Tengah syok mengadap laptop tadi tiba-tiba awek kat pejabat ni datang bagi satu bungkusan Pos Laju. Besar pulak tu tapi isi dalam dia kecik je. Dengan penuh rakus aku koyak-koyak plastik bungkusan, rupanya dalam tu berisi sebuah buku dengan tajuk “Kunci Kebahagiaan Rumahtangga“, hadiah dari Kak Jie.
Buku tu dibungkus pulak dengan plastik bubble wrap. Boleh la main picit-picit bubble. Hehe.
Sesuai sangat Kak Jie bagi hadiah ni untuk aku yang baru 2 bulan berkahwin. Banyak lagi ilmu perkahwinan yang aku kena belajar. Sikit-sikit ilmu diambil dengan membaca buku-buku macam ni serta belajar melalui nasihat dan perkongsian pengalaman dari rakan2 yang dah lama berkahwin.
Hadiah ni untuk Giveaway Ulangtahun Perkahwinan Kak Jie ke-21 yang aku join hari tu kot. Aku pun dah terlupa.
Buku ni menitikberatkan tentang motivasi rumahtangga yang memberi penekanan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina keluarga, memberi kefahaman kepada pembaca tentang falsafah dan tujuan rumahtangga serta peripentingnya rumahtangga sebagai tapak pembinaan masyarakat dan negara bahkan untuk kesejahteraan umat seluruhnya.
Buku “Kunci Kebahagiaan Rumahtangga” ni ditulis oleh Shuib Sulaiman, terbitan Syeikh Publisher, edaran Inteam Publishing. Boleh beli di kedai-kedai buku terpilih kot atau beli online melalui MPHOnline.com dengan harga RM23.90 sahaja.
Jika mahu kekal melayar kasih di dalam SYURGA, jadikan rumahtangga sebagai salah satu laman CINTA.
Terima kasih Kak Jie atas hadiah yang cukup menarik ni. Selamat bercuti juga diucapkan buat Kak Jie sekeluarga.
ebook yang bagus ni, yang bakal melangsungkan perkhawinan elok sangat baca buku ni
Kak Jie baru balik cuti, baru sempat nak baca entri
Moga bermanfaat untuk jangka masa yang panjang. Terkejut juga sebab cepatnya dah sampai. Masa tu Kak Jie kat Gunung Jerai kot… hihi
@Kujie, saya pun terkejut sebab kak jie cakap lepas balik cuti baru nak pos.. tiba2 sampai dah kat tangan.. MPHOnline hantar cepat
untungla kan….hehehe..bestnya dapat adiah kawen..:D
Wahhh buku yang bagus untuk anarm..hehe..mungkin ada petua dalam buku tu yang boleh dikongsikan di halaman blog ini nanti yer..haha
@Hafizul, InsyaAllah.. Akan dikongsikan lepas habis baca buku ni nanti..
Banyak juga ya hadiah perkahwinan yang dapat, buat entri lagi kat blog, sesuai dgn buku yang dapat tu ” Kunci Kebahagiaan Rumahtangga”. Maklum sajalah darah masih segar dan manis, apa saja yang dapat dijadikan kenangan. Alhamdulillah..semoga Anarm vs Suraya hidup aman bahagia hingga ke akhir hayat.
@sensasi2020, amin.. insyaAllah.. buku blom baca lagi.. dah abis baca nanti akan share sikit2 dengan kawan2.. takleh share byk2 nanti penulis buku marah.. hehe..
Semoga dengan buku ni, takder sebab dah nak tak bahagia bro… hehehe… :D
@Eizil, hehe.. insyaAllah akan kekal bahagia sampai bila2..
hoho…tahniah. tahniahhh.. mesti hang suka gila kan?
@titan, suka laa.. buku kan memberi ilmu.. dapat free pulak tu.. tapi blom baca lagi..
Aku punya tak sampai lagi.. tak sabar nak baca…
@fazrol, mintak la dgn kak jie.. hehe..
Thank untuk cadangan.
Maaf, lately ini nak beli komik pun bro tiada masa he..23x
Seksa juga bila nak dekat-dekat dengan majlis nie. Nanti jemput dtg ke majlis bro ek
@Bro Framestone, InsyaAllah.. kalau takde aral melintang nanti aku sampai salah satu majlis kawin bro.. tahniah..
semakin dekat tarikh kawin memang biasa akan rasa kelam kabut, stress, seksa.. tu semua ujian sebelum ke alam perkahwinan kot.. bila dah selesai nanti, rasa tenang, lega, seronok, dan happy pulak..
Rabbi yassir wala tu ‘assir.. insyaAllah dipermudahkan segala kesulitan.. dan jangan lupa sujud syukur lepas akad nikah.. :smile:
Yang dah berkahwin lama pun kena juga baca buku ni. Kadang-kadang kita tak sedar ada benda yang kita terlepas pandang
@Sobri Mansor, yang terlepas pandang tu la biasanya akan mengganggu hidup berumahtangga..
bukan yg baru kawin je..yg da lama kawin pun boleh juga baca.supaya dpt bandingkan ngan yg realiti dalam family masing2
@afi, yes.. betul tu.. yang dah lama kawin pun mungkin ada banyak lagi ilmu perkahwinan yang kena belajar.. boleh betulkan balik yang mana ada salah silap sepanjang hidup berumahtangga tu..
kunci dah dapat, nanti khatamkan yer buku tu, bleh kongsi2 ilmu apa yg terdapat dlm buku tu dgn kami pula…org lama belum tentu cukup ilmunya :biggrin:
@ejam, hehe.. orait.. biasanya kalau ada buku ni mesti wife aku yang akan khatam dulu.. dia hantu buku.. haha.. InsyaAllah nanti buat review pasal buku ni..
Orang muda baru bina rumah tangga jauh lagi perjalanan hidup bersuami isteri.
@akubiomed, betul tu.. masih banyak lagi yang aku kena belajar pasal hidup berumahtangga ni.. kadang2 risau jugak kalau2 tak cukup ilmu takut nanti rumahtangga tak kekal lama.. harap2 Allah bantu aku beri apa yang terbaik..
@Anarm,
peringatan yg baik tu bro..lebih2 ag yg masih single ni.. :)
Rasanya bro juga perlu dapatkan buku ini…
@Bro Framestone, boleh dapatkan di kedai berdekatan.. hee..
ada satu lagi buku yang bagus untuk yang bakal berkahwin.. buku “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” hasil tulisan blogger HAMKA (KeretaMayat.blogspot.com). Aku dah baca, memang best dan banyak ilmu perkahwinan dikongsi oleh beliau..