidup Bila Tiada Internet?

Cuba korang bayangkan kalau dunia ni tiada internet! Mesti korang rasa bosan giler kan? Aku pon sama.

Hari tu aku dah terputus internet lebih kurang selama 12 jam. Tu baru 12 jam, belom lagi 12 tahun. Memang tak senang duduk, tak tau nak buat apa. Asyik-asyik dok layan movie yang entah berapa kali aku dah tengok.

tiada-internet

Pastu try la bukak Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, kononnya nak buat design. Tapi niat terbantut sebab takde gambar yang boleh diguna untuk buat design. Nak cari gambar, internet pulak takde.

Kalau aku dah tahap otai, mungkin takde gambar pon aku boleh je buat design. Tapi kenyataannya, aku hanya newbie lagi. So, aku still perlukan gambar untuk buat design (alasan nak guna internet). Huhuu..

Tak Boleh Hidup Tiada Internet

Dalam satu hari, mesti kita nak jugak online di internet walaupun sekejap. Kan? Dapat tweet 1 benda kat Twitter pon jadi la. Takpon sekadar BUZZ!!! member kat YM pastu sign out.

Ada juga yang memang sibuk giler dengan kerja tapi sempat lagi ber’YM’, sempat lagi komen-komen kat blog orang lain ataupun terus update blog sendiri.

Letak je 1 gambar lepas tu tulis “Hari ni saya sibuk.. Sangat busy.. Banyak kerja nak kena siapkan.. Tolong jangan kacau ye“. Dah pon terpublish 1 entri kat blog. Hahaa..

Ketagihan Internet

Adakah kita semua dah dijangkiti sindrom ketagihan internet? Hmmm.. ermm

Sila jawab ‘YA’ atau ‘TIDAK’ berdasarkan pernyataan di bawah ni.

  • Korang lebih rela bekalan air kena potong daripada terpotong bekalan internet.
  • Korang sanggup berjaga semata-mata nak online di internet walaupun dah mengantuk.
  • Bila bangun dari tidur, terus mengadap internet, bukan nak pergi mandi dulu.
  • Nak makan minum pon mesti mengadap internet.
  • Pinggan, mangkuk, periuk, belanga, gelas, cawan, semua ada kat tepi-tepi korang. Bukan reti nak basuh lepas makan. Bila nak makan lagi baru la terhegeh-hegeh pergi basuh. Patutnya lepas makan terus basuh, bukan nak makan baru nak basuh.
  • Bila ada orang memanggil time korang sedang online, korang akan jawab “Sekejap!!”.
  • Sebelum memulakan sesuatu kerja, korang mesti check email dulu. Bila tengok email banyak masuk, korang view semua email sampai korang tak sedar korang dah terupdate blog lepas tu. Huh~
  • Mata mengantuk, badan lenguh-lenguh, tapi bila dah mengadap internet, habis hilang semua sakit, dah takde lenguh-lenguh, mata pon segar bugar je.

Jika jawapan korang lebih banyak ‘YA’, ternyata korang memang dah ketagih internet. Jika jawapan lebih banyak ‘Tidak’, ternyata korang menipu time jawab tadi. Haha..

Oklah. Ni nak tunjuk satu benda kat korang. Kat bawah ni hasil kerja seseorang yang tersangatlah bosan bila tak boleh connect internet. Sila bagi komen pada hasil kerja ‘dia’ ni.

37 Comments

  1. Korang lebih rela bekalan air kena potong daripada terpotong bekalan internet.

    Korang sanggup berjaga semata-mata nak online di internet walaupun dah mengantuk.

    Bila bangun dari tidur, terus mengadap internet, bukan nak pergi mandi dulu.

    Nak makan minum pon mesti mengadap internet.

    Pinggan, mangkuk, periuk, belanga, gelas, cawan, semua ada kat tepi-tepi korang. Bukan reti nak basuh lepas makan. Bila nak makan lagi baru la terhegeh-hegeh pergi basuh. Patutnya lepas makan terus basuh, bukan nak makan baru nak basuh.

    Bila ada orang memanggil time korang sedang online, korang akan jawab “Sekejap!!”.

    Sebelum memulakan sesuatu kerja, korang mesti check email dulu.

    Bila tengok email banyak masuk, korang view semua email sampai korang tak sedar korang dah terupdate blog lepas tu. Huh~

    Mata mengantuk, badan lenguh-lenguh, tapi bila dah mengadap internet, habis hilang semua sakit, dah takde lenguh-lenguh, mata pon segar bugar je.
    .-= Post terbaru Daus di blog beliau.. Bloggerstar Versi Beta Dilancarkan =-.

  2. salam ziarah br anarm
    HAHA
    yes !
    hidup xder internet mmg xtenteram
    HOHO
    lagi2 skg tgh addted dgn facebook
    ;)

    **cm ner nk letak smiley nie? ad eplugins dia ke?
    .-= Post terbaru YeiRkif di blog beliau.. finally. i’m HOME =-.

  3. Huh…ko baru 12 jam…aku ni dekat 1 bulan stimix aku wat hal…
    Mcm nak bunuh diri je x leh update blog & check email serta belajar benda2 baru IM.

    Tp nak wat camne…sudah takdir…sabor je ler….
    Semua list yg ko tulis tu semua aku jawab yek…aku adalah salah seorang addicted internet….

    huhuhu….kena g pusat pemulihan ke…heheheh
    .-= Post terbaru aktechpage.com di blog beliau.. Salam Aidilfitri 1429/2009, Maaf Zahir Batin =-.

    • @aktechpage.com: kalo rasa nk g pusat pemulihan, dipersilakan.. ckp saya nk daftar masuk sbb ketagihan internet.. wahahahaha..

  4. haish.. tanpa kerja di cc tak akan ku ketagih intenet.. kui3
    sume salah cc ke?? no, no, no… sambil bekerja sambil layan intenet..wow! bukan ke besh? sape taknak.. ekekkeke.. dapat duit layan intenet free! hehehehe.. tapi balik umah tak berintenet la.. masih leh hidup.. hohohohoho! :biggrin:

  5. oh tenet…tanpa dikau, murung la hari ku…kih3
    tenet ni dh mcm ape je…sehari dpt x on9, perrgghh
    menggelupur mcm cacing kena panggang je…
    point kat ats 2 suma ein sokong kecuali no 5…
    heheh…ein x susun suma 2 kat sblh lappy ni
    x suka nak bersepah2..lgpun on9 dlm bilik
    duh, nnt cik li dtg dlm bilik…xmo la weiii
    hahaa…
    .-= Post terbaru nzms_ein di blog beliau.. him again!!! =-.

  6. Betol…betol..betol..!!
    .-= Post terbaru oh! dawie di blog beliau.. Jom Buat Kad Raya Sendiri…!! =-.

  7. aku memang ketagih giler ng tenet..
    samapai aku sendiri taktau ape yg aku buat kat tenet,,
    byk sgt benda yg boleh dibuat..
    huhu..
    hahaha..
    smart gak video ko buat tu…
    hehe…
    .-= Post terbaru jaws di blog beliau.. Window 7 Ultimate Activated!! =-.

    • @jaws: tu la hasil kerja aku di kala xde internet.. kalo lg lama xde internet silap2 aku dah release 1 filem box office skrg ni.. wahhahhahah :w00t:

    • @jaws, huhuhuhu….apown smer la gak…
      smer citer ko same ngan situasi masa skrg…heheheh
      terlebeh internet semakin bertambah hacker ak….
      hahahaha
      main free plak tue…..kesian tokey cc : )

  8. ya semua betul. kita dah jadi manusia tak berguna dah hahahahahaha.. kenapa la aku leh hidup tanpa tenet time kecik² dulu. happy plak tu. sapa cipta tenet ni?!!!
    .-= Post terbaru nesca di blog beliau.. Steps to Kanye prank =-.

    • @nesca: yg aku tau pencipta internet tu adalah seorang manusia yg berfikir utk org lain skali.. time kasih kpd pencipta internet sbb berjaya meng’addict’kan kita.. hahaa :lol:

  9. Sebenarnya kalau takde Internet, kalau takde komputer terus, baru la kita sedar banyak lagi benda yang lebih produktif boleh buat. Boleh kemas rumah, boleh baca buku, siap boleh solat sunat khusyuk2 lagi.

    Tapi tu la, Internet dah ada. Memang mata aku tak lepas ke benda lain dah la, haha… lagha sungguh.
    .-= Post terbaru MK di blog beliau.. Tutorial Live Blogging Guna SMS (Blogspot Sahaja) =-.

  10. adeh bro.. apasal semua jawapan aku YA utk semua persoalan yg ko tanya kat atas tu ek? hahaha.. sehari kalau tak on tenet, rasa nak gila je. semua benda mcm tak kena je.. sbb tu bila streamyx aku tak boleh connect, nak tak nak terpaksa juga guna dial-up. no wonder la bil telefon aku pernah mencecah rm200 gara2 streamyx kong 10 hari (damn!)..

    siapa2 yg ada tips paling berkesan mcm mana nk mengurangkan ke’addict’kan internet ni sudi2 lah kongsikan yer.. kot2 boleh diguna pakai. huhu :w00t:
    .-= Post terbaru azizwan(dot)com di blog beliau.. Selamat Hari Raya semua =-.

    • @azizwan(dot)com: aku pn xtau cmne nk kurangkan addict internet.. aku pn sama dah tahap xleh berjauhan dr internet.. huhuu

  11. itu zaman skang yang dah byk kemudahan. zaman aku dulu lagi lah bangun tido je terus pegi CC. nasib baik CC memember kah3

    pagi petang siang malam internet. time tu miskin lagi nak dapat internet sendiri. dah dapat internet teruja semacam ha3.
    .-= Post terbaru megat di blog beliau.. Silaturrahim Antara Blogger, Penangan Internet Dan Blog =-.

    • @megat: tu la pasal.. teruja smpai x sedar dah tahap ketagih.. huhuu.. aku dulu pn bangun tdo, mandi pastu terus pegi CC.. time tu main game je xpon layan MiRC.. skrg dah giat berinternet tahap x ingat dunia.. haha :lol:

  12. semua betul wkaka :P yg ta bla smua ada kt tetepi ni air sirap la bandung cincau la roti canai semua kene ada kt tepi malas la tu nak pegi amik masa tgh onlinee T____________T

    sblum online kene standby dlu kah kah kah

    tp aku bukan check email, aku check belog dlu heeee :P :wub:
    .-= Post terbaru Ynn di blog beliau.. Zelo55, kekasih lama i. =-.

    • @Ynn: hahaha.. sama la plak.. memang kene standby dulu bende2 tu.. kalo dh ngadap intenet memang malas dh la nk bangun.. huhuu.. ni nak gi sahur pn malas ni.. kehkeh :biggrin:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *