Rata-rata pengguna internet yang wujud pada hari ini mempunyai blog sendiri. Betul tak? Masing-masing menceritakan tentang pelbagai topik dan isu di blog mereka.
Dari isu-isu semasa, isu-isu politik, info tentang artis terkenal, info bisnes, hinggalah ke kisah-kisah personal yang menarik tentang Hidup Seorang Blogger.
Tak kurang juga ada yang bermurah hati berkongsi tips, skill, rahsia dan selok-belok dalam dunia internet pada hari ini.
Semua orang boleh menggelar diri mereka ‘Blogger’. Dengan mempunyai sebuah blog (atau lebih), seseorang itu dah boleh dikategorikan sebagai seorang blogger.
Tetapi, untuk menjadi seorang blogger yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang mengimpikan kehidupan seorang blogger yang berjaya melalui blog, banyak duit, mempunyai blog bertrafik tinggi dan sebagainya.
Namun, semuanya hanya sekadar mimpi jika kita tidak kreatif untuk mengolah setiap sudut pandangan dalam hidup seorang blogger dengan menggunakan kebijaksanaan yang kita miliki.
Blogger yang hebat adalah seorang blogger yang mampu mencipta sesuatu yang berbeza dalam dunia blogging, mampu membuahkan pemikiran yang kreatif dari penulisannya, dan bijak mengatur hidupnya sebagai seorang blogger.
Keunikan Hidup Seorang Blogger
Seperti yang kita nampak sekarang ni, kebanyakan content yang terdapat di blog-blog kesemuanya hampir sama. Tiada keunikan yang dapat kita lihat pada content blog-blog tersebut.
Adakah hidup seorang blogger itu hanya dihimpit dengan situasi dan perkara yang sama? Sedangkan sesuatu perkara tersebut dapat dilihat dari sudut yang berlainan, kemudian boleh diolah dan dimanipulasikan dalam pelbagai cara untuk menghasilkan sebuah karya yang baru.
Pengurusan Hidup Seorang Blogger
Hidup seorang blogger merupakan satu kehidupan yang kompleks. Bermacam-macam disiplin ilmu diterapkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Seorang blogger biasanye menjalani 2 bentuk kehidupan iaitu di dunia realiti dan juga di dunia maya (depan komputer).
Oleh itu, untuk seimbangkan 2 bentuk kehidupan tersebut, seseorang blogger perlulah mematuhi 2 perkara penting ini:
1. Pengurusan Masa
Dalam menjalani hidup seorang blogger, kita perlulah membahagikan masa untuk kedua-dua kehidupan tersebut dengan membuat jadual (sekiranya sukar untuk mengingatinya). Tetapi haruslah berdisiplin dengan jadual tersebut.
Contohnya, waktu untuk blogging ditetapkan pada jam 8 malam hingga 11 malam (3 jam). 1 jam untuk blogwalking dan 2 jam lagi untuk menguruskan blog sendiri seperti menulis artikel dan membalas komen-komen.. atau sebaliknya.
Selepas tu bolehlah berehat dan persiapkan diri untuk aktiviti sekolah atau bekerja pada keesokan hari.
2. Konsisten dan Komitmen
Setelah mempunyai jadual, pastikan aturan jadual tersebut berjalan dengan baik dan jangan dicampur adukkan atau sebagainya.
Ini menunjukkan kita benar-benar konsisten dan mempunyai komitmen untuk menguruskan hidup sebagai seorang blogger dan juga hidup sebagai seorang pelajar atau pekerja.
Jangan mencampuri urusan dunia realiti dan urusan dunia maya kerana dikhuatiri akan mengganggu perjalanan urusan-urusan yang sepatutnya dibuat ketika sedang menjalani kehidupan di salah satu dunia (realiti atau maya).
Hidup Seorang Blogger Yang Gagal
Ramai blogger yang kecundang disebabkan gagal dalam mengurus 2 perkara penting ni. Masa yang suntuk membuatkan ramai blogger tidak konsisten dan komitmen terhadap blog semakin terhakis.
Akhirnya hidup seorang blogger itu terkubur begitu saja, atau mungkin pengisian di blognya menjadi kucar kacir disebabkan keadaan yang mendesaknya untuk mengemaskini blog.
Dunia blog pada hari ini mampu mencetus impak yang kuat kepada semua, sama ada impak positif mahupun yang negatif. Hidup seorang blogger dan segala karyanya akan dijadikan panduan oleh blogger-blogger lain dan para pembaca.
So, tunjukkan kemampuan diri kita dalam berblogging. Hiasilah blog kita dengan sesuatu yang bermanfaat, berfaedah, berharga dan berikan apa yang kita rasa terbaik untuk blog dan pembaca.
Jadilah seorang blogger yang bijak berfikir, mahir dalam menguruskan diri, memiliki komitmen, konsisten dan sentiasa fokus pada tujuan.
Dalam hal ini, disiplin diri menjadi kunci penggerak bagi semua elemen tersebut; dan yang paling utama sekali adalah disiplin pada MASA.
Semoga para blogger dapat mewarnai dunia blogging ini dengan rona-rona keindahan dan bukannya dengan kemusnahan. Salam 1Dunia dalam konteks HIDUP SEORANG BLOGGER!
:biggrin: sokong apa yang kamu tulis tu..bukan senang nak jadi seorang blogger sebenarnya.
bagi saya agak sukar juga rasanya nak mengasingkan antara alam realiti dan alam maya, saya menulis di blog pun berkisar kehidupan di alam realiti. mungkin saya berblog hanya sekadar memenuhi masa terluang dan agar tidak terasa terlalu jauh ketinggalan dalam arus kehidupan.
betul tu.. jadi blogger sejati commitment tu penting…
Baru-baru ni baca satu blog, dia mempertikaikan juga cara blogger menulis tips atau panduan,
dia kata – ikut suka hati nak buat blog dengan apa cara sekali pun, tak perlu nk buat ‘ peraturan dan larangan’
bagi kak jie
panduan atau tips adalah untuk orang yang mahu tahu, kalau tak mahu ambil tahu tak perlu tahu. Sudah dikata, orang buat blog dengan berbagai cara, kalau cara mereka dan cara kita berbeza, kita terima saja perbezaan tersebut sebagai kehidupan yang berwarna warni dan tak perlu men’down’kan orang lain.
Kak Jie pun menulis blog tanpa aturan tetap – tulis saja…kadang2 isu serius, kadang2 hal remeh…berblog dengan jiwa :smile:
satu ulasan yang menarik, aku cuba untuk kearah tersebut, tapi kadang2 percubaan untuk mengambil kesempatan dan mendapat trafik juga aku buat seperti berita bonus hari raya.
terpulang pada keadaan masing2
aku hanya blogger belakang tadbir…..
@ashraf, belakang tadbir atau belakang tabir? aku dah kompius.. :ermm: hehe
”Blogger yang hebat adalah seorang blogger yang mampu mencipta sesuatu yang berbeza dalam dunia blogging, mampu membuahkan pemikiran yang kreatif dari penulisannya, dan bijak mengatur hidupnya sebagai seorang blogger”.
Salam perkenalan.
Saya suka petikan ayat di atas. :smile:
@Hadi Rofiee, terima kasih.. sekadar luahan pandangan je tu.. hehe
nak jadi blogger yang kental bukan senang tuh… masa yang ada perlu dimanage sebaiknya… mantap nie bro… :biggrin:
@zik, btol tu.. kalau kita boleh uruskan masa sebaik2nya, masa yang terluang tu kita bleh buat macam2.. kalau kaki tidur memang takleh watpe la.. huhu
Nice entri bro
lengkap kesemuanya tu
good luck k
@wazy, tak lengkap lagi tu.. ade lagi aku nak tambah tapi kang jadi panjang meleret plak entri.. tak best gak kan panjang2.. :tongue:
Bukan senang menjadi seorang blogger…
Memerlukan pengorbanan dan skill yg tertentu..
yang penting ada MINAT.. :smile:
@aktechpage.com, MINAT tu bende yang paling power.. kalau takde minat, buat ape pon takkan puas hati.. rasa macam terpaksa buat je..
hooooooo ucapan yang memberasangkan weh :lol: pengurusan masa yang bagus. aku pun kene buat pengurusan masa
@tmukmkd, setiap org pon kene wat pengurusan masa kot.. 24 jam lebih dr cukup utk kita blogging n buat keje2 luar.. takde alasan nk mengelak..
muahaha.. keyword ade yang tak belh blah. hampesh jer… TAG nko tu la..
erm.. bab content blog malas la nak smebang dah. buat la ape deme nak buat.
lepas tu bile tadek orang nak datang blog.. jangan le nak komplen kan? haha
P/S: bukan tak pernah larang.. dah banyak kali dah bagi tau :devil:
@Kreuger, sekadar ikut nasihat hang.. bebaskan diri bermain dengan TAG.. hahaha..
nak blogging betol2, buat cara yg btol2.. ni tak… ade je yg tak kene..
salam bro..
entri yang ku nantikan..hehe
apa beza blogger picisan dengan blogger2 ni pulak..
sekadar nama je ke tak pun memang be humble…
@syahrilhafiz, sekadar humble je kot.. kadang2 terlalu humble pon tak elok jugak..
@Anarm, tak elok asal pulak bro…
kan bagus tu..
aii abang anarm tumpang lalu..hehe
humble la tu kan..
saya hanya blog picisan yg kebudak-budakan.. :whistle: :whistle:
Jadilah seorang blogger yang bijak berfikir, mahir dalam menguruskan diri, memiliki komitmen, konsisten dan sentiasa fokus pada tujuan. Dalam hal ini, disiplin diri menjadi kunci penggerak bagi semua elemen tersebut; dan yang paling utama sekali adalah disiplin pada MASA.
sokong 100%
eh, sejak kebelakangan ni aku tgk ko rajin update blog. syabbas..
@luth textile, hahaha.. kurang stress kot skrg ni.. tu pasal la byk bende bleh tulis.. :smile:
ak xde ciri2 yg dinyatakan wpun dhla tjebak lam dunia blo ==”
Huhuhuhu….betul kata Lizz.. entry org lain mcm best jer…
entry sendiri dah ke laut…huhuhuhu
@Sumijelly, ke laut takpe, janji buat.. berenang kt laut pon sodap gak time2 camni..
@Anarm,
waa.kat mana lak nak cari laut kat KL nie…huhuhuhuhu
kalaulah aku boleh jadi cam justkhai tu kn bez..teramat2 bez.. :angel:
tp prasaan mls utk menaip tu yg paling kuat dlm diri aku..haha
@haru, sape2 pon bleh jadi macam justkhai.. khai dah byk kot kongsi tips kt blog die.. ikut je tips2 yg die bagi tu.. mane tau 1 ari nanti justkhai pon bleh kalah.. mane laa tau kan.. huhu..
serius aku cakap, maybe aku kecundang dalam bab pembahagian masa. kadang-kadang aku terlebih bahagi masa kepada dunia blogging. nampaknya aku perlu lebih mendisplinkan diri dalam pembahagian masa. tapi kalau dah tak tahu apa yang aku nak buat, memang aku habiskan masa untuk blogwalking ja. hehe
@mohdisa, aku sendiri pon kantoi kat masa.. kat opis punye liat nk wat keje.. tp bila boss keluar, siap bleh bukak blog, layan tweet.. penyudahnye keje tak siap.. pastu pandai plak bg mcm2 alasan nk tutup kekantoian tu..
HIDUP SEORANG BLOGGER byk mengajar aku menipu.. hahahaha
@Anarm,
sama la…muahahaha……
kenapakah buat kerja lagi malas dr update blog…muahahaha…
org opis kalu nak tahu sumi malas atau tidak..dia tgk blog..
kalu dh update tu… malas wat kerje la tu…hahahaha
@Sumijelly, wahh.. siap bagi petunjuk malas buat keje.. hehe
@Anarm, tahu takpa, kadang2 terlebih masa dalam blog ni. sampai keje pun tertangguh. aku pun tak faham, maybe minat ni tertumpu pada blog. hehe
steady ahh abang anarm.. entri ngalahkan ucapan perdana menteri.. hahah
@PenTulis, perdana menteri patut upah aku buat karangan ucapan.. huhu.. ape ingat semua perdana menteri ckp spontan camtu je ke? diorang ade teks untuk dibaca.. yg meleret panjang tu baru yg keluar spontan dari akal fikiran diorang.. die baca point2 pastu diorang hurai.. susah jugak jadi perdana menteri ni.. nk berucap pon kene ikut fakta.. tu blom masuk lagi bab tadbir negara.. :face:
@Anarm: kata nk jd agong.. :tongue:
ermm…nice info..
cuma ada satu lgi golongan blogger.. yg jdkan semata2 blognyer sbg diari, dan mengamalkan falsafah “nak baca, baca…tak nak baca, takpe”…. sepertimana diari pada buku, ditulis dan disimpan dlm laci… sesape pun tak baca, cuma yg terjumpa buku diari itu saja yg berpeluang membacanya…hihihi… ini belum lagi satu lagi kategori yg meletakkan permission untuk membacanyer…(invited only katanya)….
@mytafa, yg aku jumpe hanya segelintir je camtu.. segelintir lagi kebanyakannya tak macam apa yang die cakap.. “nak baca, baca.. tanak baca, takpe”.. tapi bila dah sampai satu tahap, ada jugak die publish entri dok merungut nape tadek org baca blog die, nape trafik tak tinggi, nape blog die tak banyak komen.. kenyataan die buat sebelum ni macam nak sembunyikan sesuatu.. hehe..
@Anarm, yup…setuju… sb tu perlunya blogwalking kan….mudah2 mudahan terjumpa tips2 berguna cam ner nk naikkan trafik..hehehe
@mytafa, yup.. blogwalking tu tunjukkan keprihatinan kita pada blogger2 lain.. hidup seorang blogger tu.. saling tolong menolong, tolong retweet.. huhu.. (cam poyo je statement aku ni.. haha..)
perangai buruk aku time blogwalking, bile nampak je blogger yg tulis mcm ko ckp tadi, aku akan subscribe blog die.. cepat skit bleh baca update die seterusnya.. saje nk tengok setakat mana die bleh pertahankan apa yg die ckp.. hehe.. byk yg tulis mcm tu biasanye blogger2 yg kongsi kisah2 personal kt blog.. rasanye tak salah pon blog kisah2 personal nk UPkan lagi tahap blogging.. cuma kene buat mcm yg org lain buat je..
aku suka baca blog personal.. tambah2 yg pompuan punye.. kene plak die post gambar2 die kan.. fuuhh.. cuci mata laa kejap layan gambar.. hak3.. :lol:
@Anarm, amboi..cuci mata skali, dasat..hahaha.. tp tu laa… betul kata ko, kosisten dan komitmen tu yg mmg susah dlm berblog ni…disiplin kena kuat…(ape, ingat berkawat jer kena kuat disiplin, hehehe..tetiba)
hehehe. thanks link ke blog sengalisme daku!!!!wahahaha. entry2 orang macam bermaruah je aku bace..pehal aku nyer cam merepek je ni??wahaha.gud luck wei
@lizz, hahaha.. saje je buat entri bapak skema.. keh3.. hujan2 camni mood skema aku memang penuh di dada.. hampehh.. :lol:
@Anarm,
errkkk…ujan ker sana?? kenapa umah ku tidak ujan.
waaa……..nak ujan…huhuhuhu
@Sumijelly, nak hujan? boleh hubungi @katakbiru di twitter.. hehe :tongue:
@Anarm, erk mood skema macam tu pun ada, memang hebat penulisan dia.. :w00t:
hoho..
kami hanya blogger picisan..
@saya_aRief, blogger yang hebat sentiasa menganggap dirinya picisan.. dari situ mungkin bleh dapat semangat untuk terus tingkatkan tahap picisan tu ke tahap yg lebih tinggi.. blogger yang mengaku hebat die akan jadi hilang fokus sebab dah rasa dirinya hebat sangat sampai takde org dapat celen.. :whistle: