Kit Tindakan Jom Bertindak

Aku baru lepas mendaftar untuk dapatkan “Kit Tindakan Jom Bertindak” daripada Datuk Najib. Hee. Aku terbaca tentang Kit Tindakan ni di entri blog Ejam Othman. Aku tak pasti sangat benda apa Kit Tindakan ni. Dari apa yang aku baca, Kit Tindakan menyediakan kelengkapan asas bagi membantu kita bersiap sedia untuk hadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang bakal menjelang.

Kit Tindakan sempena Pilihanraya Umum

Kit Tindakan ni mengandungi satu pin kolar, sebatang pen, car sticker, beberapa keping pelekat dan satu buku panduan yang menyediakan tips-tips mudah bagi pengundi baru atau mereka yang inginkan rujukan semula.

Tips mudah bagi pengundi baru.. Bagus jugak ada benda ni. Aku pun baru tahun ni pertama kali nak mengundi. Bersemangat nih! Tapi tak tahu sangat tips-tips atau cara untuk mengundi. Ada kit panduan macam ni senang sikit nak buat rujukan.

najib razak kit tindakan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang memegang Kit Tindakan JomBertindak

kit tindakan 1malaysia

Kit Tindakan ni kita boleh dapatkan secara percuma melalui laman web 1Malaysia.com.my. Benda free kita ambil je. Tapi kena daftar dulu. Nanti Datuk Najib akan hantarkan Kit Tindakan ke alamat yang kita daftar kot. Tunggu jela…

Harap-harap Kit Tindakan ni tak dimuatkan unsur-unsur fitnah dan tohmahan seperti kata bro Ejam kerana masyarakat sekarang dah boring dengan perkara-perkara macam tu.

23 Comments

  1. Untung betul la saper dapat tender buat PAKEJ KIT MENGUNDI nie….hahahahah

  2. Pen tu comel la plak,aku pun dah daftar 2-3 hari lepas,excited untuk mengundi kali ke dua untuk tahun ni

  3. makin terasa bahang pilihan raya nih…

  4. generasi sekarang kurang endah pasal mengundi dan setiap undi kita tu merupakan satu ibadah dan amanah yang patut kita tunaikan….

    • ish silap tu.. golongan sekarangla berkobar-kobar nak mengundi. lihat saja di mana-mana anak muda, orang tua, malahan budak kecik pun ada.. mereka kuat berpolitik dan bijak membuat perhitungan. :w00t:

  5. Macam-macam. Sebenar tak susah pun hendak membuang undi. Yang penting bawa MyKad dan kemudian pangkah itu sahaja. :-)

    • Memang tak susah pun. Biasa la BN, guna macam2 cara untuk____________ (isi tempat kosong)..

    • Sepatutnya kit atau apa appliance berkaitan Pru wajar di keluarkan oleh SPR sebagai bdn bebas & bukannya badan kerajaan atau part politik agar elak bias dalam kit tu

  6. Salam,

    Ada juga tengok berita tentang ni 2-3 hari lepas, nak pi isi form lah…comel plak pen tu hahaha.

    Tak sabar nak mengundi, maklumlah tak pernah nak mengundi sebelum ni, rasa bersalah sangat abaikan tanggungjawab pada negara -..-“

    • Waalaikumussalam.. Saya daftar Kit Tindakan pun sebab nak pen tu.. Comel je.. Hehe..

      Saya dah lama daftar mengundi tapi tak pernah mengundi jugak.. Harap2 kali ni dapat laksanakan tanggungjawab pada negara untuk pilih pemimpin..

  7. pasti ada pesan untuk undi kerajaan pemerintah. tak sabar betul nak mengundi kali ini sbb 1st pengalaman..hehe

  8. Faris Al-Muhandisu
    Faris Al-Muhandisu

    Siap ada kit tu… hangat benar PRU kali ni. Tapi nampak sgt strategi power ni utk kumpul database n engage pengundi first timer. good idea.

  9. Ya,harap harap tak menimbulkan fitnah.

  10. Fuhh.. siap ada kit sekarang ni! :D

  11. wahh..nak pen. nak penn..

  12. Baru nak daftar jugak. Macam menarik.
    Selalu tengok iklan dia kat youtube

  13. siap ada kit eh? aku pon baru nak start mengundi tahun nie…

Leave a Reply