Komisen Ke 4 dari Mobicow

Yeayy.. Dapat lagi. Komisen ke 4 dari Mobicow dah masuk akaun PayPal. Komisen Mobicow bulan ni aku dapat $21.13 USD. Alhamdulillah.

Jadi, jumlah komisen keseluruhan yang aku dah terima daripada program pengiklanan Mobicow ni adalah sebanyak $63.24 USD. Masih terkumpul dalam akaun PayPal.

Kalau tukar ke RM akan jadi RM226.61 ikut kadar tukaran mata wang sekarang.

Tak nak transfer ke bank lagi sebab nak kumpul banyak-banyak dulu. Lagipun ada beberapa perkara bulan ni yang perlu guna duit USD.

Ambil dari komisen Mobicow ni jela.

Komisen ke 4 dari Mobicow

Baru 4 bulan join program pengiklanan Mobicow dah dapat sebanyak ni. Ikutkan memang lah tak banyak mana pun, tapi dengan jumlah tu dah boleh guna untuk banyak benda.

Contohnya, boleh guna untuk bayar sewa domain blog dan webhosting, boleh guna untuk shopping online beli barang-barang, beli topup prepaid dan sebagainya.

Susah ke buat duit dengan Mobicow?

Bagi aku tak susah sebab Mobicow ni sama je macam iklan Nufnang dan yang lain-lain tu.

Cuma Mobicow ni dia lebih tumpukan trafik dari mobile atau pelawat-pelawat yang baca blog kita menggunakan smartphone. Bila pelawat tu masuk blog kita, baru iklan tu akan dipaparkan dan kita pun dapat hasilnya.

Kalau tengok guna desktop atau laptop memang takkan nampak iklan dari Mobicow ni.

Komisen Mobicow selama 4 bulan
Komisen Mobicow terkumpul selama 4 bulan

Tahun ni aku nak usaha buat lebih banyak income dalam bentuk USD. Mobicow ni salah satu. Ada lagi beberapa yang dah dapat dan ada juga yang masih dalam proses cuba-cuba.

Ada masa nanti aku kongsikan kat blog ni.

Apa-apa pun, boleh cuba dulu buat duit dengan Mobicow ni. Senang sangat. Pasang kod iklan dekat blog lepas tu tinggalkan. Sampai masa duit masuk.

Dah ada cara buat duit yang senang macam ni memang rugi lah kalau tak ambil peluang.

28 Comments

    • Tahniah jugak sebab dah 3 kali cashout duit Mobicow.. Teruskan update blog dan dapatkan lebih banyak trafik.. Nanti income Mobicow pun akan dapat banyak jugak.. :)

  1. Tahniah, Saya pun baru je apply, nak tanya sikit, mobicow yng direct link tu boleh ke pakai untuk desktop view ye ?

  2. Selamat boss, Aku belum payout sikit pun.
    Tak takut ke pakai paypal..?? saya dengar info paypal sering limit boss

  3. Bila kawe nak dapat komisyen dari Mobicow ni… Semua orang lain dah dapat .. isk isk isk..

  4. Tahniah Bro Anaram. Aku pula dah lama stop pasang ads mcm nuffnang, bimbang aku klik sendiri iklan aku. huhu.. sebab tu aku remove. lagipun aku sj yg jd pengunjung setia blog aku. hehe…

Leave a Reply