AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Perisian » KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRAR

KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRAR

06/11/2011 Anarm 19 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

KuaiZip merupakan satu perisian arkib seperti WinRAR, WinZIP, 7-Zip dan sebagainya yang menyediakan pelbagai fungsi lengkap untuk membantu kita menguruskan fail-fail arkib.

Fail arkib merupakan fail yang telah dimampatkan dan saiz failnya lebih kecil daripada saiz asal. Format seperti *.rar, *.zip, *.001, *.tar, dan *.7z atau sebagainya merupakan format fail arkib yang sering kita lihat.

KuaiZip - Klon kepada Perisian WinRAR

ISI KANDUNGAN hide
1 KuaiZip Aplikasi Percuma
2 Format Fail Khas KuaiZip
3 Fungsi Virtual Drive
4 Download Perisian KuaiZip

KuaiZip Aplikasi Percuma

KuaiZip adalah aplikasi percuma yang mudah digunakan, dengan antaramuka yang cantik dan mempunyai kebolehan membina dan membuka fail arkib dengan pantas.

Kalau *.7z merupakan format khas bagi perisian 7-Zip, *.kz pula merupakan format khas bagi perisian KuaiZip.

Korang pernah guna WinRAR? Interface KuaiZip ni sama sebijik macam WinRAR. Sebab tu aku cakap KuaiZip ni klon kepada perisian WinRAR.

Interface KuaiZip
Antaramuka KuaiZip   (Gambar – KawanGeek.com)

Format Fail Khas KuaiZip

Cuma sedikit mengecewakan kerana format khas yang digunakan oleh KuaiZip iaitu *.kz adalah tidak bersifat sumber terbuka.

Oleh itu, ianya hanya boleh digunakan dengan perisian KuaiZip ini sahaja.

Fungsi Virtual Drive

Tetapi, satu fungsi istimewa yang terdapat pada perisian KuaiZip ialah fungsi Virtual Drive.

Virtual Drive merupakan pemuatan fail-fail imej CD/DVD seperti *.iso, *.mdf, *.mds, *.nrg dan sebagainya yang membolehkannya dimuatkan sebagai drive dalam komputer.

Seperti contoh, game yang perlukan CD/DVD untuk dimainkan, dengan fungsi Virtual Drive ni korang tak payah pakai CD/DVD dah nak main game tu.

Fungsi ni sama seperti perisian pemuat imej CD/DVD popular seperti Daemon Tools, Power ISO, Ultra ISO atau sebagainya.

KuaiZip Virtual Drive
Fungsi Virtual Drive yang terdapat pada perisian KuaiZip   (Gambar – KawanGeek.com)

Download Perisian KuaiZip

Perisian KuaiZip ni korang boleh dapatkan secara percuma. Ianya menyokong lebih 40 format fail arkib. KuaiZip beroperasi pada platform Windows XP, Vista dan Windows 7.

Download KuaiZip

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Perisian Keyword : aplikasi fail arkib, klon perisian winrar, kuaizip powerful compressor, perisian kecilkan fail, the best compression software, winrar clone

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H / 2011M
Next article:
Wordless Wednesday #10 – Tukar Mata Baru

19 Comments

  1. Pacifista says

    08/11/2011 at 9:36 PM

    tak pernah lagi aku dengar software ni…

    Reply
  2. Mohd Isa says

    08/11/2011 at 3:33 PM

    wah, menarik ni. takyah la pakai power iso lagi yerk? boleh ke camtu?

    Reply
  3. Fizz.My says

    08/11/2011 at 11:09 AM

    selama ni aku guna 7zip jek.. nak try kuaizip plak lah… kuai… hahahaha.. pelik tul nama tu.. mcm da x de nama lain kot..

    Reply
  4. akubiomed says

    07/11/2011 at 4:38 PM

    Sudah lama guna 7zip mungkin KuaiZip boleh dijadikan alternatif pada masa akan datang

    Reply
    • Anarm says

      08/11/2011 at 12:10 AM

      @akubiomed, 7zip memang terbaik.. tapi aku sekarang dah bertukar guna kuaizip pulak.. sebab nakkan fungsi virtual drive tu je.. :happy:

      Reply
      • blackrosehunter says

        11/11/2011 at 5:02 PM

        @Anarm,
        guna dua2 pun tak de masalah kan?hehe :biggrin:

        Reply
  5. iwan_redzuan says

    07/11/2011 at 3:37 PM

    wow, menarik nih! boleh try nanti :)

    Reply
  6. acapz says

    07/11/2011 at 8:25 AM

    kuazip? keh3. nk cube download. tngok mne better lagi. hee. tq bro :happy:

    Reply
  7. Manan Qayyim says

    06/11/2011 at 8:21 PM

    mana lagi bagus? Winrar vs Kuaizip

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2011 at 8:45 PM

      @Manan Qayyim, kalau tanya pendapat aku, aku akan jawab “KuaiZip”.. WinRAR berbayar.. KuaiZip percuma.. semua function WinRAR ada kat KuaiZip.. tak payah dah membahayakan komputer pakai crack untuk WinRAR yang kadang2 crack tu mengandungi malware/virus.. guna KuaiZip free je (takpon boleh pakai 7-Zip).. lagipun aku rasa function KuaiZip lagi bagus dari WinRAR.. kadar compression dia mantap.. siap ada virtual drive lagi.. multifunction..

      Reply
  8. Dhiya Faris says

    06/11/2011 at 7:36 PM

    kena try ni..
    :)

    Reply
  9. Aizan Fahri says

    06/11/2011 at 6:57 PM

    proses nak mount virtual drive (iso), aku biasa pakai VirtualClone Drive, best sebab laeh mount smpai 15 virtual iso serentak…. tapi for sure, lag r.. percuma..

    kuaizip ada tak untuk ubuntu? woah!!

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2011 at 8:31 PM

      @Aizan Fahri, mount virtual drive aku penah guna PowerISO, Daemon Tools dengan WinCDEmu Portable je.. tak penah plak aku mount banyak sampai 15.. paling banyak pon 4 je..

      kuaizip takde untuk ubuntu.. windows je.. tapi kalau reti edit jadikan untuk versi ubuntu ok jugak tu..

      Reply
  10. levelsatu says

    06/11/2011 at 6:38 PM

    ok. kena download gak. :devil:

    Reply
  11. EddyGeek says

    06/11/2011 at 5:15 PM

    thanks bro backlink :biggrin:
    skrg kuaizip ni la pengurus arkib utama aku. ringan, mesra dan multifunction.

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2011 at 5:46 PM

      @EddyGeek, aku pon dah pakai kuaizip ni.. boleh tahan.. pssttt.. credit backlink tu pakej sekali dengan gambar ehh.. gambar aku amik kat blog ko je.. malas nak capture baru.. boleh kan? hehe.. tapi aku dah host kat tempat lain.. :tongue:

      Reply
      • EddyGeek says

        06/11/2011 at 7:33 PM

        @Anarm, xpe :happy: asalkan dah host kat tempat lain.

        Reply
  12. syahrilhafiz says

    06/11/2011 at 4:55 PM

    wah..kuai kuai.. :biggrin:
    download dulu la nak tengok perbandingan dia yang mana best

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2011 at 5:00 PM

      @syahrilhafiz, donlod jangan tak donlod.. aku pon baru je pasang kuaizip ni.. rasa sayang plak nak buang 7zip.. 7zip best.. tapi sebab nakkan fungsi virtual drive tu, aku berkorban jela.. bye2 7zip.. huk3.. :cwy: power iso aku pon dah boleh buang.. dah ada ganti virtual drive kuaizip.. huhu

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy