Cara Aku Halau Kucing Berak Depan Rumah

Dah berbulan-bulan aku hadap masalah kucing berak depan rumah ni. Tak tahu la kucing siapa buat rumah aku macam jamban dia. Aku tak bela kucing, tapi hari-hari kena cuci tahi kucing.

Aku tak pernah nampak pun kucing yang berak tu. Dia tinggal tahi je depan pintu rumah aku. Menyakitkan hati betul!

Pandai dia pilih waktu berak tak nak ‘kantoi’. Selalunya dia datang lepas tengah malam, waktu aku tidur. Pernah juga dia datang berak waktu tengahari dan petang, bila aku keluar rumah. Dia macam tahu je aku takda kat rumah masa tu.

Masalah kucing berak depan rumah

Aku ni suka kucing sebenarnya. Setakat cuci tahi kucing tu aku tak kisah sangat. Tapi bila dah hari-hari datang berak kat rumah aku, tempat yang sama pulak tu, rasa stress juga la..

Ada yang cakap kucing berak ni ujian bagi kita. Kena banyak bersabar.

Tapi tahap sabar aku pun ada hadnya. Kalau dah hari-hari asyik kena cuci tahi kucing je, boleh jadi hilang sabar dan rasa nak marah! Banyak lagi kerja lain aku nak kena buat. Lagipun yang berak tu bukan kucing aku.

Tips Halau Kucing Berak

Dah bermacam-macam tips aku cuba untuk elak kucing berak depan rumah. Tips popular guna air warna merah dalam botol tu pun tak jadi apa-apa. Kucing masih lagi datang berak.

Botol air merah halau kucing berak
Kucing siap lepak tepi botol air merah tu (gambar hiasan)

Tips lain yang aku dah buat untuk halau / elak kucing berak:

  • Cuka makan + pelembut kain
  • Cuka epal
  • Clorox
  • Ubat gegat
  • Air limau / lemon
  • Minyak goreng ikan
  • Lada hitam
  • Serbuk kari / cili
  • Bagi kucing makan
  • Serai wangi
  • Cat repellent
  • Minyak tanah / diesel
  • Serbuk pencuci baju

Semua tak berkesan. Membazir duit aku je beli benda-benda tu.

Cuka Kayu Elak Kucing Berak Tempat Sama

Baru-baru ni aku cuba guna cuka kayu pulak. Dapat idea dari cat repellent (penghalau kucing) yang aku pernah beli kat Daiso sebelum ni.

Tak berkesan pun cat repellent tu. Tapi aku baca bahan-bahan dia ada campuran wood vinegar atau bahasa Melayunya, cuka kayu. Mesti ada fungsi cuka kayu dalam cat repellent tu.

Dari situ la aku fikir nak cuba cuka kayu. Mana tahu kali ni menjadi.

Aku pun beli jela cuka kayu kat Shopee untuk cubaan seterusnya.

Cuka kayu halau kucing berak
Cuka kayu beli di Shopee
Cat repellent penghalau kucing berak
Cat repellent

Aku beli sebotol cuka kayu yang 1 liter. Tapi macam banyak sangat pulak. Kalau beli yang 500ml pun rasanya dah cukup. Sebab cuka kayu ni guna sikit je. 2-3ml je kot.. Campur dengan air 1 liter.

Isi dalam botol spray, lepas tu spray je kat tempat kucing selalu berak.

Hari pertama aku spray cuka kayu, esoknya aku tengok depan rumah, takda tahi kucing. Aku spray lagi 1-2 kali setiap 2 hari. Sampai sekarang kucing dah tak datang berak depan rumah aku.

Baru la rasa tenang sikit fikiran aku ni. Kalau tak hari-hari stress fikir pasal tahi kucing.

Aku ingat nak cuba kurangkan spray cuka kayu tu. Nak tengok kucing datang balik atau tak. Kalau dah tak datang, tak payah spray dah la..

Cuka Kayu Baik Untuk Tanaman

Biasa orang guna cuka kayu untuk tanaman. Banyak manfaat dia boleh suburkan tanaman, elak penyakit pada pokok, halau serangga perosak, dan lain-lain.

Tapi aku guna cuka kayu untuk halau kucing berak. Haha.. Takpe lah, asalkan dah tak kena cuci tahi kucing hari-hari.

Siapa ada masalah kucing selalu berak kat laman rumah, boleh la cuba cuka kayu. Kalau tak jadi jugak, mungkin faktor jenis kucing kot.. Mesti yang berak tu kucing oyen! Tak pasal-pasal oyen kena tuduh. Hehe..

Ada banyak cuka kayu yang orang jual. Aku pun tak pasti semua sama atau ada beza. Kalau nak try cuka kayu yang aku tengah guna sekarang ni, boleh beli online kat Shopee.

3 Comments

  1. Terima kasih tuan, bagi tips yang sangat bermanfaat. Saya pun suka kucing, tapi masalahnya bila dia berak, jiran-jiran maki hamun dalam group whatsapp yang kucing tu berak kat rumah mereka. Walhal bukan kucing saya. Saya cuma beri makan pada kucing yang datang “menjenguk” rumah sesekali. Dia pun “tetamu” juga. Tetamu mestilah dilayan baik. Tapi bila diberi makan, kucing tu dianggap kita yang punya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.