Kit Tindakan 1Malaysia Barang Tak Cukup

Kit Tindakan yang aku tunggu-tunggu sejak daftar hari tu akhirnya sampai ke tangan aku tengahari tadi. Dapat juga baca panduan cara-cara mengundi. Cuma sedikit kecewa sebab 1 item tiada dalam Kit Tindakan ni iaitu PEN. Kit Tindakan tak sempurna tanpa pen.

Tiada Pen dalam Kit Tindakan 1Malaysia

Barang yang terdapat dalam Kit Tindakan yang aku terima ni cuma ada sticker kereta, buku panduan, 3 keping pelekat dan kolar pin. Pen tak dapat.

Dah la tak dapat pen, kolar pin pun tak boleh pakai (nak pakai ke?). Tak tau macam mana kolar pin ni nak melekat sebab takde bahagian belakang dia yang kecik tu.

pin kolar kit tindakan

Barang yang diterima tak complete. Tak dapat sepertimana yang diberitahu dalam web 1Malaysia. Sebelum hantar tu diorang tak check dulu kot item dah cukup ke belum. Takpe lah. Lagipun barang dia bagi free, bukan aku bayar pun.

Tarikh mengundi rasa macam dah tak lama. Dah tak sabor ni yop nak pergi mengundi. Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia. Mengundilah dengan bijak. Yosh!

19 Comments

  1. Baru je dapat aritu,nasib baik semua lengkap,boleh tahan juga la buku panduan dalam kit tindakan ni,berguna untuk mereka yang pertama kali mengundi

  2. mungkin yg packing tu x terperasan….even brg free pun..if x cukup ada terfikir gak..mentang ler free…hehe x apa la..bersangka baik la kan..hehe x semua sempurna.

    ps : sy x mohon pun ;)

    • Betul tu.. Tak semua sempurna.. Mohon kit ni pun sebab nak dapatkan buku panduan mengundi dengan pen.. item yg lain2 tu tak dapat pun takpe.. Tapi pen yang nak tak dapat pulak.. Takde rezeki la tu namanya..

  3. Huhu… sakit la kalo mindset orang yang nak kasi barang free sume macam tu. asal free, any defect is tolerable. papehal pun selamat mengundi :)

Leave a Reply