Kenapa Perlu Ada Akaun PayPal?

Tahu tak apa itu Paypal dan kenapa ramai orang cakap kita perlu ada akaun PayPal?

Untuk pengetahuan semua, PayPal boleh diumpamakan sebagai sebuah “bank online” dalam rangkaian internet. PayPal banyak digunakan untuk membuat pembayaran dan penerimaan wang secara online di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Kini PayPal menjadi sistem pembayaran online yang terkenal dan terbesar di dunia.

PayPal is the safer, easier way to pay and get paid online. The service allows anyone to pay in any way they prefer, including through credit cards, bank accounts, PayPal Smart Connect or account balances, without sharing financial information.

Tutorial Buka Akaun PayPal

Blogger Perlu Ada Akaun PayPal

Aku rasa setiap blogger atau pengguna internet perlu ada akaun Paypal. Memudahkan kita menjual dan membeli belah secara online.

Kadang-kadang aku tengok sesetengah barang lebih murah dijual di kedai-kedai online luar negara.

Aku pernah beli wallet berharga $10 (RM30) dari US. Di pasaran Malaysia jenis wallet yang sama aku tengok harganya lebih kurang RM50 hingga RM60. Kenapa perlu bayar lebih?

Bagi blogger pula, ramai yang cakap domain dan hosting di Malaysia ni mahal. Tak mampu nak bayar.

Dah tu, cari la domain dan hosting dengan syarikat luar negara. Ada yang jual dengan harga yang jauh lebih murah. Kenapa perlu bayar lebih?

Untuk bayar boleh guna Paypal sebab syarikat luar negara majoritinya ada sediakan sistem pembayaran melalui PayPal.

Cara Buka Akaun PayPal

Langkah pertama, buka laman web PayPal dan tekan pada link “Sign Up“. Kemudian korang akan dibawa ke satu halaman yang memaparkan antaramuka seperti berikut:

Cara Daftar akaun PayPal

Di sini korang perlu buat pilihan jenis akaun PayPal yang sesuai dengan korang. Setiap jenis akaun ada perbezaannya.

Tapi aku recommend daftar akaun PayPal jenis “Premier” untuk rasa lebih best.

Yang mana dah ada akaun Personal tu boleh upgrade bila-bila masa.

  • Personal – Untuk membeli belah secara online.
  • Premier – Untuk perniagaan secara perseorangan yang melibatkan urusan menjual dan membeli secara online.
  • Business – Untuk perniagaan besar yang melibatkan syarikat.

Kemudian korang boleh teruskan langkah-langkah pendaftaran dengan mengisi borang. Isi borang selengkapnya dengan maklumat-maklumat yang diminta.

Bila tiba di langkah yang memerlukan korang buat pengesahan akaun menggunakan kad kredit/kad debit, korang boleh skip proses tu (boleh buat lain kali) dan terus ke dasboard akaun PayPal yang dah siap register.

Cara Verify Akaun PayPal

Bagi akaun yang belum buat pengesahan, perkataan “Unverified” akan terpapar di bahagian status akaun.

Bagi akaun yang dah buat pengesahan dengan kad kredit/kad debit ianya akan dipaparkan status “Verified“.

Akaun PayPal yang dah verify

Untuk verify PayPal, korang perlu ada kad kredit atau pun kad debit.

Ada akaun Maybank? Kalau ada tapi masih guna kad Maybank yang biasa, boleh upgrade kad Maybank korang tu jadi kad debit. Kemudian verify akaun PayPal dengan kad debit Maybank.

Bila dah ada akaun PayPal yang dah verified, bolehlah korang shopping online sesuka hati.

Untuk mereka yang guna bank selain Maybank, aku tak berapa pasti macam mana cara untuk verify akaun PayPal sebab dulu aku guna kad debit Maybank je.

Tapi rasanya kad debit bank lain pun dah boleh guna untuk verify akaun PayPal. Try Google dulu. Apa-apa masalah boleh tanya di bahagian komen ye.

32 Comments

  1. nk tanya sikit kalau buka personal account blh tak dpt transfer payment dari org lain? account personal cuma boleh beli saja ke? tak blh dpt money from org lain ke account kite?

  2. kalau gne nickname wat akaun boleh kew…
    & kalau nk tukar nama dalam akaun boleh ke kalau nama lain…
    tq

  3. Salam..nk tye..akaun paypal ni mmg free ke klu nk bkak akaun??

    Ni ke kad debit maybank

    klu dh bkak akaun paypal ni..wit dlm maybank 2 msuk dlm paypal ke or akaun paypal 0?

    • @Linda, waalaikumussalam.. buka akaun paypal PERCUMA je.. kad debit maybank dah betul tu, ada gambar buah ceri.. kalau dah bukak akaun paypal, duit dalam maybank tak masuk dlm paypal tapi boleh guna untuk pindah2 duit antara paypal dengan bank..

  4. mas kalo verifikasi pake bank lokal apa bisa untuk transaksi pake pembayaran dollar?
    Soalnya di situ ditulis “All transaction are in your local currency ( must use indonesian rupiah”
    Ato pembayaran dari luar negeri langsung di convert ke Rupiah?

  5. .bro,kalau sy tkde kad debit or kredit,still boleh bwt lg kn paypal account?tp bole shopping gne paypal x?kalau ad duit dlm paypal yg x verified lg,x lesap kn slagi sy blum verified paypal ni?pning la.

    • @Hatsuyui, paypal account still boleh buat walaupun takde debit kad or kredit kad.. nak shopping online pun boleh.. cuma rasanya tak boleh withdraw ke bank dan mungkin ada limitation pada akaun paypal yg tak verify tu.. duit dalam paypal takkan lesap..

  6. buat masa ni aku lom jumpa full tuts paypal dalam bahasa melayu..kalau step by step untuk noobie sedap gak weh..keke

  7. terima kasih atas info ni.. Sy mang tertanya2 kperluan paypal ni dan cara daftarnya serta tahap keselamatan bershopping secara on9..

    • @citra, tahap keselamatan shopping secara online jadi lebih selamat jika gunakan paypal.. cuma risiko yang pasti ada ialah penjual yang menipu.. so, kena check betul2 sebelum buat pembelian dengan sesiapa pun..

  8. cantik, nak buat tapi tak reti..haha
    plus aku pun tak de account maybank, nampak gaya kena bukak satu la..
    dah tu, duit dia transfer ke akaun paypal ke? atau sebaliknya…………
    dan ada imbuhan ke simpan dalam paypal ni..kehkeh noob bertanya

    • @syahrilhafiz, bank lain pun boleh guna kot.. tak pasti sangat bank mana yang boleh sebab aku penah buat pakai Maybank je.. kalau dah verify akaun paypal pakai kad bank, duit yang dalam paypal boleh la pindah masuk direct ke bank.. imbuhan takde kalo simpan dalam paypal.. nak imbuhan masuk ASB..

      • @Anarm, haha, kalau ASB kena tunggu aku dapat kerja tetap dulu la :whistle:
        hmm CIMB, nak try jugak lah…malas betul nk bukak account banyak2 ni..dah la student, bajet duit banyak je.. :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *