KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRAR

KuaiZip merupakan satu perisian arkib seperti WinRAR, WinZIP, 7-Zip dan sebagainya yang menyediakan pelbagai fungsi lengkap untuk membantu kita menguruskan fail-fail arkib.

Fail arkib merupakan fail yang telah dimampatkan dan saiz failnya lebih kecil daripada saiz asal. Format seperti *.rar, *.zip, *.001, *.tar, dan *.7z atau sebagainya merupakan format fail arkib yang sering kita lihat.

KuaiZip - Klon kepada Perisian WinRAR

KuaiZip Aplikasi Percuma

KuaiZip adalah aplikasi percuma yang mudah digunakan, dengan antaramuka yang cantik dan mempunyai kebolehan membina dan membuka fail arkib dengan pantas.

Kalau *.7z merupakan format khas bagi perisian 7-Zip, *.kz pula merupakan format khas bagi perisian KuaiZip.

Korang pernah guna WinRAR? Interface KuaiZip ni sama sebijik macam WinRAR. Sebab tu aku cakap KuaiZip ni klon kepada perisian WinRAR.

Interface KuaiZip
Antaramuka KuaiZip   (Gambar – KawanGeek.com)

Format Fail Khas KuaiZip

Cuma sedikit mengecewakan kerana format khas yang digunakan oleh KuaiZip iaitu *.kz adalah tidak bersifat sumber terbuka.

Oleh itu, ianya hanya boleh digunakan dengan perisian KuaiZip ini sahaja.

Fungsi Virtual Drive

Tetapi, satu fungsi istimewa yang terdapat pada perisian KuaiZip ialah fungsi Virtual Drive.

Virtual Drive merupakan pemuatan fail-fail imej CD/DVD seperti *.iso, *.mdf, *.mds, *.nrg dan sebagainya yang membolehkannya dimuatkan sebagai drive dalam komputer.

Seperti contoh, game yang perlukan CD/DVD untuk dimainkan, dengan fungsi Virtual Drive ni korang tak payah pakai CD/DVD dah nak main game tu.

Fungsi ni sama seperti perisian pemuat imej CD/DVD popular seperti Daemon Tools, Power ISO, Ultra ISO atau sebagainya.

KuaiZip Virtual Drive
Fungsi Virtual Drive yang terdapat pada perisian KuaiZip   (Gambar – KawanGeek.com)

Download Perisian KuaiZip

Perisian KuaiZip ni korang boleh dapatkan secara percuma. Ianya menyokong lebih 40 format fail arkib. KuaiZip beroperasi pada platform Windows XP, Vista dan Windows 7.

19 Comments

  1. selama ni aku guna 7zip jek.. nak try kuaizip plak lah… kuai… hahahaha.. pelik tul nama tu.. mcm da x de nama lain kot..

    • @Manan Qayyim, kalau tanya pendapat aku, aku akan jawab “KuaiZip”.. WinRAR berbayar.. KuaiZip percuma.. semua function WinRAR ada kat KuaiZip.. tak payah dah membahayakan komputer pakai crack untuk WinRAR yang kadang2 crack tu mengandungi malware/virus.. guna KuaiZip free je (takpon boleh pakai 7-Zip).. lagipun aku rasa function KuaiZip lagi bagus dari WinRAR.. kadar compression dia mantap.. siap ada virtual drive lagi.. multifunction..

  2. proses nak mount virtual drive (iso), aku biasa pakai VirtualClone Drive, best sebab laeh mount smpai 15 virtual iso serentak…. tapi for sure, lag r.. percuma..

    kuaizip ada tak untuk ubuntu? woah!!

    • @Aizan Fahri, mount virtual drive aku penah guna PowerISO, Daemon Tools dengan WinCDEmu Portable je.. tak penah plak aku mount banyak sampai 15.. paling banyak pon 4 je..

      kuaizip takde untuk ubuntu.. windows je.. tapi kalau reti edit jadikan untuk versi ubuntu ok jugak tu..

  3. thanks bro backlink :biggrin:
    skrg kuaizip ni la pengurus arkib utama aku. ringan, mesra dan multifunction.

    • @EddyGeek, aku pon dah pakai kuaizip ni.. boleh tahan.. pssttt.. credit backlink tu pakej sekali dengan gambar ehh.. gambar aku amik kat blog ko je.. malas nak capture baru.. boleh kan? hehe.. tapi aku dah host kat tempat lain.. :tongue:

  4. wah..kuai kuai.. :biggrin:
    download dulu la nak tengok perbandingan dia yang mana best

    • @syahrilhafiz, donlod jangan tak donlod.. aku pon baru je pasang kuaizip ni.. rasa sayang plak nak buang 7zip.. 7zip best.. tapi sebab nakkan fungsi virtual drive tu, aku berkorban jela.. bye2 7zip.. huk3.. :cwy: power iso aku pon dah boleh buang.. dah ada ganti virtual drive kuaizip.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *