AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Telekomunikasi » Kredit Kena Telan, Caj Tersembunyi Syarikat Telekomunikasi

Kredit Kena Telan, Caj Tersembunyi Syarikat Telekomunikasi

06/09/2016 Anarm 9 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

Baru-baru ni ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian, satu artikel tentang isu “Kredit Kena Telan“. Pengguna terkilan caj melampau ‘harga tersembunyi’ yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi (telco).

Telco yang mana satu ye?

Rasanya isu ni dah lama. Setahu aku, daripada dulu lagi dah ada banyak aduan dibuat tentang kes kredit hilang kena telan.

Tapi isu ni tak pernah selesai. Sehingga sekarang masih ada lagi berlaku kes pengguna hilang kredit sebab caj tersembunyi.

Mesti ramai pengguna rasa tertipu dengan telco yang digunakan.

Sampai bila rakyat Malaysia akan menghadapi permasalahan macam ni?

Kredit kena telan sebab caj tersembunyi syarikat telekomunikasi

Muka hadapan akhbar Sinar Harian, 4 September 2016.

ISI KANDUNGAN hide
1 Buat Aduan Kredit Kena Telan
2 Pengalaman Kredit Kena Telan
3 Caj Melampau Syarikat Telekomunikasi
4 Pilihan Bertukar Ke Telco Lain
5 Hati-Hati Dengan Terma & Syarat Telco

Buat Aduan Kredit Kena Telan

Kalau buat aduan, mungkin boleh dapat balik kredit yang hilang tu. Yang tak buat aduan memang tak dapat lah jawabnya.

Jadi, bila terkena kes macam ni, buatlah aduan segera dan tuntut hak anda sebagai pengguna perkhidmatan telekomunikasi.

Pengalaman Kredit Kena Telan

Aku sendiri pernah guna simkad beberapa syarikat telekomunikasi. Prepaid dan postpaid, dua-dua pelan aku dah pernah guna dan ada pengalaman sendiri.

Guna prepaid memang aku perasan ada kredit kena telan. Kadang-kadang tak perasan juga kredit hilang. Dapat tahu pun bila tiba-tiba kredit dah habis.

Kita pun bukannya setiap masa rajin nak check baki kredit. Kalau teringat, boleh la check dan buat kira-kira sikit. Senang nak rancang perbelanjaan topup.

Guna postpaid pula, pernah beberapa kali jumlah bil yang kena bayar naik mencanak walaupun penggunaan lebih kurang sama je setiap bulan.

Bila tengok penyata bil, tak masuk akal langsung caj yang dikenakan.

PPIM terima aduan caj melampau syarikat telekomunikasi (telco)

PPIM terima aduan caj melampau syarikat telekomunikasi.

Caj Melampau Syarikat Telekomunikasi

Kalau dah kena caj yang pelik-pelik, call talian khidmat pelanggan telco tu, buat aduan. Atau terus pergi ke centre telco tersebut untuk buat semakan lebih terperinci sebelum bayar bil.

Tak dapat setel juga, buat aduan kepada SKMM. Aku pun pernah buat aduan masa guna postpaid sebelum ni.

Sekarang aku dah tak nak guna pelan postpaid. Dah serik. Lagipun rasa rugi bila kita tak guna tapi tetap kena bayar bil setiap bulan.

Pilihan Bertukar Ke Telco Lain

Bila dah timbul macam-macam masalah dengan telco tu, jalan penyelesaiannya mudah je. Tukar ke telco lain. Tak ada gunanya nak terus setia dengan telco yang meratah duit anda.

Lagipun ada banyak pilihan telco sekarang ni, sama ada MNO atau MVNO. Pilih je nak guna servis telco mana yang anda nak.

Tambah pula sekarang ni dah boleh buat MNP. Nombor phone boleh tukar ke mana-mana saja telco pilihan kita dan akan kekal guna nombor yang sama.

Hati-Hati Dengan Terma & Syarat Telco

Pilih servis dan pelan telco yang sesuai dengan cara penggunaan masing-masing. Jangan cepat sangat tertarik dengan iklan yang guna perkataan ‘PERCUMA’ atau ‘FREE’ itu ini.

Fahamkan betul-betul maksud “percuma” tu. Kalau boleh, baca semua Terma & Syarat telco sebelum melanggan.

Dalam terma dan syarat ada diterangkan lebih terperinci tentang produk dan servis daripada telco tu. Cuma orang kita ni malas dan tak suka membaca. Sebab tu tak tahu apa.

Bila dah terkena, baru lah menggelabah. Padan muka!

Terma & Syarat pun biasanya ditulis guna font atau tulisan bersaiz kecil. Lagi buat orang malas nak membaca. Kan?

Tak ada benda percuma dalam dunia

Hati-hati bila ditawarkan simkad percuma.

Nak pilih prepaid atau postpaid, terpulang pada anda. Pada pendapat aku, lebih bagus guna pelan prepaid. Kita kena topup dulu sebelum guna.

Pelan postpaid pula jenis guna dulu bayar kemudian (berhutang). Amalan berhutang ni sebaik-baiknya elakkan lah selagi boleh.

Sebab tu aku bertukar ke telco ONEXOX.

Baca: 8 Sebab Kenapa Perlu Bertukar ke Prepaid ONEXOX

Masuk 2 tahun dah aku guna Prepaid ONEXOX. Alhamdulillah, tak pernah berlaku lagi berlaku kes kredit hilang ke, kena caj lebih ke. Telco ONEXOX takda caj tersembunyi. Apa yang kita guna, banyak tu juga lah caj yang dikenakan.


Nak tahu lebih lanjut tentang ONEXOX?

Laman Web: www.onexoxplan.com
Whatsapp : +601132448800
Telegram : @onexoxplan
PM Facebook: m.me/anarm

Facebook Twitter WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Rasa Tertipu Dengan Telco Sekarang? Jom Tukar ke ONEXOX
  • Tukar dari Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom
  • ONEXOX Prepaid Untuk Penjimatan Call, SMS dan Internet
  • 8 Sebab Kenapa Perlu Bertukar ke Prepaid ONEXOX
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB

Kategori : Telekomunikasi, Onexox Keyword : aduan pengguna telco, bisnes jual simkad, bisnes telco, caj tersembunyi telco, hutang postpaid, kredit kena telan, mnp tukar telco, onexox, pengguna telco, prepaid atau pospaid, prepaid jimat, rancang perbelanjaan topup, simkad percuma, syarikat telekomunikasi malaysia, telekomunikasi, terma syarat telco

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-4 Tahun
Next article:
Tukar Nama Facebook Guna Nama Sebenar

9 Comments

  1. sensasi2020 says

    13/02/2017 at 10:34 PM

    Biasa juga kena telan. Charge yang tersembunyi. Dorang kaya dengan merompak cara terhormat.

    Reply
  2. Ira says

    27/11/2016 at 3:03 PM

    memang dah jadi kebiasaan sekarang.

    Reply
  3. kauthar mohd says

    04/11/2016 at 2:11 AM

    memang dah selalu kena dulu2.. bila col khidmat pelanggan, dorang cakap penceroboh.
    lastly, malas nak ambik tau.. baik tukar je telco lain…huhu

    Reply
  4. mira hamzah says

    20/10/2016 at 12:43 AM

    Ntah la..dah pakai postpaid ni mmg jarang plak check. Hmm. Kene rajin diri check bil la lps ni. Tq der for sharing.

    Reply
  5. titan says

    14/09/2016 at 12:01 PM

    memang merata kena telan.

    kena lebih berhati-hati la lepas nih.

    Reply
  6. matdin says

    14/09/2016 at 8:05 AM

    apa punya telco la.. pelanggan dah bagi duit lagi mau tipu.. hehehe…

    Reply
  7. Raihanah says

    13/09/2016 at 9:05 AM

    kena berhati2 dengan duit, sayang duit jangan bazirkan kan

    Reply
  8. zura says

    11/09/2016 at 4:27 PM

    Skrg ni kalau boleh nak beli simkad yg boleh bg duit tiap bulan.. hehe..

    Reply
  9. suri says

    09/09/2016 at 10:37 AM

    ada dengar jenama tu hee tak pernah pula nak ambil tahu alahai…telco sudah banyak duit mau caru duit lagi ke heeee..

    zaman sekarang duit memang perlukan kalau tak guna dengan bijak teruk gak kita nanti

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy